Pages

Followers

Monday, 4 July 2011

...luahan rasa seorang anak malaysia...

salam pagi isnin semua.... lama tak post entri kat blog ni... pada pengunjung2 blog saya maaf yea... saya agak sibuk sikit sekarang.... ~ propa je lebih ni... padahal memang malas nak on9.. entri kali ini lebih bersifat umum dan mungkin agak sensitif bagi sesetengah oranglah.. ~ ada aku kesah? pada yang tak berapa berkenan dengan tulisan saya ni, sila lari selaju mungkin dari blog ini... tak pun, tutup mata ketat2 oke.... >.~

demonstrasi jalanan semakin berleluasa sekarang ni kan? adakah kamo semua selesa dengan situasi ini? ~ pada yang tak ambil tahu tu , sekarang wajib korang ambil tahu kerana ini berkaitan negara anda... tanak ambil tahu, p kemas2 baju, lari jauh2 dari malaysia.... sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dah macam satu trend rakyat malaysia bila mana ada sesuatu perkara yang tidak puas hati, demonstrasi jalanan akan mereka lakukan... ~ kononnya untuk meluahkan ketidakpuasan hatilah... tidakkah mereka2 yang terlibat ini memikirkan kesan2 yang akan berlaku? umumnya kepada diri mereka sendiri, kepada negara, dan orang awam yang lain? kalau nak diikutkan mereka2 yang terlibat ni adalah terdiri daripada mereka2 yang punya iQ yang tinggi, berpelajaran, tetapi kenapa tindak tanduk seperti orang yang tidak punya otak? ~ hellooooo jalan raya bukanlah mahkamah untuk mencari keputusan.... malah perkara ini diambil kesempatan oleh pihak2 tertentu untuk mengucar kacirkan negara kita yang aman ini....

kenapa perlu terikut2 dengan budaya negara lain yang menggunakan pendekatan demonstrasi jalanan untuk meluahkan sesuatu perkara? yesss!!! sebabnya banyak negara yang melakukan demonstrasi jalanan ini, telah terbukti berjaya!!!.... sekarang, rakyat malaysia pula dah terikut2 dengan cara sedemikian.... ~risau kalau2 negara kita jadi macam negara orang lain yang dah jadi padang jarak padang terkukur.... saya bercakap untuk diri saya, bukan kepada mana2 pihak... tidak kepada pembangkang, tidak kepada kerajaan... saya bercakap kerana saya rakyat malaysia....  ini perasaan saya, kebimbangan saya terhadap apa yang berlaku sekarang..... 9 julai 2011, perhimpunan bersih akan diadakan.... mengikut bancian, 99% responden setuju dengan perhimpunan bersih ini diadakan.... atau lebih sejuta rakyat malaysia yang setuju dengan perhimpunan ini.... klik sini untuk berita lanjut.... dalam pada masa itu jugak ada ura2 mengatakan ada sebuah lagi kumpulan akan membuat perhimpunan ala2 bersih pada hari yang sama untuk memprotes tindakan perhimpunan bersih... korang rasa bila 2 kumpulan ini bertemu, apa akan jadi? ~ korang sendiri tahu jawapannya kan? 

1julai lepas, awal2 lagi mak saya dah call dari kampung bagitahu jangan keluar rumah 9 julai nanti, takut terjadi apa2 kepada anak dia ni.... see.... mak bapak dok jauh2 risau dengan keselamatan anak2 mereka akibat dari perhimpunan ini... perhimpunan yang bukan membawa kebaikan, tetapi membawa masalah kepada orang lain.... oke2 cuba kita lihat kesan yang mungkin akan terjadi key.... 
  1. adakah perhimpunan ini, nak menunjukkan kepada dunia bahawa negara kita ini bermasalah? dan lebih teruk lagi, pandangan pelancong2 luar yang berada di malaysia ketika ini...
  2. jika berlaku pergaduhan, korang rasa dalam ramai2 tu semua selamat tak? pegawai keselamatan ada ke nak jaga sorang2? korang rasa berbaloi tak kalau cedera akibat tindakan sendiri? ~ sendiri cari nahas...
  3. korang nak ke mana2 pihak mengambil kesempatan terhadap perkara ini...?? menggadaikan keamanan negara semata2 untuk kepentingan sendiri? yang susah kita jugak dikemmudian hati kan? nak ke negara kita kembali pada era jajahan?
  4. jalan kang kompom2 sesak, menyusahkan pengguna jalan raya lain.... pastu kompom2 sampah merata2... kerosakan jugak berlaku sana2 sini? tah apa jadi kat KL nanti.....
  5. lain2 kesan, korang pikir sendiri... penat naip ni....
so, korang apa macam? buka lah mata bukalah minda...... ini bukan satu2nya cara untuk mencari keadilan ~ kononnya.... berfikirlah secara matang.... berpolitiklah secara matang.... kita ada undang2.... serahkan segalanya pada undang2.... bukan dengan cara yang menyusahkan negara dan diri sendiri.... jangan jadi seperti kerbau dicucuk hidung.... ikut sahaja kata2 orang, tanpa berfikir kesannya.. kemonlah... negara da merdeka... nak masuk ke - 54 tahun pom.... kepada pemimpin2 atasan tuh, anda dipilih oleh rakyat untuk memimpin rakyat menjadi lebih baek... bukan memimpin raykat untuk menjadi seperti ini.... bukankah elok pemimpin2 antara politik ini bersatu, bermuafakat, dan berbincang elok2? ~haiyooooooooo

13 comments:

ZWAN SABRI said...

Saya Anti Perhimpunan BERSIH.. ;)

Fuhrer said...

Demonstrasi ini mempunyai agenda mereka.. mereka sengaja berbuat begini untuk menunjukkan ketidak puas hati.. selain itu ketua kepada perhimpunan ini mempunyai agenda tersembunyi.. biar saya bgtau siapa ketuanya..dalang di sebalik perhimpunanan ini.. mgkin nnt kita bleh fikir apa agenda tersembunyi beliau..

Orang itu adalah Peguam Ambiga. Seorang peguam yang mejadi peguam kepada kes Lina Joy. Beliau juga adalah ketua kepada kumpulan peguam yang ingin inginkan Malaysia meletakkan agama kristian sebagai agama rasmi..

mgkin sekrg anda akan pham apa agenda tersembunyi dia..

hyz said...

zwan : gudboy....
fuhrer : owh.... br saya tahu latar belakang ambiga tuh...

syrupmasin said...

betol2..perhimpunan nih sgt menyusah kan..

Hafizzi Aziz said...

tidak bersetuju di atas..
saya akan hadiri perhimpunan ini 9JULAI..
yeahh! haha..

Hafiz Al-Pazin said...

Saya bersetuju dan saya akan hadiri perhimpunan disekolah isnin depan memakai pakaian seragam lengkap

Hafiz Al-Pazin said...

Saya bersetuju dan saya akan hadiri perhimpunan disekolah isnin depan memakai pakaian seragam lengkap

diana said...

siapa kata perhimpunan bersih tu nak mencetuskan huru hara???
media kan>??
siapa yang kawal media???
kerajaan kan??
jadi kenapa kerajaan menakut nakutkan rakyat dengan kata perhimpunan tu hanya mencetuskN huru hara???
sebab kerajaan takut dengan suara rakyat..
sekarang ni kalau ada perhimpunan kamu tengok siapa yang bertindak ganas??
FRU atau orang yang berhimpun??
FRU tu siapa??polis..
siapa kawal polis???
kamu fikir la sendiri...
kerajaan kata siapa yang pergi perhimpunana tu akan dapat akibatnya..
nampak tak sekarang siapa yang sebenarnya nak mencetuskan huru hara??
heheheh

MamaEma said...

disebabkan perkara ini..opis akak batalkan anjuran kursus kernana melibatkan peserta dari luar negara..

bila berlaku perhimpunan ini..apa pandangan org di negara luar.. pasti mereka akan fikir..rakyat kita tidak bersatu padu.. makanya sesuatu perkara buruk kemungkinan akan berlaku...minta dijauhkan perkara buruk seperti yang berlaku di negara luar sebelum ini...sampaikan rakyat Malaysia dihnatar balik ke sini....

makdara TERdiva said...

hati kena bersih selalu..
tp bukan pergi perhimpunan BERSIH tu

ingat2lah wahai anak2 semua :)

Anyyss Shuhaimi said...

kalau nak perhimpunan bersih,penganjurny pun kena bersih..Tuanku al-Mizan tak bagi wat perhimpunan..

Falcoa wa ! said...

saya bersetuju...tapi kadang2 kita patut tahu kenapa sekumpulan yang dinamakan BERSIH ini ditubuhkan dan kenapa demokrasi jalanan ini ini perlu diadakan...saya tak memihak dibelah mane..hijau ke biru ke...same je dgn menguasai politik malaysia nieh....

http://www.malaysiakini.com/news/168953?fb_comment_id=fbc_10150248465668467_17361802_10150248584588467#fb2e0f68

untuk kongsi bersama - sama...

peace no war ! hehehehehe !

SaEidah SyamIelah said...

waa bersih (^^,)...

hehe setuju dgn diana...

demokrasi berbeza dgn rusuhan..

demokrasi adalah menuntut keamanan, dn sepanduk2 digunakan..

rusuhan pula, baru macam serangan menentang kerajaan..

memorandum dh buat, rundingan dgn kerajaan pun dh buat,, tp masih tk de respon dr kerajaan..

sebab tu demonstrasi BERSIH di adakan utk menyatakan hasrat rakyat yang inginkan keadilan,,

bukannya nk buat huru-hara dlm negara..

keadilan y dituntut..
diorang dh berbincang dgn SPR..
tp mereka diam..

maka BERSIH jalan terakhir utk
menyatakan hasrat rakyat y mahukan keadilan..

peace no war (^^,)...