Pages

Followers

Friday, 21 October 2011

jadi wanita selepas mencuri


JELI – Sepasukan polis yang menyerbu sebuah rumah untuk menahan seorang suspek curi kenderaan terkejut apabila mendapati lelaki itu tergamak memakai baju kelawar semata-mata hendak menyamar sebagai perempuan.
Kejadian pukul 7.30 pagi itu berlaku apabila suspek bertindak menyarung pakaian tersebut selepas terperangkap ketika sedang bersembunyi di celah katil di dalam bilik di rumah keluarganya di Kampung Air Merbuk, Tanah Merah.
Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Supritendan Sheik Azahar Sheik Omar berkata, suspek ditahan selepas pihaknya menjalankan siasatan sebaik menerima laporan mengenai kehilangan sebuah Pajero milik seorang petani berusia 64 tahun di Kampung Pasir Dusun di sini pada pukul 1.15 pagi.
Katanya, polis yang menjalankan siasatan kemudian telah terserempak dengan kenderaan itu lalu mengekorinya hingga di kaki bukit Kampung Air Kayan Jedok, Tanah Merah.
“Suspek yang terperangkap kemudian telah meninggalkan kenderaan itu dengan enjinnya masih hidup lalu melarikan diri.
“Polis kemudian telah menjalankan operasi mencari sebelum mengepung rumah suspek berusia 28 tahun lalu menahannya ketika sedang bersembunyi dengan memakai baju keluarga milik ahli keluarga perempuannya,” katanya.
sumber : kosmo online
gambar songlap dari pn google. ayu tak?

hey kamo : seyes saya tergelak baca berita ni... tak dapat bayangkan keayuan pencuri tersebut. tetiba terbayang dengan perut buncet, muka berjambang, berbulu kaki, berbulu dada, tetiba pakai baju kelawar... muahahahhahaha... macam2 lah pencuri ni. dari dia mencuri baik p masuk raja lawak. boleh menang kowt...

31 comments:

nyssa said...

haha. ayu sgt la kt kalo da sampai pkai baju kelawar tuh.

RinsyaRyc said...

phewitt! ayu doww.. haha

era kecik said...

hahha,, seyes,, memang klakarlah.. hehehe :D

♥Aien Najwa♥ said...

Aduhai..Jadi Pak Lawak memang confirm menang..huhu..mcm2 care lah org niy nak mencurik..adoyai!!~~

Lam A'Aini (Oh Semut) said...

hahahahhahah . .. . .terguling guling baca entry nih . . .hahaha :D

afzalsukasuki said...

astaga..abis aku dpt dosa kering tengok cowok2 seksi cenggini!!haha

Anum said...

hahahaha
gelak terguling-guling

Adylia Qarissa said...

hahahaaa...nampak semakin bodoh pencuri tu kan..

nasib baik tak pakai bra adiknya :)

~ selowmelor ~ said...

hahahaha terbaek nyorok sambil pakai baju kelawar!!!

aiman fanboy k-pop said...

heeheeheehehee......macam2 dunia sekrg nih..terdesak sgt hinggakan baju klawar mak dia p amik...uiittt!baju klawar tuh mak dia punya ke?heeheehee,,,^^

White Dove said...

euwww... :D

ctk said...

haha...sanggupnyer lah dia...ish3

Ungu Violet said...

haha...ngok ngek tul...huhu

yusuflaili said...

Salam;
Aku geli nengok gambar cik negro2 tu..nak muntah pun ada,macam mana lelaki boleh tertarik,ishh3.

Blogger bernama Zam ! said...

BHAHAHHAHAHAHAH!
lawak-lawak-lawak .
sanggop seh .

bella luna said...

pakai baju kelawar pun jadi la asal lepas, ish2 macam2 lelaki sekarang +,+

tyra uyura said...

new here :)

hahaha.. klakar la pencuri tu .

eh, cemane bayangan ko sama dgn byngan aku? hahaha...

cik nur said...

hehheh kalo namanya pencuri banyak la akal nyer nak menipu kan :)

diana said...

ahli keluarga dia yang lain tak gelak ke??
kalau akak memang gelak dekah2 kat situ..
ahahha

m!3yr4h_LolLy said...

kejadah ape la. hahahaha. sengal punya orang

dwaty said...

hahahahahahahaha....

aiNa yaZiD said...

kah3... phewit.. kunun cuNs lettuw~!! =P=P

nick dot anis said...

macam2 skill kan skrg ni lau nak wat jahat

::ini belog saya . cinta hati saya:: said...

sangat lawak .hee :)

~Nana 귀여운~ said...

awwww..hot and spicy tomyam woo..hahahaa

Puan Kutu said...

dia budget muka dia cun la tu.hahaha

Cik Nurul said...

ayunye pencuri ittew... -.-

Cik Yatt said...

klu ade pic lgi best ni

misTeaRed said...

geli tgk pic tue...h0ho

Syafiq said...

pencuri ni sengaja buat lawak ke apa ? hahaha

sis92 said...

haha mak ai..cun melecun

dah buat salah nak tambah lagi dosa