Pages

Followers

Tuesday, 20 September 2011

jom masak bersama chef hyz #8 - chicken chop

assalamualaikum hai hoi hoi.... haaaa lama saya tak post entri dapur bujang kan? semalam saya terai masakan baru. resepi diberi oleh blogger amy. alkisahnya, saya post status kat fb minta mereka2 bagi idea apa saya nak masak~ dah kering idea. so, blogger amy ni, bagilah resepi dia pada saya. nak tau resepi apa? jom tengok.....


.: chicken chop :.
bahan2 perap
daging ayam tanpa tulang
1/2 inci halia ~ ditumbuk halus
3 ulas bawang putih ~ ditumbuk halus
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar madu
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar serbuk lada putih
garam secukup rasa

.: cara buat :.
perap ayam dengan bahan2 tersebut selama 3jam atau sebaik2nya semalaman. ~ saya perap 1 jam je sebab dah lapar oke.... 

bahan2 tepung untuk menggoreng
6 sudu besar breadcrumb
3 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar serbuk kari ayam/daging
garam secukup rasa
1 biji telur

.: cara buat :.
campurkan breadcrumb,tepung gandung,serbuk kari bersama garam sehingga sebati. kemudian, celupkan ayam yang diperap ke dalam telur yang telah dipukul. kemudian salutkan ayam dengan tepung tadi. goreng ke dalam minyak yang banyak ( ayam terendam keseluruhan ), gunakan api yang sederhana kecil ya....

bahan2 sos black paper
3/4 cawan air
3 ulas bawang putih ~ ditumbuk halus
1/2 biji bawang besar dipotong halus
2 sudu besar lada hitam ~ ditumbuk halus
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar serbuk pati ayam
1 sudu besar tepung jagung ~ dibancuh dengan air
garam dan gula secukupnya


.: cara buat :.
tumiskan bawang putih bersama butter sehingga wangi. kemudian masukkan bawang besar bersama lada hitam. tumis sehingga pecah minyak.masukkan sos tiram, kicap pekat, serbuk pati ayam, serta air. kacau sehingga sos benar2 masak. kemudian masukkan air tepung jagung. masak sehingga pekat.






hey kamo : amacam? nampak banyak kerja. tapi sebenarnya senang je. sedap beb... ce la terai..... rasa? memang cam kat kedai... so, tak payahlah bazir duit beli kat luar.. mahallllll... buat sendiri la.. baru cool....




21 comments:

katasifat said...

lapo doh...

Anum said...

sodapnya

::FAIZ FARISH:: said...

menyelerakan

i am S!L4H.. said...

gamba tu betul2 ikut resepi ke??

kenapa nampak ayam tu sedap gile.
hehe

diana said...

kamu nak jadi menantu akak tak??
25 tahun lagi ye???
heheheheh

ZWAN SABRI said...

untungla orang tu reti masak.. x yah nak susah2 p kedai beli.. HUHU


MySuaraBlog: Open Mindedla Sikit Derr!

kpah k-poh said...

lambat...jom pegi kedai jer...Tapi tahniah sbb pandai masak..akak ni tak reti nak masak omputih ni dik....

Niza Romli said...

class ko jahh! pandai masak..nak try gak :D

qasehraihan said...

uiii..dasyt...terer..tahniah..
salam kenal..

budakijaupendek said...

cool..
hehe.
kamu ni wt saya terpikat jekkk.
haha!
tgok gamabr pun dh thu sedap..

Amy Eleina said...

eh!..dah try..hehehe..amacam?..sedap x??..tpi kan..npe x buang tulang ayam tu dlu..hehehehe.. ^_^

iyan shazlind said...

lapar la plak tgk gambar ni time dekat2 lunch ni...ahaii

DRceria said...

Gyz jgn lupe nt DRC blik segamat kite wat master chef k...!! :p

Umie Artoqiemie said...

jarang lelaki pandai masak..

lapoo weh..

MiSs NoRmaLa NorFiqZ said...

sodapnya...hari2 masak sardin n telur dadar je...huhuhu

si kiut lavender said...

erm...cam bez jerk tgk hyz masak tuh...nak try tgk arh...menjadi tak menjadi blkang kes..:)

teha said...

hahha ! betol2 ... msk sendiri lg jimat.. hehe

Puan Kutu said...

terernya msk,senang bakal isteri..:)

cik nur said...

hurm nampak sedap jaa nie meh la pos kan dekat nur hehehe

Izyan Yan Cinnamon said...

nmpk menarik..:)

ctk said...

haishhh..dh la ct pantang tgk makanan...kamoo buatkan lah..hahahah