Pages

Followers

Thursday, 4 August 2011

menarik, tapi kOrang tanak dengar #4

salam ramadhan buat kamo semua... hari ini masuk hari ke 4 kita berpuasa. alhamdulillah.... ~ dah ada yang ponteng ke? so, hari ini saya sambung entri menarik, tapi korang tanak dengar. diam tak diam ini dah entri ke 4. feedback entri2 sebelum ini tersangatlah bagus.... ~ sama2lah kita support muzik tempatan kan?

so, sempena ramadhan ini, saya nak share lagu ketuhanan yang mungkin kamo2 penah dengar, tapi jarang2 diputarkan diradio.. 'warkah buat laila' nyanyian zahid af ini pernah memenangi lagu terbaik di anugerah industri muzik ke 13 ( 2006 ) dan juara kategori etnik kreatif muzik-muzik ke 21. pencapaian tersebut cukup untuk membuktikan betapa bernilainya naskah 'warkah buat laila' ini. 

tapi macam biasalah, bila lagu yang bagus tetapi tiada nilai komersial yang boleh menaikkan rating stesen radio, lagu ini tentulah jarang2 diputarkan kn? ~ish ish ish secara peribadi, lagu ini merupakan koleksi kegemaran saya dari dulu hingga kini. sebuah lagu yang tidak jemu didengar. selain daripada berhibur, kita juga dapat berzikir sama. kan bagus begitukan? jom kita dengarkan.....



Warkah buatmu laila
kendati pun teranyam rasa di penjuru hati
runtuhan hidup tak mengizinkan kita bermimpi
keutamaan kita teramat jauh berbeza
sesungguhnya duniaku di sini bukan syurga

Hayatilah hakikatnya
pabila telah tertutup mata dan pintu hati
kemanusiaan mati di telinga yang tuli
tega nya yang tidak berdosa dijadikan korban
benci dan dendam bagai api di dalam sekam

Kata-katamu Laila
azimat yang tersemat di hati
sesungguhnya tiada terdaya
menggapai harapan andainya bersendiri

Doakanlah laila
doa untukku dan yang senasib denganku
agar kebenaran kembali di julang
sabar redha bertawaqal pada hikmah kalimah

Lailahilallah muhammadarasulullah(zikir)



hyz bisik pada kamo : zikir menenangkan jiwa

15 comments:

Judiene said...

Aku tak berapa minat sangat mamat si, since AF lagi.
Tapi lagu ni masa dengar kat Muzik-Muzik boleh lah.
Easy listening.

:)

amir aizat said...

first time dgr,layan jugak lah.huhu

hyz said...

judiene : hehehe not bad kan?
aizat : layan la.....

kaizen said...

rentak n lirik easy jer... nice!!!

latest entry ST : Nisbah Lelaki-Perempuan & Urban : Camera Paling CANGGIH

스위트 said...

lagu nye best. layan jugak walaupun saya tk minat dia ^^,

hyz said...

kaizen : kan?
... layankan je lah... ( tatau nk tulis nama jepun/korea )

Mohammed Faizal said...

best lagu ni....1st time dengar terus terpikat

hyz said...

besh kan?

Fezul Fadhley said...

lama da xtgok c zahid oren ni..

hyz said...

fadh : lagu2 dia x bape besh.. yang ni leh layan la....

Anif Abdullah| AA said...

boleh tahan la lagu ni..^^
lama xdgar dia nyanyi..

hyz said...

anif : nice kan?

Puan Kutu said...

serius 1st time dengar nie..tak tau pun kewujudan lagu nie..hehe

hyz said...

puan kutu : that y la sy wujudkan entri ini.. hehhe ada impak jugak kan?

diana said...

agak lma tak dengar lagu ni..
senyap terus sampai terlupa dah pun...