Pages

Followers

Tuesday, 18 October 2011

KEJAM!!! kelar perut bayi sehingga terburai!!


BETONG: Hanya kerana teman lelaki tidak mahu menerima anak luar nikah dalam kandungannya, seorang pelajar berusia 16 tahun mengelar bayi perempuan baru dilahirkannya sehingga mati dan perut terburai di bilik asrama sekolahnya di sini, semalam.
Kejadian menggemparkan itu berlaku kira-kira jam 7.40 pagi dan pelajar tingkatan empat terbabit dikatakan melahirkan bayi cukup sifat sebelum dia mengelar bayinya yang masih hidup itu dengan pisau pemotong sayur sepanjang 15 sentimeter.
Sumber berkata, sebelum kejadian, pelajar terbabit dikatakan gagal hadir ke kelas sehingga menimbulkan rasa curiga seorang guru lelaki berusia 41 tahun yang kemudian ke bilik asramanya.

Menurutnya, sebaik tiba di bilik pelajar berkenaan, guru itu terkejut apabila mendapati satu mayat bayi perempuan cukup sifat berlumuran darah di atas lantai berhampiran katil suspek.



“Terdapat sekurang-kurangnya tujuh kesan kelaran pada belakang tubuh, leher, tangan, rusuk selain perut bayi itu sehingga menyebabkan isi perut terburai.


(sumber : metro online :
pic ni rembat kat pn google




kejam!! kejam!! kejam!! kenapa manusia semakin kejam? tak tahu nak cakap apa. bila manusia mengikut telunjuk syaitan, macam nilah jadinya. nak mencarut pun tak guna!! semoga kejadian2 seperti ini tidak berlaku lagi..... cukuplah apa yang terjadi sekarang... wahai kamo2 yang membaca, ingatlah!!! fikir dahulu sebelum melakukan sesuatu. seronok hanya seketika.......


hyz bisik pada kamo : diharapkan, pihak berkuasa perketatkan hukuman kepada pesalah... tidak hanya penjara semata2.

25 comments:

♥Aien Najwa♥ said...

Macam2 sekarang niy kan..Tak tau dah nak cakap cmner..diorang xrase berdose ker membunuh sampai mcm tu..YaAllah, Kuatkan lah hamba mu ini....

asri (asrirayrock) said...

Memang kejam ...Stupid punya budak ni!!!!

afzalsukasuki said...

meh sini aku kelar dia pulak!!bingai!!

khairul said...

projek pandai !

shahirah Rose said...

seyes kejam!makin xde sifat kemanusiaan manusia sekarang...

DRceria said...

( naseb baik baru 5 orang cute yang komen )

Kejammm..! Kejamm...!! Ish3.... Manusia sekarang tak berhati perut...!!!huhhh!

ZWAN SABRI said...

xtaw nk kata pompuan ni berhati apa.. binatang pown sayang anak.. huhu

MySuaraBlog: Gigi Kuning, Gosok Gigi, Tandas..

diana said...

sehari dua ni asyik baca cerita pasal manusia kejam je..
seram!

QasehSuci said...

dunia...dunia...astaghfirullah hal 'azim

si kiut lavender said...

16 tahun.,.muda lagi..
perjlanan msih jauh,,
tpi syg,,,dya sendri glapkan msa dpan dya..

aiman fanboy k-pop said...

remaja oh remaja.......semakin parah!

Aleen Sepet :) said...

gila lah . hati binatang ape ? binatang pun syg anak dye kowt . agak agak lerr . nie lah umat akhir zaman =='

Anum said...

manusia menjadi semakin kejam

Adylia Qarissa said...

ada otak tapi tak ada akal!!

EYQASARA said...

astaghfirullah... mengucap aku dgrnye.. knp la budak ni berperangai lebih jahil dr org jahiliyah dulu! kejam!

Puan Kutu said...

Ya Allah..penant dah komen pasal ketidakperikemanusiaan

~Nana 귀여운~ said...

budak belasan tahun masih tidak matang fikiran..x takut dosa..jadi la kes sebegini..dunia akhir zaman..

PriMadonNa YueZueL said...

pendek akal....s0wang lagi penghuni neraka...tersenyum makhluk laknatullah...

zuhanif said...

tahnya dah la wat dosa ditambah pulak dosa lain huhuhu klu tak nak jangan bunuh bg kat org. Ramai org yg nak anak tp Allah tak kurniakan rezeki lg. Sy sokong hukuman gantung bg yg buang dan bunuh bayi.

jehanfrhin said...

astaghfirullah!!! rasa cam nak g kelar balik je perut dia beramai2.. takde akal gamaknya!! hisyyyhh!!!

era kecik said...

tak berhati perut sungguh orang tu,,, grr!! sanggup dia buat camtu kat bayi tu.. -.-

yusuflaili said...

Salam;
Kes tu berlaku tempat akulah tu..Nasib baik bukan melayu yg buat,sebenarnya sekolah tu luar bandar jauh dlm hutam nun.

Cik Nurul said...

kejam sungguh! kesian baby2 tu... =(

ctk said...

bila otak letak kt lutut cmtuh la..

Norma Jeane said...

skrg ni dunia dah terbalik... binatang tu manusia... dan manusia dah jadi binatang........... allahualam....