Pages

Followers

Friday, 12 August 2011

kenapa sukar untuk setia????


assalamualaikum.. hai hoi hoi... alhamdulillah, syukur kita berada untuk hari ke 12 berpuasa... semoga kita dapat mempertingkatkan amal ibadah kita k... oke, hari ini saya nak sambung pasal entri cinta.. minggu lepas saya ada cerita mengenai kepercayaan dalam perhubungan, hari ini saya mengulas mengenai kesetiaan pula....

Dalam sesuatu perhubungan kita memerlukan kesetiaan untuk menjamin ikatan perhubungan itu. Selain kesetiaan, kita juga memerlukan kejujuran. Ini kerana tanpa kejujuran, tiadalah kesetiaan kan?..
Ramai insan yang masih lagi tidak faham tentang apakah erti kesetiaan dalam sebuah perhubungan. Ramai yang berpendapat mengapa kita perlu setia, sedangkan belum tentu kekasih kita itu menjadi pasangan hidup kita.. Dan belum tentu lagi kekasih kita itu juga setia?? Disebabkan persoalan inilah berlakunya kecurangan dalam perhubungan… betol tak? 

Ingatlah… Kesetiaan dalam perhubungan adalah sangat penting, ini adalah kerana kita telah mengambil amanat dan tanggungjwab daripada pasangan kita itu untuk menjadikan dirinya hanya satu dihati kita sewaktu kita mengambilnya sebagai kekasih. Alangkah sedihnya apabila tanggungjawab atau amanat yang seharusnya kita jaga itu, tidak kita tunaikannya…? Tidakkah ia sama dengan penipuan…? Jangan taburkan janji jika kita tidak mampu untuk tepati dan jangan mengata cinta kalau kita tidak mampu untuk memberikannya sepenuh hati… Ingatlah… hidup ini seperti roda, dan ingatlah hukum karma.Jika kita permainkan hati insan lain, suatu masa kita juga akan dipermainkan… Setiap apa yg kita lakukan pasti ada balasanya, hanya masa yang dapat menentukan… 

Untuk insan yang menjaga kesetiaan terhadap pasangan, anda adalah yang terbaik. Jadilah insan yang boleh membahagaian pasangan kita tanpa rasa jemu. Jika anda dicurangi, tidak perlulah berdendam, teruskanlah menjadi yang terbaik. Kerana anda mempunyai maruah diri. Anda telah melakukan yang terbaik untuk pasangan anda dengan menjaga keperibadian diri dengan sebaiknya. Mereka tidak pandai menjaga harga diri mereka. Suatu hari nanti mereka akan menyesal dan akan menyedari akan kebaikan yang anda lakukan… Hargailah kekasih atau pasangan anda itu. Jangan terlalu mudah menyerahkan hati anda kepada seseorang yang anda baru kenal lebih-lebih lagi melalui internet. Jangan terlalu 'terdesak' dengan cinta. Carilah cinta perlahan-lahan agar tidak dapat kekasih yang mencurangi kita dikemudian hari. Apa-apa pun keputusan di tangan anda. Kepada yang membaca tulisan ini, fikir-fikirkanlah… =)


hey kamo : jangan salahkan pihak lelaki atau perempuan bila berlaku kecurangan, tapi cermin diri kita sendiri.. adakah kita betul2 setia? entri lepas.. i love you & i love you #2

hyz berbisik pada kamo : setia pada yang satu

22 comments:

IkiN NikisA said...

terbaik ! :D

mia shafie said...

bagus...kesetiaan mmg prlu ade wktu brcnta...

hyz said...

ikin nikisa : tQ ^^
mia : kan?

Adylia Qarissa said...

betul tu...kadang kadang kawan yang selalu kita jadikan tempat mengadu adalah cinta kita...

amir aizat said...

mmg salu kwan baik jelah jdikan tmpt luahan hati,haha.like this entry!

InaAchik said...

AKU SETIA PAS KAWEN JERK! :P

acheeqa_farhana said...

nice entry!suke bace :)

budakijaupendek said...

kdg2 terlalu setia, boring!
ngehehehe

Aisyah Aina said...

yep..cari cinta perlahan-lahan..jangan nak cepat je kan...

ika said...

nice entry la!!betul tu...even kita dicurangi...jgn berdendam...Allah tahu apa yg tebaik...mgkin pasangan tersebut tak terbaik...sebab tu Allah pisahkan...:)

milo said...

sy pernah dicurangi and pernah berdendam haha..but now dh okey. and you are right, he's totally regret of wht he had done. :)

Princess Nusy said...

waaah..mood cintan2..stuju sgt2..kesetiaan n kejujuran tu pnting dlm hbngn.. =))

syamy said...

TERBAEEEKK !! suke entry nie .

yatie Awang said...

kalau ada kepercayaan tentu ada kesetiaan

si kiut lavender said...

suka entry nih..terbaex..!! ^_____^

laskar pelangi said...

nak setia camne ni..pakwe pon takde..tunggu stok suami nanti..yeahhh!;))

aiman fanboy k-pop said...

terbaikkkk punyew!!heehee......nice one!!aiman anti perkataan "curang"!

Gadis Butterfly said...

betul2...
harus setia pada yg 1...
entry yg menarik...
dieba suke sgt2...

cik nur said...

:) suka entri nie

Judiene said...

Cam ade tak kene je ni?
Bercakap dari pengalaman ke bro?
Sabar.
Kesetiaan tu pasti datang dengan izin Allah.
Tanpa izin-Nya, sejujur mana kita mencintai seseorang, takkan bersatu dua jiwa itu.
Jangan lah terlalu menyalahkan manusia jika hal ini terjadi kerana mungkin Allah ada sesuatu yang lebih baik untuk kita.

:)

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

kesetiaan harus diiringi dgn kepercayaan dan kejujuran

:)

nick dot anis said...

suka2..jgn je dgr kata2 manis terus terpikat.nak2 popuan cam i neh..hehe