Pages

Followers

Monday, 31 March 2014

Status Halal Gula-gula Strepsils - Jawapan dari pihak Hub Halal Malaysia

Entri ni ekceli dah lama aku nak share, tapi terperam jadi pekasan kat draft. Bizi lah wehhh... Tengah-tengah nak bersihkan blog ni, terjumpa balik entri ni. So, marilah kita kongsi maklumat sikit....


Siapa tak kenal Gula-gula Strepsils? Gula-gula yang boleh menghilangkan batuk & mencairkan kahak. Hebat kan? Nak dijadikan cerita, dulu time aku tak sihat agak rajin jugaklah aku makan gula-gula strepsils ni selain dari Dequadin. Time tu aku kat office sambil terbatuk2 manje + batuk2 orang kaya sikit. Boss aku yang sangat menyayangi pekerjanya ini telah menegur dengan berhemahnya pasal aku makan gula-gula strepsils ni. "Eh! bukan Strepsils tu tak Halal meh?" Aku? tersentap kejap.. Aku ni bukan boleh caya 100% cakap orang kalo tak ada bukti ni. So aku bertanyakan sendiri dengan menghantar email kepada pihak yang berkenaan iaitu pihak Halal Malaysia sendiri.

Jawapan? 


Alhamdulillah, dapat jugak share dengan korang pasal benda ni. Mungkin ada yang da tahu pasal benda ni.. Kepada yang belum tahu tu diharapkan entri ni sedikit sebanyak membantu dalam hal2 halal haram ni okeh? nak tido.. esok kije ~sambil tata-tata (lambai-lambai) kat strepsils





Tuesday, 25 March 2014

LAGU BUAT MH370

Semalam, segala persoalan mengenai misteri kehilangan pesawat MH370 akhirnya terungkai apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan MH370 berakhir ditengah-tengah Lautan Hindi. Pengesahan yang dibuat Perdana Menteri, dalam sidang akhbar khas itu menamatkan segala teka-teki mengenai ke mana hilangnya pesawat MH370 sejak 17 hari lalu.

Menurut Perdana Menteri, rumusan mengenai nasib pesawat malang itu dibuat berdasarkan kajian serta siasatan rapi oleh Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kindom (AAIB). 

Bermula dengan kehilangan pada 8 Mac lalu, kemudian di kaitan dengan pengganas, seterusnya rampasan dan berakhir di tengah Lautan Hindi. Misteri kehilangan pesawat MH370 telah menggemparkan dunia lebih-lebih lagi pakar juga buntu dengan kehilangan ini. Pelbagai teori dan ramalan yang diberi, tetapi semuanya menemui jalan buntu sehinggalah pengumuman dibuat oleh Perdana Menteri semalam.

Hari ini, Majlis Fatwa putuskan tak perlu sembahyang jenazah ghaib sekarang, ini kerana pihak berkuasa yang mencari dan menyelamat masih belum menjumpai mayat atau cebisan mangsa pesawat. 

Pada aku, selagi tak jumpa bukti selagi itu harapan itu ada. Menunggu keajaiban yang kita sendiri tak tahu. Walaupun tipis, jangan putus harapan. Doa itu perlu. Jika benar (berakhir di Lautan Hindi), Majlis Fatwa memutuskan anak kapal & penumpang yang beragama Islam bergelar syahid akhirat.

Sampai sekarang aku terfikir, macam mana pesawat itu boleh melencong jauh dari landasan sebenar. Aku mengharapkan ada jawapan yang kukuh yang kita semua boleh terima, lebih-lebih lagi bagi keluarga mangsa. Bagi keluarga mangsa, bukan mudah untuk menerima berita ini, lebih-lebih lagi pergi dalam keadaan yang begitu menyayat hati. Bukan mudah!! hanya mereka yang pernah kehilangan insan tersayang sahaja tau macam mana perasaan itu.

Buat keluarga mangsa, aku berharap mereka tabah menerima berita itu. Sila TABAH, TABAH dan TABAH. Selagi tak jumpa bukti yang betul2 konkrit selagi itu jangan putus harapan. Allah maha mengetahui. Mengadu kepadaNYA. Mohon beri petunjuk & dipermudahkan pencarian. Jika benar berakhirnya dengan tragedi, Al-Fatihah sama-sama kita kirimkan. Semoga bertemu Di Pintu Syurga. Amin.


Di Pintu Syurga - Dayang Nurfaizah

Segalanya Kaku,
Hati Terus Menangis,
Bila Mengenangkan,
Dirimu Telah Tiada,

Kau Pergi Tanpa Pesan,
Tinggallah Ku Sendiri,
Menghitung Hari,
Tiada Daya Di mamah Sepi,

Duhai Kekasih Hati,
Katakanlah Padaku,
Bahwa Semua Ini,
Hanya Igauan Mimpi,

Aku Tak Sanggup Kasih,
Kehilangan Dirimu,
Walau Sedetik Rindu Mencengkam,
Terasa Pedih,

Doaku Kasih Kita Bersua Dipintu Syurga..











ya allah, permudahkanlah segala urusan pencarian... amin

Thursday, 13 March 2014

Pesona Cinta Dayang & Marcell


Kejayaan kolaborasi antara Dayang Nurfaizah & Anuar Zain pada konsert amal di Dewan Philharmonik Petronas kira-kira 2 tahun lalu membuatkan peminat menantikan konsert seterusnya daripada ratu R&B negara ini. Kini, semua peminat seni suara akan dapat menyaksikan Dayang beraksi di Istana Budaya dengan menyaksikan Marcell sebagai rakan artis yang berkongsi pentas untuk konsert yang diberi nama Pesona Cinta.

Konsert hebat yang menyaksikan gabungan dua vokal mantap & terbaik ini bakal berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 29 Mac ini jam 8:30 malam.

Tiket untuk menyaksikan konsert anjuran JAG Events ini sudah mula dijual pada orang ramai dengan harga RM150, RM250, RM350, RM450 dan RM550

Keterangan lanjut dan tempahan, sila layari menerusi laman web www.jagtickets.com atau hubungi jagtickets di talian 03-4149 8242 / 03-4149 8254 (10am-6pm-Daily)




jumpa di sama ~ tak sabar...

Monday, 10 March 2014

Hentikan Spekulasi MH370

Beberapa hari lepas, Malaysia dikejutkan dengan berita kehilangan pesawat milik Malaysia Airlines (MAS) iaitu MH370. Pesawat Boeing 777-200 itu dilaporkan hilang daripada radar kira-kira dua jam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12:41am menuju Beijing, China dan dijadualkan mendarat di Beijing tepat jam 6:30am. Sehingga kini, nasib pesawat itu yang membawa 227 penumpang dari 14 buah negara termasuk 38 daripadanya rakyat Malaysia selain 12 anak kapal, tidak diketahui.

Kalau korang buka Facebook, nah amik kau!! bermacam2 pendapat, bermacam2 gelagat & bermacam2 spekulasi yang boleh kita baca kat situ. Ada yang bersikap tunggu dan lihat, ada yang terlebih emosi, ada yang masukkan unsur2 politik dan ada pulak yang nasi nasi tambah (reka-reka cerita). Pada aku, apa yang kau cerita, apa yang kau kongsikan itu melambangkan siapa diri kau sebenarnya!!! cukup-cukuplah memperbodohkan diri kau kepada seluruh dunia. Jika dibandingkan keperihatinan bangsa lain berbanding bangsa sendiri. AKU MALU!!!!

Aku? aku ambil sikap tunggu dan lihat dalam masa yang sama berdoa mengharapkan keselamatan untuk kesemua penumpang MH370. Cukup2 lah menjadi kejam dengan membuat fitnah di media sosial, henti2kanlah mereka-reka cerita yang kau sendiri tak tahu pucuk pangkal!! & jangan senang2 nak share benda2 yang belum tentu kesahihan berita tersebut. 

Mungkin korang tak rasa apa2, tapi cuba bayangkan dalam pesawat tu adalah dikalangan ahli keluarga korang. Apa korang rasa? Cukup2 lah buat spekulasi terhadap berita ini. Sebab benda2 tu tak membantu sapa-sapa pun malah mengguris hati pihak keluarga yang terlibat. Kau dah tentu2 tak dapat tolong cari pesawat tu, tapi kau boleh bagi kata2 positif & semangat untuk kesemua ahli keluarga yang terlibat. kalau tak baik DIAM!!!




Sunday, 22 December 2013

Sukan SEA 2013 Myanmar, Misi Malaysia Mencapai 40 Emas tercapai


Sukan SEA 2013 yang berlangsung di Mynmar telah menyaksikan, Malaysia mencapai pungutan 40 pingat Emas yang disasarkan oleh Kementerian Belia & Sukan, khairy jamaluddin. Keseluruhan pingat Emas yang berjaya dikutip kontijen negara adalah 43 Emas, 38 perak dan 74 gangsa.

Paling mencuri tumpuan adalah atlit terjun negara yang menyapu bersih 8 pingat emas yang ditawarkan. Walaupun negara mencapai sasaran 40 pinat emas, kejayaan di Myanmar gagal memperbaiki prestasi pada edisi 2011 di Indonesia apabila Malaysia berjaya meraih 59 Emas, 50 Perak dan 82 Gangsa. Walauapapun, tahniah kepada semua atlit yang terlibat. bravo!!!!

Dulu kecik-kecik aku paling suka tengok rancangan sukan macam ni. Macam SUKMA, Sukan SEA, dan Sukan Olimpik. Dulu memang melekat depan kaca TV untuk tengok negara kita bersaing dengan negara lain. Sampai family aku nak tengok cerita lain pun aku tak bagi.. haha.. semangat sukan oih!!! ~kagum tak?

Berikut adalah Top 5 acara sukan yang paling aku minat :
  1. Badminton
  2. Olahraga
  3. Renang ~ehem
  4. Boling Padang
  5. Bowling
Ekceli semua sukan aku layan, cuma top 5 ni paling aku layan. semangat tu lain sikit. Tapi bila da kerja ni, memang tak ada masa nak tengok dah. Jangan kata Sukan SEA ni je, Maharaja Lawak Mega (MLM) pun aku tak tengok lagi weh!!! ~nampak tak kebizian disitu? 

Tapi, aku tiap-tiap hari baca sokabar je lah untuk mengetahui perkembangan Sukan SEA ni. OK wat dari tak tahu langsung kan? Tapi memang rindu untuk lepak 1 hari tengok acara ni. Rindu zaman kecik-kecik yang comel. ~aishhhh





Friday, 20 December 2013

Nurul AF2 menang saman terhadap TV3

"Mahkamah Tinggi memerintahkan TV3 dan empat yang lain membayar ganti rugi RM250,000 kepada bekas Bintang Akademi Fantasia Musim ke-2, Nurullah Zawawi atau di kenali sebagai Nurul AF2 dan suaminya dalam kes saman fitnah berhubung status perkahwinan mereka yang disiarkan dalam program hiburan Melodi pada dua tahun lalu.
Kelima-lima defendan diperintahkan membayar sejumlah RM70,000 sebagai kos kepada penyanyi itu dan suaminya selaku plaintif pertama dan kedua."

psssssssttttt Nurul AF2? aku tak kenal plak... Tapi tag line Melodi "kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi" macam dah tak boleh pakai je? sebab kes ni da mcm wartawan yang cipta kontroversi pulak... kan?  Apa-apa pun tahniah buat Nurul AF2... Rm250,000 banyak tuuuuuuuu!!! bak sini sikit...




Tuesday, 17 December 2013

Azean Irdawaty meninggal dunia


Pelakon veteran, Azean Irdawaty, 63, telah meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada 8.25 malam tadi setelah sekian lama menderita penyakit barah. - sumber KOSMO!


sama-sama kita sedekahkan al-fatihah....