Pages

Followers

Saturday, 9 July 2011

...luahan rasa seorang anak malaysia #2 ...

assalamualaikum.....Pandangan saya sebagai rakyat Malaysia dan semestinya komentar ini adalah bersifat transparent yg TIDAK melibatkan mana-mana pihak. Sebarang maklum balas adalah amat dihargai dan sesungguhnya pandangan anda juga adalah merupakan satu idea yg akn menjadi aspirasi dan inspirasi demi mencapai sebuah negara yang berstatus " Maju " menjelang 2020.

Secara umumnya merujuk kepada wikipedia atas dasar perkataan "politic" , it refers to  a process by which groups of people make collective decisions. The term is generally applied to the art or science of running governmental or state affairs. It also refers to behavior within civil government. 

Di sini saya ingin mengambil perhatian pembaca sekalian untuk berbalik kepada entri yang telah saya post baru2 ini... ( klik sini ) semestinya kita akan berbicara pasal perhimpunan haram yang dinamakan sebagai " BERSIH"

umumnya, banyak suara yang telah mengetengahkan pendapat mereka akan matlamat dan asas perjuangan yang dibawa oleh perhimpunan ini. Malangnya, secara peribadi dengan adanya perhimpunan sebegini ia telah mengundang banyak keburukan daripada kebaikan. 

saya TIDAK sekali membicarakan dari aspek politik tapi yg ingin membahaskan dari aspek ekonomi. Sungguh menyedihkan kepada para peniaga di mana mereka terpaksa menanggung kerugian yang dianggarkan hampir RM1 juta. Kenapa ini terjadi? Kepada siapa untuk kita tuntut akan kerugian yang dialami oleh para peniaga gara2 tindakan mereka yang terlalu taksub ( maaf sekiranya perkataan ini terlampau) dengan perkataan " BERSIH". Mari kita buka mata dan luaskan pemikiran dengan melihat macam mana mantan perdana menteri Tun Dr M ketika dia memprotes akan setiap dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan pada ketika itu....

Adakah dia mengajak rakyat melakukan reformasi? Adakah dia mengajak rakyat melakukan transformasi? Adakah dia mengajak rakyat melakukan perhimpunan jalananan? kalo nak diikutkan, saya rasa Tun Dr M memiliki hampir 100 ribu pengikut. Lihatlah dgn gaya penulisannya sahaja mampu membuatkan rakyat terfikir yang mana betul yang mana salah sekali gus penulisannya diibaratkan seperti cermin kepada dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan pada ketika itu. Tidak dinafikan raKyat mempunyai kuasa...tapi jgnlah kita lupa yang tindak tanduk kita pada masa ini akan merosakan generasi masa depan negara.... Cukuplah kita yang berada negara yang berstatus " Membangun " dan biarkanlah waris generasi kita pula merasakan negara yang berstatus " Maju".

Idealogi yang dibawa dalam perhimpunan kali ini adalah sesuatu yang bersifat " ada agenda di sebalik perhimpunan ini". Ketepikan semua ini....Kalo rasa kita perlu melaksanakan reformasi, laksanakan dengan betul di mana ia mesti mengikut lunas undang2 tanpa mengetepikan keutuhan institusi raja-raja demi bersandarkan nama " Demokrasi "

Inilah masa yang terbaik untuk kita merealisasikan aspirasi negara dalam mengejar misi menjadi negara maju menjelang "2020".  Ingatlah....jatuh ....bangun sesebuah negara adalah berasaskan kestabilan politik dan kerancakan ekonomi. Kalo kita tengok negara US...Kenapa negara mereka masih kekal dan kukuh menerajui dunia? ini adalah kerana kestabilan politik. Di samping itu, mereka cukup pandai sekiranya mereka merasakan bahawa kepimpinan sekarang telah melakukan sesuatu yang tidak betul....Semestinya MEREKA ( kerajaan ) akan terima pembalasan di saat peliharan raya. Fikirkanlah........ 


10 comments:

diana said...

peniaga tu rugi cuma satu juta je sehari,..
daripada kita yang rugi seumur hidup membiarakan ketidak adilan dalam hidup kita..apa cerita pulak???

Fathiah Hamim said...

malaysia memang antara negara mempunyai kegoyahan dalam politik

Anonymous said...

Diana :- tu 1 hari kt rugi dlm RM 1 juta..mcm mane plk kalo kt buat utk 1 bln? berapa billion yg kt akn rugi? Kesilapan yg diabuat boleh diperbaiki tp bkn dgn cr yg sekarang... sy merasakan ad cr yg lebih baik boleh kt buat. Diana join ke perhimpunan td?

Fathiah:- yes, semua negara ada masalah politik sbb kalo x de pembangkang no point. Kalo kat UK pembangkang juga mempunyAI Kuasa sbb kat sane dlm parlimen dia ad pembayang....

Fezul Fadhley said...

Malaysia WAJIB berwaspada... sedih + takut kalau Malaysia hilang perpaduan & keamanan...

amir aizat said...

jadi apa kelas minda masyarakat kita sekarang ni? huhu

ir yien 9897 said...

aduh... sepaptut nyer sapa yang tak suka malaysiaa..tak yah nk duk malaysia..
malaysia tak rugi apa2 pun...

Far8 budak baik said...

hahaha..pandai kau berkata kata..
byk sgt pendapat aku bace..
sampai pening..
agaga =)

naem said...

gempak kata-kata kau ;)

katasifat said...

Kerana isu BERSIH, ada momen indah aku lalui semalam!

diariejal said...

nice.... boleh jadi wartawan da :)