Pages

Followers

Tuesday, 28 June 2011

"saya sayang kamo"

sape kat sini minat dayang nurfaizah? hehehe kalo korang nak tahu, saya ni memang minat habis ngan si dayang ni... minat bermula time dia mula2 jadi penyanyi pada tahun 1998 or 1999 kalo tak silap... time tu dayang popular dengan lagu "hakikat cinta". kalo kaorang nak tahu gak, saya ni memang meminati music jenis r&b, dan dayang satu2nya penyanyi wanita yang punya pengaruh kuat dalam musicnya. selesa dengan landasan music sebegini menjadikan dayang seorang penyanyi yang punya classnya yang tersendiri. 

antara koleksi album dayang yang saya miliki tentunya album "seandainya masih ada cinta", "hembusan asmara", "dayang sayang kamu", "kasih", "dayang 2007", dan album "dayang live" yang memenangi album pop terbaik di anugerah industri muzik malaysia ( aim ) ke -17. album yang saya tak sempat nak beli pulak ialah "dayang nurfaizah" ~ album pertama dayang , dan "disini bermula". ~ tak sempat nak beli bukan apa, time tu tak dok pitih... huhuhu sekarang, dengan gembiranya saya telah dapatkan album terbaru dayang "sayang & cahaya". ~ wahhhh hepinyer...... 

album "sayang & cahaya" ni saya beli kat the mines... ~ bukan saya beli pom, ada orang belikan hehehhe sayang dia..... muahhh... hahaha. sehari sebelum tu, pusing2 cari album ni sume cakap takde.. haiyoooo kan main susah nak dapatkan album ni. tengok2 kat facebook dayang, check2 mana2 peminat dia beli, rata2 mengomel cakap susah nak dapatkan album ni... cepat habis.... syukur time pergi berjalang2 kat the mines, nampaklah kedai speedy video... ~ ape lagi... terus serbu... hehehhe cari2 tak jumpa... ~ hampeh!!! pastu, tanya akak yang jaga kedai tuh... ~ "akak2 ada jual album terbaru dayang x?" akak tu cakap ada... ~ wah hepi... so, ikut la montot dia p amik album tuh.... ~ bangang!!! album baru ko letak kat belakang2 album yang da lapuk x de sape nak beli tu nape? sape yang nampak? huh!!! agak bengang gak la... bcoz susah2 payah dayang kuarkan budget rm100k buat album, ko letak album dia kat belakang2? cehhhh!!! ~ marah ni.... 

dah2... malas nk moody2 ni... nak citer cket pasal album dayang ni.... album ni dimulakan dengan lagu "mulanya disini" yang pernah dipopularkan oleh kumpulan freedom kalau tak silap. diberi nafas baru yang lebih fresh dan santai untuk didengar. track ke2 disusuli dengan lagu ciptaan omar k, lirik oleh nuur iman, "sayang". untuk lagu ni, dayang berduet dengan penyanyi terkenal indonesia, marcell. ~ mereka jugak merupakan finalis untuk anugerah planet muzik untuk kategori kolaborasi terbaik, yang akan diadakan bulan depan. track ke3 merupakan antara lagu fav saya... ~ dengar berulang2 setiap hari lagu ciptaan zain almohdzar, lirik oleh nurr iman. vocal yang mantap dan susunan music yang hebat menjadikan lagu "rahsia cinta" ni tebabooom.... track ke4, lagu berentak slow, "sabarlah" tetap mencuri perhatian saya dengan petikan piano yang mengasyikkan. disusuli selepas itu, track ke5 "kau bintangku ( my sunshine)' ciptaan komposer antarabangsa stella reid. track ke 6 merupakan lagu inggeris yang berjudul "stay" yang turut dicipta komposer antarabangsa chuckii booker. mantap!! track seterusnya merupakan lagu ciptaan bersama antara zain almohdzar, omar k, dayang nurfaizah dan shaliza menjadikan lagu "sempurna selamanya" merupakan lagu cinta yang betul2 sempurna.track seterusnya dicipta oleh afdlin shauki, yang juga merupakan lagu fav saya untuk album ni. "hingga ke akhirnya" sebuah lagu cinta yang sangat besh!! tahniah untuk afdlin. track seterusnya mempertaruhkan lagu "saat itu" ciptaan audi mok, dan lirik oleh shah, dan track seterusnya merupakan lagu inggeris ke2 dalam album ini. "life with you" merupakan lagu fav saya jugak... ~ berulang2 dengar memang besh!!! music yang simple tapi penuh bermakna. track ke11 mempertaruhkan ciptaan komposer audi mok, lirik oleh ad samad. "perlukan cinta" sebuah lagu yang betul2 mencuri halwa telinga saya untuk menjadikan lagu ini salah sebuah lagu yang menarik untuk album ini. dendangan dayang bersama tompi, penyanyi indonesia, benar2 mengujakan saya. album ini ditutup dengan lagu ciptaan yassin, " ku temu cahaya" yang merupakan lagu tema untuk yayasan aids malaysia ~ dayang merupakan duta untuk yayasan aids malaysia ini oke.... lagu yang benar2 membuai perasaan dan saya benar2 tenang ketika menghayati lagu ini.... untuk ulasan yang lebih detail sila klik sini. ~ saya ni bukan pandai sangat nak komen pasal album2 ni..hehehe.

memang berbaloi untuk memiliki sebuah album yang hebat ini.. kualiti yang menjamin kepuasan. ye lah, ni salah satu cara saya menyokong artis tempatan yang saya minat. bukan dengan download lagu secara free macam korang selalu buat ye... OOOpssssss terlebih sudah..

kulit depan album "sayang & cahaya" mmg shantek... cayalah.....

kulit belakang album

muka dalam album

antara pic2 menarik dalam album

terbaek dari ladang...........................

tengah syok layan lagu dalam album ni...

saya sayang dayang.. hehehhe


.: album preview :.









23 comments:

syrupmasin said...

fuyoo..minat betol nih dekat dayang..errr..aku artis msia nih macam kurang sikit..huhu..teruk betol kan :D

hyz said...

sangat2 minat... hehhe errr agak teruk la... hahahha tetttttttttttt

Cik Jingga said...

yeah.. dia sngt superduper POWER ..kalah power rangers..wakakaka.. xbrapa mnta tpi bole tahan la dia.. :) btw suka pic beliau kat cover dpan h.. smart.. nmpk matnag..x'gediks'.. hohohohoh

hyz said...

cik jingga : hehhe yup.. shantek kn cover album dia....

manja said...

wahhh...jrg jmpa kt sini laki yg minat dyg....;p btw lgu2 dia mmg sedap...:)

hyz said...

manja : sy suke bakat yang dia ada... so unik...... yup... album baru dia ni sume lagu besh!!!

diana said...

ni baru betul2 peminat no satu dayang..eik??akak dulu minat dia masa lagu seandainya masih ada cinta.
lagu tu best betul2..sampai sekarang dengar pun tak jemu..

hyz said...

akak : support artis tempatan.... sy beli yang original... hehehhe.... yup.. lagu berhantu dayang tu...

Echin Nadiossa said...

peminat dayang eh.heheh saya xsukaaaa penyanyi.suka player bola je bole.hahaha ;p

hyz said...

echin : minat sgtttttt........ suke penyanyi sebab dia leh nyanyi utk sy.. kekekke

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

perghh....

terbaikkk....

peminat setia ni

hyz said...

GKSB : yezzza.... hehhehe

Anum said...

peminat setia ini...

MamaEma said...

fanatiknya dia....

makdara TERdiva said...

seandainya masih ada cinta tu paling hakak suka..

touching!!!

aleen aiden said...

woah..jarang jumpe peminat artis yg minat btul2 kat artis 2 mcm kamoo neh.
ok ayat da belit2.hu3

Hafiz Al-Pazin said...

takpe hyz. nanti Dayang jumpe kamu, Dia akan cakap " Dayang single, dayang sayang kamu"

qamarguyz said...

salam ziarah..
hahaAa..
ayat last tak tahan..
tapi betul la br0..
supp0rt artis yg kita minat, beli yg original,,

ishiko said...

fuhh.. minat dayang rupanya...

comell buku lukis-lukis kt bawah tu.. ^^

hyz said...

anum : yezzaa.. u rite
mamaema : hehehhe
mDT : yup... da besh song
aleen : ayat belit x pe.... jgn kamo terbelit sudah.. ekekke
affu : sy tgu saat itu.. hehhe
qamar :hahha yup.. kamo jugak harus begitu.. =)
ishiko : minattttttttt... tQ

Puan Kutu said...

peminat fanatik nie.hehe..suara dayang mmg best kan..

hyz said...

puan kutu : hahaha fanatik gak lah.... tp sedey... ri ni dia wat showcase kat hard rock cafe, tp x dpt g.. wuuuuuuuuu

Anonymous said...

dah beli novel luka? ada single Dayang dalam tu (Luka, Losing Me). Dalam album Liang, ada feat Dayang LIL Secret la :) boleh tak buat post tribute untuk Dayang. Komenlah setiap album Dayang tu :)