Pages

Followers

Tuesday, 27 September 2011

jom masak bersama chef hyz #9 - bingka labu

assalamualaikum... hai hoi hoi... haaaa hari ini saya kembali ke dapur bujang? apa pulak chef hyz nak buat kali ni ek? kali ini saya terai buat kuih tradisional melayu kita, bingka labu. kenapa bingka labu? errr alkisahnya, saya dapat berlonggok2 labu daripada ratu kemaman. sebenarnya agak pening gak nak buat apa dengan labu yang banyak tu. so, terhasillah bingka labu. jom tengok cara buat... senang je....


.: bingka labu :.
450g labu manis ~ terpulang nak banyak mana
300-400g pati santan
200g tepung gandum ~ diayak
5biji telur gred a
200g gula perang
1/2 camca teh garam
1 camca esen vanila

.: cara buat :.
1. labu dikukus sehingga empuk, kemudian dilenyek sepuas hati sehingga lumat dan halus.
2. santan, tepung, telur, gula perang, garam dan esen vanila dicampurkan dalam 1 bekas.pukul adunan sehingga sebati.
3. apabila adunan benar2 sebati, masukkan labu yang telah kamo2 lenyek tadi. gaul sehingga labu dan adunan sebati.
4. sediakan loyang yang telah disapu dengan mentega keseluruhan loyang / boleh jugak dilapik dengan kertas minyak. kertas minyak tu juga perlu disapu dengan mentega.
5. tapis adunan dengan penapis semasa tuang ke dalam loyang, untuk mendapatkan tekstur yang halus ~ err saya tak tapis sebab mahukan serat2 labu tersebut.
6. bakar dalam oven dengan kepanasan 200 darjah celcius selama 40 minit @ kemuningan. sejukkan dan potong.




hey kamo : mudah ke kan? terai la..... selamat mencuba >.~

31 comments:

Anum said...

wah hebatnya dik nie

InaAchik said...

wahhhhh... hebat kamu siap masak bingka labu...
sedap tak? ;)

Ekmi Rabat said...

wah..nmpak sedap. kena suh mak akak cuba masak ni

hyz said...

kak anum : hahhaha ikut resepi jek.. mana ada hebat...
cik kaki : ehhh mestilah super duper sodappppp
ekmi : hey.. wat la sendirik... mana cool soh mak wat.. hek3...

Ungu Violet said...

cedapnyeee...mesti lemak2 brkrim disukai ramai nih...hihih

pandai eh buat...kagum2..:)

::FAIZ FARISH:: said...

nampak sedap....

Shiela Latif said...

hebatlah dak bujang pandai buat kuih bingka ni...kalah ibu2 cam hakak ni...maluu hakak lah...hehe

Ujie said...

peh..rajin sungguh!!

jehanfrhin said...

memang serba boleh lah!!! tabik springgg!!!~ =)

yusuflaili said...

Salam;
betul ke kamu buat ni..kalau betul hebatlah kamu ni...tentu ramai awek suka nak jadikan kamu ni laki

Puan Kutu said...

solute!sy pun tak reti buat bingka.haha ekceli malas!

budakijaupendek said...

bravo utk anda hyz.
hehe, minat juga dgn bingka labu (:

Adylia Qarissa said...

pandainya masak...huhuuu

shida'R said...

bingka dgn bengkang sama kn?kn kn?

i am S!L4H.. said...

sedapppp tuuu.

pos sini sket.

cik nur said...
This comment has been removed by the author.
cik nur said...

bingka nie leceh sikit kan sbb sbb kena kupas ssh sikit :)

diana said...

ish..ish..
anak sapa pandai sangt nih...
heheheh

org muo said...

wahhh..ini kuih faveret org muo...mmg umphh

Arfazilah Abka said...

~hyz
wahh..pandainya dia..ini baru ngam digelar chef hyz...=)

ciNdhaDahniEa said...

wah.. untung ler.. nak cikit! hihi

hawiz said...

muda2dh digelar chef...style..hihi..
bkn cekgu ler..lecturer...=)

miratun madihah said...

perghhh lapo lah pulak :D

Rosalia said...

sedapnye. pos kn ke sini boleh? hehe:D

::ini belog saya . cinta hati saya:: said...

halamak . macam sedap . pandai lah kamu buat :)

nick dot anis said...

waaaa bagus la u ni..byk tol ms nak masak...anta kat umah i skit..i bujang kalah u kot..(malu kat u..lelaki pon rajin masak)...haha

nick dot anis said...

waaaa bagus la u ni..byk tol ms nak masak...anta kat umah i skit..i bujang kalah u kot..(malu kat u..lelaki pon rajin masak)...haha

nick dot anis said...

waaaa bagus la u ni..byk tol ms nak masak...anta kat umah i skit..i bujang kalah u kot..(malu kat u..lelaki pon rajin masak)...haha

teyhasahaje a.k.a NURUL said...

besh nyeee....cm sodap jek tu hyz

Run Away said...

wah...pandai nyer../salam kenal....;d

ctk said...

pandai masak rupenyerr...cukup syarat suami wanita2 diluar sne..hahahah