Pages

Followers

Thursday, 25 August 2011

jom masak bersama chef hyz#7 - daging deng deng

assalamualaikum... hai hoi hoi... alhamdulillah, kita da masuk hari ke 25 berpuasa. tinggal 4 hari je lagi ramadhan akan meninggalkan kita.diikuti dengan kemunculan syawal, insyaallah.... hari ini saya masih tak berapa sihat... semalam agak terus jugaklah kepanasan badan... alhamdulillah, saya punya rakan housemate yang sangat2 baik. seorang tu tolong urut2kan badan, letak minyak segala... yang seorang lagi tolong belikan ubat2 dan air cap badak. sangat2 berterima kasih pada mereka2 ini. 


oke, da lama saya tak post entri masakan kan? ahaaa ni saya nak share resepi "daging deng deng". errr saya tak pasti ini resepi dari negeri mana. ~ sapa2 tau boleh bgtau saya k... hidangan yang simple tapi sedap. sesuai jugak dihidangkan dipagi raya. saya share resepi ini sebab atas permintaan rakan housemate yang telah merasai keenakan "daging deng deng" yang saya masak. ~ kembang kempis hidung nih... oke, jom tengok bahan2 dan cara masak...


.: bahan2 daging deng deng :.
daging ~ potong kecil2
kicap masin
kicap manis
bawang putih ~ dalam 5 6 ulas*
lengkuas ~ tak banyak sgt, tak sikit sangat ( agak2 )*
lada kering ~ dalam 20 tangkai ( nak pedas boleh tambah lagi )*
garam
gula
ajinamoto ~ kalau nak letak
* bahan2 tersebut dikisar halus

.: cara memasak :.
sebelum itu, saya nak share petua untuk bagi daging cepat lembut dan sedap. daging yang kamo2 potong kecil2 tuh, kamo2 tumbuk pakai lesung satu2. tumbuk agak2 nipis dan agak hancur sedikit. ~ insyaallah daging tak liat dan cepat masak. lepas dah siap tumbuk, gaulkan dengan kicap masin dan kicap manis. gaul serata. kemudian goreng daging tadi dengan minyak yang panas. goreng sehingga air daging habis dikeluarkan. ~goreng sikit2 ye.. jagan semua sekali.... dan minyak harus sedang2 banyak. da siap menggoreng, angkat daging dan ketepikan ~ jagan buang minyak gorengan tadi kemudian terus masukkan bahan2 kisar kedalam minyak gorengan tadi... goreng sehingga naik minyak... kemudian masukkan semula daging yang digoreng tadi. kacau sebati, kemudia masukkan air ~ agak2 k... biarkan sehingga air kering sedikit, kemudia masukkan kicap masin dan kicap manis....  masukkan juga gula, garam dan ajinamoto ~ kalau mahu. biarkan sehingga kering sedikit, oke siap..... senang je kan?



hey kamo : sepanjang ramadhan ni, saya memang jarang p bazar ramadhan. baru 3 kali pergi bazar sepanjang ramadhan. sekali tu tak beli pape pun. 2kali tu belanja tak sampai rm10 pun. sebab kat bazar mahal... rasanya pulak mengecewakan. kan lebih baik masak sendiri? jimat dan sedap... kan?

hyz bisik pada kamo : lelaki sekarang pun pandai masak meh... susah2 sangat google je...

14 comments:

EmpayarUtama said...

...senang je kan? Senang mende. Beli lg senang cepat dimakan (jenis malas masak) hehehehe

yusuflaili said...

Salam;
"daging tumbuk masak kicap"..tulah nama masakan tu..Heehehe.!!rupa nampak sedap

Anum said...

salam
sukanya dia masak kan

::FAIZ FARISH:: said...

aku tak reti masak

ZWAN SABRI said...

untungla orang tu reti masak..
macam aku yg langsung x reti masak ni, bazaar ramadhan jela ari2.. HUHU

MySuaraBlog: Larangan Untuk Pengantin Perempuan

Fezul Fadhley said...

waaa... untungla isteri kamu nt ea.. :p

Zuewairy said...

nak cuba la.. tapi klu xjadi ada warranty x? hik3

i am S!L4H.. said...

nampak enak. haihhh

Mohammed Faizal said...

ape maksud daging deng-deng...macam rrendang je\? Kalau dekat dgn ko memang aaku nak rase daging ni...nyummm

Missy Diya said...

huhuhu deng deng yg diya tau tipis
and empat segi..

yg bias adiya beli kat singapore
huhu first time tgk deng deng malaysia berbentuk begini...

aduh terliur teringin nak mkn deng deng ni

amir aizat said...

nice try!!

amni azmira said...

wahh..
pndai jgak memasak ya..
good job..hehe

cik nur said...

wahhh jarang jer ada lelaki yang boleh masak hehehe

Syahryl said...

masak untuk aku bleh..?huhu