Pages

Followers

Tuesday, 4 October 2011

"drama soffiya berunsur negatif?"

assalamualaikum... hai hoi hoi... hari ni nak komen sikit artikel yang disiarkan di berita harian online semalam yang bertajuk "drama soffiya berunsur negatif". 


"SLOT drama Akasia berjudul Soffiya yang sedang ditayangkan di TV3 setiap Isnin hingga Khamis jam 7 malam ternyata mampu menarik jutaan penonton. 

Namun, jika dinilaikan jalan ceritanya, kisah yang dipaparkan agak keterlaluan kerana menonjolkan sikap masyarakat Melayu tidak bertamadun dan kejam apabila si bapa yang juga seorang doktor tergamak merogol anak kandungnya sendiri serta menyeksa isterinya dengan kejam.

Lakonan Tiz Zaqyah, Fizo Omar, Izora Aishah dan Azhar Sulaiman walaupun berkualiti dan mempunyai identitinya tersendiri mempunyai jalan cerita seperti menggambarkan masyarakat Melayu kini terlalu rendah moralnya.
Diharap drama berunsur negatif dan tidak menunjukkan moral murni perlu ditapis supaya tidak menjejaskan pemikiran orang Melayu dan pemikiran kaum lain terhadap bangsa Melayu. 

Kita orang Melayu mempunyai sifat sopan santun dan lemah lembut tidak mungkin melakukan perkara yang sangat menjijikkan walaupun di dalam drama.



jangan nak salahkan drama2 yang kononnya berunsur negatif padahal itulah realiti kehidupan sekarang. realiti yang kita tak boleh sembunyikan. tanpa drama sebegini jugak, dah terpampang dalam akhbar2 dan berita tentang kekejaman bangsa melayu sendiri. bunuh mak ayah, bunuh keluarga, bunuh bayi, rogol, rompak kebanyakannya bangsa melayu kita yang lakukan. semalam, satu lagi kes bayi dicampak dari tingkat 2. sebelum ini, kes bayi dibuang dalam perigi. rasa2nya ini semua kesan dari tonton drama2 melayu yang berunsur negatif ke?


nak tapis? sebelum tapis drama2 melayu @ filem2 melayu, baik anda ( penulis ) minta lembaga penapisan tapis filem2 @ drama2 hollywood tu. kenapa adegan2 cium2, romen2 atas katil, berbikini tak ditapis? positif ke drama2 sebegitu? ke aksi2 sebegitu tak membawa kesan terhadap pemikiran bangsa melayu? 

hey kamo : macam mana karyawan kita nak maju. sikit2 nak tapis. sedangkan budaya hollywood dengan mudah masuk negara kita tanpa penapisan seketat karya tempatan. penonton boleh fikir mana baik mana buruk. pada saya, drama dan filem salah satu medium mendidik masyarakat, bukannya merosakkan pemikiran.


hyz bisik pada kamo : iman yang semakin tipis, bukan faktor lain



30 comments:

eddy syrol said...

tak tgk drama ni sebab tak minat sgt pelakonnya.. negatif tak?hehehehe

diana said...

kenapa akak tak tahu ada drama ni kat tv sekarang??;p

MiszCoMoT said...

itula.. industri filem sekarang kalau ada ja silap sikit mula la naikkan isu tu..padahal boleh ja kalau kita ambik isu tu dari segi positif.. ye dak..bergantung pada pemikiran individu.. :)

Anum said...

best drama nie
bagi sis terbaik

i am S!L4H.. said...

no komen.



eh??

Cik Bahgia a.k.a Zet said...

sokong2... drama mcm ni lah patut d ketengah kan... xkn lah nk wat drama yg mmpunyai sifat sopan santun je memanjang,.. dah nama pun drama, bukannye realiti.. mcm cite hantu, xlogik, xmasuk akal, knp xkata tu x tunjuk nilai2 melayu??? betul kan??? hahaha....

yusuflaili said...

Salam;
aku tak tengok drama tv3..tapi pada pendapat aku..kita jangan pandang dari segi negatif je,cuba kita pandang dari positif drama tu. sebenar ada unsur pengajaran dan teguran yang besar harus dikupas,cerita tu berdasarkan kisah sebenar lagi nyata masyarakat melayu kita sekarang apa yang hendak dimalukan.

P/S..yg penting tonton untuk pengajaran bukannya untuk keseronokan..pro dan kontra harus diambil kira bersama.

AwieKashi said...

alamak...aku buta cte kat tv la...
huhu...
dah bapa lama x tgk tv...

Adylia Qarissa said...

inilah masyarakat sekarang yang sebenarnya buta dalam celik...

apa yang berlaku sekarang adalah dalam drama tu...bila jadi macam nie keluar isu tak tapis menapis sedangkan dorang nak tutup kejahatan duniawi...

eh..melalut lak kat sini...heheee..apa pon drama tu dikira best jugaklaaa...

p/s blog tetap update walaupon bz :)

♥Aien Najwa♥ said...

setiap drama mmg salu nye berdsrkan realiti...

::FAIZ FARISH:: said...

aku tak tgk pun crite ni... cam tak best

jehanfrhin said...

tiap2 ari tgk drama nie .. hee~

semua nie atas individu tu sendiri camne nak menerima mesej yg disampaikan..kalau dah tau negatif, pandai2 la jadikan pengajaran..

n-ya said...

org2 yg srh tapis2 ni sbnanya orang yg bajet bgs sgt...baik plus blabla...tp hakikatnya,tak mana pon..tgok jgak holly,bolly....tapi anak tiri kan karya tempatan

Ungu Violet said...

erkkkk...pandai2lahh...macam2 persepsi...huhu

aiman fanboy k-pop said...

aiman pon tengok jugak drama nih...sokong abg hytz sangat/ketat2..hoohoo....
itulah realiti sebenar kehidupan....penerbit drama bukannya nak untung semata2..tapi,supaya diorg peka dengan situasi sekrg n ambik pengajaran dr cite tersebut..kan?kan?kan?
nasib baik drama korea,abg hyz x mention...drama korea taklah teruk..jez romantik2 je...

cindhadahniea said...

adehhh... hari isnin smpai jumaat memang tak r nak tgk tv.. slalu lepak ats bilik jek sebok study on9 bagai... huhuhuhu

tapi tingin gak nak tengok citer skunk2 ni...

~ sayetaksukemasam.blogspot.com/

budakijaupendek said...

setuju jugak la.
realitinya memang moral dh teruk zaman sekarang..

DRceria said...

tepuk dada tnya iman..

Fara E's said...

ya ke ? tak prasan plak , hekhek

Puan Kutu said...

drama sofiyya tu memang memaparkan kehidupan masyarakat melayu sekarang.mmg byk wujud kessumbang mahram dikalangan msyrkt kita.pada sy klu nak tapis,sila tapis cerita indon yg ntah apa2 tu,lg mengarut!

shida'R said...

dari nora elena smpai la ke drama ape pon xpnah tgk..xbksemptan nk tgk huhuhu..

Blogger bernama Zam ! said...

Hyz : betol sgat tu abg Hyz !
kalau citer melayu , ade je xkena . kalau citer omputeh tu xpe lak .tambah2 sy mmg suke tgok citer ni ,
* izara la bukan IZORA HAHA .

miratun madihah said...

baru semalam start tgk,almaklumlah jarang tgk tv,

ctk said...

xske sgt tgk cter cm ni takot menjadi ikutan...org skrg xamek pengajaran tp amek isi..cam rempit...hOhO

si kiut lavender said...

terbaik...sokong entry nih....penerbit drama bukannya buat drama2 yg berlandaskan imaginasi tapi buat drama yg bersandarkan realiti yg sebenarnya...semuanya berkaitan dgn norma kehidupan msyrkt skunk nih

::ini belog saya . cinta hati saya:: said...

choki tengok jarang2 je .

tapi choki sokong dengan entry nie :)

tnZackJ said...

yahudi akan merosakan keimanan umat islam melalui 5F

1. finance
2. food
3. female
4. fashion
5. film

nick dot anis said...

i suka cite ni...lalala

anamizu said...

cik ana layan gak cite ni..
tgk pon sbb ade Tiz :P



luv,
cik ana

RinsyaRyc said...

ala.. biasa dah tu.. hehhe