Pages

Followers

Saturday, 15 October 2011

sorok bayi dalam pam tandas??

assalamualaikum... hai hoi hoi... selamat berhujung minggu pada kamo2 semua. setiap pagi macam biasa, saya akan baca akhbar online. entri kali ini just nak share sisipan akhbar yang menarik perhatian saya. berikut adalah petikan artikel dari metro online :



CHUKAI: Gelagat pelik seorang wanita selepas keluar dari tandas yang disedari rakan sebiliknya membawa kepada penemuan seorang bayi baru lahir dan disorokkan dalam pam tandas di sebuah rumah sewa di bandar ini, jam 4 pagi, semalam.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Abdullah Sani Salat berkata, bayi lelaki seberat dua kilogram itu ditemui masih hidup tetapi dalam keadaan kebiru-biruan dan lemah dipercayai akibat terlalu lama berada dalam tangki itu. Menurutnya, ketika ditemui bayi itu masih bertali pusat dan mengalami sedikit kecederaan pada badan.

“Polis menahan seorang wanita berusia 23 tahun di wad Hospital Kemaman yang dipercayai melahirkan bayi itu dan menyorokkannya di dalam tangki air pam tandas rumah sewa itu,” katanya ketika dihubungi, semalam.


Menurutnya, rakan serumah suspek mengesyaki sesuatu tidak kena pada gadis itu yang kelihatan tidak bermaya selepas keluar dari tandas di rumah sewa mereka.

Katanya, suspek pada mulanya enggan menceritakan kejadian itu tetapi selepas didesak rakan sebilik yang juga pengadu, akhirnya dia mendedahkan melahirkan bayi di dalam tandas.


“Rakan sebilik mangsa bergegas membawa bayi itu yang dalam keadaan lemah dan kesejukan ke Hospital Kemaman untuk diberikan rawatan kecemasan. “Pemeriksaan doktor mendapati bayi itu cedera di bahagian muka dan kesejukan selain kebiruan pada seluruh badan. Bagaimanapun bayi terbabit dilaporkan dalam keadaan stabil,” katanya.




Abdullah Sani berkata, pihaknya menyiasat kes itu mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Sementara itu, rakan sebilik suspek yang dikenali sebagai Ina berkata, pada mulanya suspek mengadu sakit perut dan ingin ke tandas rumah sewa itu untuk membuang air besar.




“Selepas berada terlalu lama dalam tandas, dia akhirnya keluar dalam keadaan tidak bermaya dan keletihan sebelum berbaring di atas katilnya.

“Saya terkejut apabila melihat ada kesan darah pada lantai rumah lalu mengesyaki sesuatu sebelum mendesak rakan itu menceritakan apa yang berlaku dan diberitahu dia melahirkan seorang bayi di dalam tandas,” katanya.


Dia kemudian bergegas ke tandas dan menemui bayi itu yang kesejukan dalam tangki air pam tandas.


“Selepas menemui bayi itu, saya dapati ada sedikit kecederaan pada mukanya dan badan kebiruan akibat kesejukan sebelum membawanya ke Hospital Kemaman untuk rawatan,” katanya.


macam syiall kan? ko dah melakukan zina satu hal!!! siap sorok dalam pam tandas tu ape kejadah!!!! kalau bayi tu mati? dah kes bunuh pulak! memang celaka betul orang2 macam ni! dah melakukan dosa, nak tambah lagi dosa. kau kalau tak nak bayi tu, bagi kat orang yang nak! aku pasti ramai orang kat luar sana nak jaga bayi ko! sebab ko pun bukan layak bergelar ibu! ko hanya nak seronok!!! tak paham la manusia ni..... haiwan pun sayangkan anak2 dia...

32 comments:

Mohamad Ridhwan Ruslan said...

Perangai syaitan. aisya...buat pandai...jaga xpandai...

P/S: :)

RinsyaRyc said...

ikan pon sayang anak... dengan dia2 sekali masuk air...

eddy syrol said...

bodoh kan.... bg lah kat aku anak tu.. aku nak anak!

afzalsukasuki said...

nasib bb tu hidup lagi..alhamdulillah panjang usia dia

Adylia Qarissa said...

kecian baby tu kan...ermmm... senang je dia lahirkan anak..kalau orang yang ada laki nie bukan main susah nak beranak.

yang kat luar lagi ramai nak anak..dah macam2 usaha dorang buat nak dapatkan zuriat. Kita senang jer nak buang anak buat macam buang sampah lak..ish!!

Capital Zr said...

ish , ish , ish ! tawu nk sdp je . bila da mngndg , buang2 plak anak urh . =.=" xd hati prot lnsg !!

Blogger bernama Zam ! said...

manusia sekarang maken zalim .
zuriat Allah dipandang remeh je .

miratun madihah said...

ish ish,tula org cakap kalau mengandung anak luar nikah senang je beranaknya,

haih,dorang ni sesuka je nak buang anak

Puan Kutu said...

cuba rendam ibu bayi tu pulak baru dia tahu!bodoh betul jadi org buat macam tu..

sis92 said...

kasihan sosbsob
nasib la tak kena bunuh:(

yusuflaili said...

Salam;
Akupun tak larat nak komen apa lagi tentang kes2 ni..sebenarnya aku tak faham apa sebenarnya dikepala org2 seperti ni.

zaidizain said...

salam ceria utk semua....

Trime kaseh bro sebb banyakkan info yg bermanafaat dan yg penting kite semua dapat ambil iktibar di ats ape yg dah berlaku akhir2 ni....

dan banyak sangat kes mcm ni, perkare mcm ni mengingatkan kite kembali pade zaman jahilliyah dahulu, seperti hadis Baginda rasulullah saw yg bermaksud..

Dan pada Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar RasuIullah saw. bersabda, “Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu”. Sahabat bertanya, “Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu? ” Nabi saw. menjawab, “Penyakit-penyakit itu ialah (1) terlalu banyak seronok, (2) terlalu mewah, (3) menghimpun harta sebanyak mungkin, (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, (5) saling memarahi, (6) hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalim”.

♥Aien Najwa♥ said...

Alhamdulillah bayi tu hidup lagi..betape sekse hidup dalam kesejukan..masyaAllah..semoge mendapat hidayah wanita tersebut..

Cik Nurul said...

haishhh~

~Nana 귀여운~ said...

mak bodoh sangup buat anak x dosa mcm 2....

Indah Mulya said...

kesiannye baby tu..skrg bny sgt kes cmni..nape lah dorang ni tak pk pjg..huhu

nick dot anis said...

kesian baby tu! berani buat berani la tggung kan?

baby lak jadik mangsa.lau taknak jaga bagi la kat pusat ke apa..zalim gile nak pam2

teha said...

ape laa nk jadik bdk2 zmn skrg.. malu aku yg ddk chukai nie.. haishh ~

AwieKashi said...

memang tersangat sial..
BUAT pandai...ANAK sendiri BUANG MERATA TEMPAT...

Ungu Violet said...

hmmm...bayi yg xberdosa tu yg jadi mangsa kerakusan nafsu manusia...huhu

n-ya said...

kejam nya..nsib baik smpat selamat baby

hibary said...

kadang kala manusia perlu belajar jadi penyayang dari binatang

aidajusoh said...

eee..kejamnye..cian kat baby tu :(

Petua Tahan Lama | Semoga Aku Juga Seperti Mereka...!

Cik gigi kaca said...

syialaaan tol la..cuak je dgr neh!bengom..mesti mase die x tengok lgsg muke bayi tuh mase buang sbb kalau die ade hati perot x wat camtuh!

sis92 said...

terlalu banyak kes macam ni sekarang
dah tak hairan kalau baca n dengar..
bawa-bawalah bertaubat

Edy Fee said...

ape ke hell la org skrg ni
takde tempat leboh baik ke....dlm tin biskut kew
dlm botol mineral kew..hina snagat ke budak tu.ish2

Edy Fee said...

ape ke hell org zaman skrg
takde ke temopat yg lebih baik...
dlm tin biskut ke
botol mineral kew
hina sangat kle budak tu
ish2! tak paham

Ain Zulaikha said...

astaghfirullah hal a'zim... apa nak jadi lah.. hurmmm nauzubillah..

era kecik said...

jahatlah!!! sian kat bayi tu~~ :(

Poktekz said...

betul tuh ...
geram taw ngan pmpuan yg macam nih

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

berita2 sekarang mengerikan!

ImiE HizAimi froGgiE said...

ini memang tak boleh nak kata ape..memang bodoh...keadaan manusia zaman sekarang lagi teruk dari binatang...manusia zaman sekarang boleh dikatakan lebih kejam..kenikmatan yg dirasa cuma sekejap tapi derita bila dh taw ada isi kn...sepatutnya hukuman bunuh bayi nih same je gan hukuman membunuh..tak payah penjara2 bg tali gantung je terus...xboleh fikir waras ke...mmg gila