Pages

Followers

Thursday, 1 December 2011

apex oh apex : kontroversi yang tak berkesudahan

KUALA LUMPUR: Penyebaran gambar terbaru membabitkan Khairul Fahmi Che Mat, 21, atau Apek dengan seorang gadis di Internet sejak Sabtu lalu, membuatkan gadis yang dikaitkan dengan penjaga gol skuad bola sepak kebangsaan itu dihujani pelbagai tohmahan.
Berikutan itu, gadis terbabit, Nor Hashidah Harmi, 23, atau lebih mesra dengan panggilan Shida mengadakan pertemuan dengan Harian Metro, semalam bagi menjelaskan keadaan sebenar sambil ditemani ibu bapanya, Shamsinar Basrun, 46, dan Harmi Ramli, 46.
Shida berkata, penyebaran gambar itu mengganggu emosi dan mencalarkan maruahnya serta keluarga, tambahan pula tidak sampai dua minggu lagi dia akan melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan hati, Mohd Danial Adnan, 24.

“Gambar itu pada mulanya dipaparkan sebuah blog. Berikutan itu, sejak Ahad lalu, saya menerima gangguan daripada peminat Apek yang memberi komen di ruangan blog itu, malah ada yang menghubungi saya dengan menghamburkan kata-kata kesat serta penghinaan.



“Lebih menyedihkan apabila ibu bapa saya disabit dan dituduh tidak pandai menjaga anak. Mujur orang tua saya memahami termasuk tunang kerana mereka tahu itu gambar lama,” katanya.


sumber : mymetro online
mungkin semua telah maklum tentang kontroversi terbaru apek. kat sini tak payahlah saya tayang gambar2 kurang sopan tu ye. sape tak kenal dengan apek ye tak? hebat di padang dan hebat jugak dengan kontroversi. tapi bila apek bercakap mengenai "terfikir nak bersara awal" adalah satu kerugian buat skuad bola sepak tempatan. kita jarang2 ada penjaga gol yang cekap seperti apek. bukankah kontroversi tu apek yang buat? tinggalkan benda2 yang boleh mendatangkan kontroversi dan tumpukan pada kerjaya beliau. mudah kan? lihat sahaja safee sali. kenapa dia boleh pergi jauh? sebab dia komited dengan apa yang dia buat. kepada apek, nak berhibur tu boleh, tapi jagalah batas pergaulan. kepada perempuan2 yang gilakan apek, pun jagalah batasnya. kalau dah jadi macam si shida ni? kalau tak jadi kawen nak meraung pun tak guna. kan?


hyz bisik pada kamo : jauhkan kontroversi tingkatkan prestasi. majulah sukan untuk negara. cewahhhh


24 comments:

yusuflaili(Goku) said...

salam;
sebab tu aku takut nak jadi terkenal ni..hehe!!,..senang je sebenarnya lepas buat pengakuan ni shida&apek buat2 tak tahu je..

meisnani said...

tuhla... awat mase muda wat benda2 tak senonoh kan?? haish.. kan da susah di mase akan dtgnye... apewla... tp semua ni leyh diperbetulkan lagi...

malek said...

Kontroversi boleh jadi terkenal gak..hehehe

Adylia Qarissa said...

angin ribut taufan kuat mampu menggoyangkan pokok yang besar..mana mungkin burung kedidik mampu menggoncang pokok tu..hehehe

apalah dkna mengarut kat sini...

apa pon yang terjadi mesti bersebab..gambar dah tersebar..mulut boleh menafikan :D

faizal mohd said...

betul tu. buat apa nak tinggalkan kerjaya. tinggalkan perangai tak berapa nak elok tu kan lebih baik. :)

Juliet_iRa~" said...

mcm2 ..:)

udah2 le tu yea..heee..

::FAIZ FARISH:: said...

no komen la pasal apek ni... hm

husnazahidi said...

huhu..bla dh femes org slalu ungkit cta lma..heran..>.<

m!3yr4h_LolLy said...

macam cari publiti murahan jep apek nie. pelik tol. dah jemu dengar kisah dia nie.

DanieL AdiE said...

Tak tahu pon psl gosip nie..huhu

diana said...

tak perlu nak salah kan orang lain..salahkan diri sendiri yang berpakaian dan bersikap seperti tak de agama.

c'axoera said...

hahahaha well2 >_<

Radin87 said...

biasalah perkara ini akan berlaku jika dah popular. masa sebelum popular, buat apa pun orang tak kisah.. bila dh popular.. tutup camner pun orang boleh bongkar.

mmg betul pun orang kata, kalau kita nk maju.. kena kurangkan kontroversi tingkatkan prestasi

dan majulah sukan untuk negara.. yeah~~ ^^

Ungu Violet said...

dugaan orang popular...:)

Pink Diary said...

jadi org biasa lagi senang

cik wanie Lovela (CWL) said...

apa laa apek nie

moshi_boo said...

biasa la orang dah glemer...
sntiasa dpt prhatian umum..=p

sharul izam said...

naik benci tgok kluar front page...takde keje nak bace kontversi dy..
tgok bola lagi bagus

::ini belog saya . cinta hati saya:: said...

macam macam sungguh :)

♛RaRa♛ said...

alahai kontroversi~~ :/

Puan Kutu said...

konteroversi sama naik dengan pretasi takpe bro..gua suka.haha..

Run Away said...

wah.....glamour jap pompuan tu...;d

Run Away said...

wah.....glamour jap pompuan tu...;d

sha my heart said...

syak, ada konspirasi nak jatuhkan Apek. haha~ memandai je aku ni. Hihi~