Pages

Followers

Friday, 18 November 2011

jom masak bersama chef hyz #13 - nasi lemak bujang ensem

assalamualaikum... hai hoi hoi... salam jumaat kamo2 semua... dapur bujang kali ni, nak share resepi nasi lemak yang dibuat oleh orang bujang yang ensem. ~ erkk!!!  semalam tatau nak masak apa, tetiba muncul idea nak wat nasi lemak je. jom tengok bahan2.


.: nasi lemak bujang ensem :.
- nasi -
2 pot beras
1 kotak santan segera ~ saya malas nak turun kedai beli santan segar, dalam peti ada santan kotak, so bedal je....
3-4 keping hirisan halia
sedikit garam
air

.: cara buat :.
selalunya kalau masak nasi lemak pakai rice cooker ni, kadang2 nasi susah nak betul2 masak kan? kadang2 masih beras lagi walaupun dah tanak. so, petua untuk bagi nasi cepat masak dan lembut, rendamkan 10minit beras anda dan toskan. pastu masak seperti biasa.
1. campurkan beras yang da direndam & ditoskan tadi bersama 1 kotak santan, hirisan halia dan garam.
2. campurkan 2 cawan air ~ kalau nak masukkan daun pandan pun boleyyyyy
3. sumbat kat rice cooker la... kalau nasi masih tak masak, masukkan setengah cawan air panas. done!!

- sambal -
8 sudu cili bland
4-5 biji bawang merah *tumbuk
3 biji bawang putih *tumbuk
sedikit ikan bilis *tumbuk
air asam jawa
sedikit belacan
garam
gula
1 biji bawang besar - dihiris

.: cara buat :.
1. tumiskan bahan2 tumbuk sehingga naik bau
2. masukkan cili bland dan belacan, dan masak sehingga pecah minyak
3. masukkan hirisan bawang besar dan air asam jawa.
4. masukkan sedikit je garam ~ belacan da masin dan gula
5. masak sehingga agak kering. done!

- ayam goreng -
ayam
rempah kari ayam/daging
lada hitam
lada putih
serbuk kunyit
cili bland
garam

.: cara buat :.
1. campurkan kesemua bahan
2. perap selama 30 minit pun cukup...
3. goreng la.done!

.: bahan sampingan :.
telur rebus ~ saya malas nak merebus, nak kopek kulit lagi. leceh!
ikan bilis goreng ~ malas nak goreng!
hirisan timun ~ malas nak p kedai beli
kacang tanah goreng ~ pun malas nak p kedai beli
ni lah hasil masakan bila malas nak ke kedai. nasi lemak bujang katakan.... =) 



27 comments:

rebellion said...

hehe, boleh la untuk orang bujang ni.

Anum said...

rajinya masak

Fafa sanusi said...

pandainya masak .. nmpk sedap :)

cik nur said...

kalo nak malas mmg tak jadi la nasi lemak terus makan telur dengan kicap hahaha tak oun ikan bilis dengan cili kering jaa dah :)

c'axoera said...

heheh nasik lemak bujang encem eyh hehehe bak sini sket!

eddy syrol said...

sedappppppppp...!! aku suka nasi lemak sgt2..

My SweetPea said...

sungguh rajin memasak awk ni....tp sayang xdak timun...ada artikel ckp...timun dlm n.lemak sebenarnya berfunsi sebagai meneutralkan kembali kandungan lemak + kalori nasi lemak nieh( senang cerita agen potong lemak..hehe)

DRceria said...

sedaaaaaaaaaapp.... jom nnti DRC lek kite main masak2..!!

::ini belog saya . cinta hati saya:: said...

nasik lemak bujang pom sodap . hehe :)

NAZRUL AZAT said...

kalo kek pun dh sodap, apetah laie nasik lomaknyo :-)

MakNgah said...

nasi lemak org malas la ni.
aku yg pompuan pun kalau masak nasi lemak takde bubuh dalam mangkuk nak kasi bentuk bulat tu.

dah lapar taram je tuang nasi dalam pinggan.

Fara E's said...

feewittt , haha

Rosalia said...

ni dh leh kawin kot smua bnda pndi masak kalah perempuan.hahaha tp sy reti masakla.:D hahah

Ujie said...

ini tak mcm org bujang ni!
set nasi lemak tu..

seronok pulak tengok hyz msk..naik semangat akak nak masak.

sis92 said...

wah ni dah tahap nasi lemak kahwin ni :)

Aisyah Aina said...

haha...tak rupa macam nasi lemak dah...semua malas nak beli..

tapi nampak sedap.

Fabulous Me said...

wahhh.. rajin gile

Cik Nurul said...

amboi... pandai nye... nampak sedap! untung la sapa dapat anda.. :P

Tira Pengemis Maganda said...

nasi lemak bujang "cantik" ade?

Run Away said...

hoh...buat nasi lemak mum sendiri..lebeh bermakna kalau bagi utk owg lain makan...(bagi kat sy lah)...;d

Run Away said...

hoh...buat nasi lemak mum sendiri..lebeh bermakna kalau bagi utk owg lain makan...(bagi kat sy lah)...;d

~Nana BamBam~ said...

rasa p0n s0dap k0t noh..huhuh

Adylia Qarissa said...

Perut tgh lapar nie. Boleh la bekpes ngn nasik lemak org bujang . Huhuhuuuuu

Pink Diary said...

pandainyer bujang ensem ni masak

Che'gu Anuar said...

Pandai betoi lu masak bro... Hang dah ready borang pilih calon ka? ramai nak mohon ni... Hhahaha

Kaca mata said...

Sedapnye tgk..ni bkn thp bujang ni...hehe

ctk said...

halia tu nk bnyk mne...feveret ni nasi lemak...hihi....nk bljr ngan kamu la...bley?