Pages

Followers

Tuesday, 23 August 2011

...CINTA : kita manusia biasa ...

assalamualaikum... hai hoi hoi... alhamdulillah kita berada di hari ke 23 berpuasa... tinggal 6 hari sahaja ramadhan nak meninggalkan kita. ~ sedey... haaa kamo2 buat apa tuh? saya baru saja balik dari mengajar melukis kat area taman seputih. esok mengajar kat sri gombak pulak. ~ last mengajar sebelum cuti raya.


okehlah, entri hari ini agak panjang berjela ye kamo2. saya nak sambung balik entri cinta. jom baca dan renung2kan oke? sebab benda2 ini biasa terjadi dalam kehidupan kita seharian.


kadang2 kita tak sedar, orang yang kita tak peduli, sayang gila kat kitakan? kadang2 pula kita tak sedar, kerana kita terlampau sayang kat orang tu, sedangkan dia selalu sakitkan hati kita. dan pernahkah kita sedar, kita bukannya sempurna untuk mendapatkan orang yang sempurna dalam hidup kita? dan kita bukan sapa2 pun untuk buat orang menyayangi kita macam kita sayang kat dia.. sebab kita MANUSIA BIASA..


sebab itu, setiap orang berhak untuk diberi peluang ke2 untuk cinta mereka. mungkin juga untuk kali ke3, ke 4 dan seterusnya. terpulang pada hati masing2. ada juga yang tidak dapat peluang tersebut untuk menebus kesilapan lalu.. peluang hanya datang sekali!!! yup... kalau difikir2kan, memang betul... kenapa tak gunakan peluang yang ada sebaik mungkin? kenapa harus merosakkan hubungan yang dulunya sama2 bina? sama2 berjanji setia? awal2 kan? biasalah... semuanya manis....


nak membina sesebuah hubungan itu bukan senang kan? makan masa jugak. pahit, manis, suka, duka sama2 dilalui untuk kekalkan hubungan yang ada.. tapi, langit tak selalunya cerah.. kita MANUSIA BIASA.. sering tak puas dengan apa yang kita ada.. kenapa ek? susah ke nak jujur? susah ke nak percaya kepada pasangan? susah ke nak setia? sekali tsunami datang, hancur segala... nak membina sangatlah susah.. nak merobohkan, sekelip mata je kan?


kenapa benda2 ini berlaku? sebabnya kamo2 tak pernah nak fikirkan perasaan pasangan kamo2.. kejujuran, kesetiaan dan kepercayaan sangat penting dalam hubungan.. sejauh mana hubungan itu, terletak pada 3 perkara ini.. tanpa kejujuran, dah tentu2 kamo2 tak setia pada pasangan kamo2 kan? tanpa kesetiaan, dan tentu2 kamo tak jujur pada diri kamo dan pasangan. dan tanpa kepercayaan, kamo2 tentu fikir pasangan kamo tak jujur dan tak setia... semuanya berkaitan kan?


kita MANUSIA BIASA... sentiasa mahukan yang terbaik dalam hidup kita... sentiasa alpa dengan dimensi ciptaan kamo2 sendiri... khayal dengan kegembiraan sementara.. apa lagi yang kamo2 cari sebenarnya? tidakkah kamo jumpa dalam hati pasangan kamo? kalau tak, kenapa kamo bercouple awal2 lagi? kadang2 kita tak sedar, tindakan kita menyakiti hati oarang yang kita sayang.. lalau terjadi perbalahan.. ermmm rumitkan? masih ada peluang untuk pulih? haaaa tanya pada hati kamo masing2... kalau kamo rasa kamo dah bagus sangat, tak perlulah bagi peluang itu... tapi pada saya,macam mana pun orang buat kat saya, sakit mana hati ini.. saya tetap akan bagi peluang kedua untuknya.. sebab saya MANUSIA BIASA... saya juga tak sempurna... membeli peluang dan ruang kepada orang lain dan diri sendiri, lebih baik daripada kamo lepaskan peluang itu dan... menyesal.....


.: entri lepas :.
cuba untuk menghargai


budak ensem ni pakar soal cinta taw... hak3..







hey kamo : peluang dan ruang sentiasa ada untuk setiap orang, tapi adakah kamo2 manfaatkan setiap peluang dan ruang itu?




hyz bisik pada kamo : cinta itu tak buta, kita yang buta kerana cinta

25 comments:

::FAIZ FARISH:: said...

cinta kadang2 menyakitkan... kadang2 indah

acheeqa farhana said...

cinta itu ktawa dan air mata :)

hawa said...

huhu.. kalo la si dya ley bca pa yg kamoo post ni.. huhu.. cinta prlukan pngorbanan dan airmata.. huhu .. sdey x ?? hahah ;)

Anum said...

hebatnya pakar cinta nie

AreNieZa said...

=( nieza bru putus cinta.. uhuhu.. tp, nieza sedang membina semangat baru.. =) tp x ready tok bercinta semula..

Fezul Fadhley said...

-- pengorbanan adakalanya xperlu dizahirkan dpn mata.. hargai org lain, barulah kita dihargai.. jgn mndesak,, sentiasa bersabar.. --

Encik Hyz, cam sedih jex? dah la tu :)

Ungu Violet said...

jgn dikenang kenangan silam...wat saket otak jek..huhu

aquh eyqa said...

haha.. cintee.. sush btol laa.. bile setie kate x setie.. hmm.. sush btol bilee bercinte nyhh..

Lalalililulu said...

hensem2...huhu...

Mohammed Faizal said...

setuju sgt2x...org yg kite syg lom tentu sayang kat kite...

Judiene said...

I definitely agree that every people deserve a second chance and it's up to them on how to use that given second chance and try not to mess things up this time around.

:)

yusuf Laili said...

Salam;
bina asas diri dulu baru dapat cari pasangan.

Cik Domo said...

cinta tu tak buta :)

miss nebai said...

kalau susah-2 sangat macam tue tak payah becinta lahh. >.<

suruh parents carik, then dahh kawen baru lahh kita bercinta :)

Princess Nusy said...

trasanyer hyz..tepat pd waktu..bru td gaduh..hurm..yup..nobody's perfect ryte..susah jgk bcinta dgn org hensem nyh..kuat cmburu..sptutnye yg pmpuan kuat cemburu..dh trbalik..huhu..xbaik2 la demam nyh jwbnye..=(

syamy said...

setuju sgt2 dgn entry nie . ag pon kita xdiwajibkan bercinta dlam islam . pas kwen bru bercnte . low cm nie xdew la smpay skewt aty, kuar air mate n bla3 :')

Missy Diya said...

suka entry ni...
semua manusia tidak sempurna
(tetapi ada yg anggap mereka sempurna),

yang penting cinta ni kena ada persefahaman :)

::ini belog saya . cinta hati saya:: said...

cinta itu indah .

tapi kadang kadang sangat menyakitkan

:)

LUTFI SYAFIQ said...

CINTA kepada manusia kadang SUCKS!
Cintalah kepada Allah, kerana itu cinta abadi.. :))

ainondreamergirl♥ said...

cinta xselalunya indah. kdg2 indah d mata, tp dalam hati xsape yg tahu. hadehh =.="

EmpayarUtama said...

tak boley nak setia sangat kalau tak hidup tak meriah. Tak gitu? :)

Si Manis Butterfly said...

cinta btl2 menyakitkan...
Encik HYZ mmg pakar CINTA...
caya la bro....

asamasin said...

cinta?cinta?oh cinta..cinta le kpd yg menyinta :D

TiraTaec0oL said...

cinta? pnat dah bercinta...
kene cari cinta yg diredhai...cinta dr Ilahi....aminnn

i am S!L4H.. said...

manusia biase tp boleh jadi luar biase. yeahh