Pages

Followers

Monday, 30 January 2012

cakap-cakap belakang AJL 26


tahniah kepada pemenang AJL 26. tapi macam biasalah kan? ada yang puas hati dengan keputusan dan ada yang tak puas hati. "rumah dah siap, pahat masih berbunyi" tu lah peribahasa yang sering kita dengar selepas sesebuah majlis tamat kan? hari ni aku just nak ulas persembahan malam tadi mengikut pandangan aku a.k.a cakap2 belakang. hehe


1. projek pistol - wanita seluruh dunia
secara keseluruhan, persembahan projek pistol adalah yang paling simple pada malam tadi. tetapi dari segi muzik dan vokal, sangat dinamik.muncul sebagai persembahan pertama dan merupakan pertama kali memasuki AJL, projek pistol tidak menghampakan. tapi aku rasa, persembahan mereka pada malam full rehearsal lebih memukau aku!
bintang : 6/10


2. jacklyn victor - sedetik lebih
sebelum menjelang malam AJL 26, desas desus mengatakan anuar zain akan muncul untuk menyanyikan sedetik lebih ternyata hanya khabar angin. sedetik lebih ditangan jac, memberi impak tersendiri dengan kemantapan vokal beliau. macam aku cakap sebelum ini, kelemahan jac pada penghayatan. tapi persembahan jac pada malam tadi jauh lebih baik dari full rehearsal.
bintang : 6/10


3. monoloque & atilia - kekanda adinda
antara persembahan yang sangat cute pada aku ~ suke tengok atilia gabungan muzik tradisional dan moden memberi keceriaan dalam mood persembahan kekanda adinda. tapi aku diganggu dengan vokal monoloque yang agak tidak konsisten pada malam tadi, sebab full rehearsal yang aku saksikan gandingan ini cukup baik dan menarik sehingga aku boleh katakan wow!!
bintang : 6.5/10


4. yuna - gadis semasa
susunan muzik secara total untuk gadis semasa pada malam AJL 26 ini mungkin agak janggal untuk halwa telinga penonton. muzik asal mungkin lebih baik jika dikekalkan. secara keseluruhannya pada malam tadi, gadis semasa dendangan yuna ini hanya biasa-biasa sahaja.
bintang : 6/10


5. shohaimi mior hassan / ana raffali / altimet - kalau berpacaran
apa yang aku boleh katakan untuk persembahan pada malam tadi? bersepah!! dah la tiada keserasian antara trio ini, komunikasi antara mereka juga tidak ada. masing2 buat hal masing2. konsep persembahan yang tidak kena gaya dengan lagu yang dipersembahkan? hey apa dah jadi?
bintang : 4.5/10


6. najwa latif - cinta muka buku
aku paling kesian dengan budak ni. bertubi2 menerima kritikan daripada pelbagai pihak, atas tiket lagu cinta muka bukunya layak ke final AJL 26. akibatnya, persembahan yang biasa2 sahaja. dari segi vokal, sangat mendatar dari awal hingga habis. mood pula seperti tiada perasaan. aku tak paham dengan konsep persembahan yang ingin di sampaikan. apa perlu pelakon lelaki ngan perempuan kat tepi tu? borak2 sikit, terus pergi belakang pentas? ko buat ape? adoiiii....
bintang : 4/10


7. karma
faizal tahir sememangnya anak emas media prima. bermula dengan iklan2 promo yang lbih fokus pada beliau sehingga starting gezek AJL masih lagi muka faizal tahir yang lebih di tontonkan. awal2 lagi aku dah agak faizal tahir pasti tidak akan pulang dengan tangan kosong. pada aku, lagu ni sangat biasa sehingga gagal masuk senarai top 5 pun pada anugerah industri muzik yang lalu. so? malas lah aku nak cakap lebih2.
bintang : 5.5/10


8. kisah hati
aku mengharapkan alyah dapat buat sebaik full rehearsal malam sebelum AJL. sebab full rehersal adalah persembahan alyah yang terbaik dari segi audio dan visual. tampak lebih selesa berbanding pada malam AJL. malam AJL, alyah bermula dengan agak berhati2 ~ mungkin sebab nak keras jadi patung, so vokal agak keras dan terkawal. persembahan yang menarik dan nampak ada kesungguhan untuk menang!
bintang : 6/10


9. sungai lui
aku suka dengan bunyi anglung yang diangkut naik ke pentas AJL26. dari segi keseluruhan persembahan, vokal dan susunan muzik adalah biasa2 sahaja. persembahan lukisan pasir pada aku hanya biasa2 sahaja sebab aku dah saksikan persembahan sebegitu malah lebih hebat 2 3  tahun lepas melalui youtube. 
bintang : 5.5/10


10. penakut
dari segi vokal, adalah lebih baik daripada gadis semasa. persembahan yang baik dan simple. mungkin bukan rezeki yuna pada malam AJL. aku masalah betul dengan fesyen yuna malam tadi untuk dua2 lagu.
bintang : 7/10


11. awan nano
sebaik penyanyi ini membuka mulut, aku dah tahu hafiz akan mempertahankan kategori vokal terbaik! vokal yang baik, jelas dan penuh penghayatan cukup untuk beliau menggenggam trofi itu. persembahan yang simple, tak perlu baju mahal2, tak perlu bakar piano, dan tak perlu penari pun mampu meletakkan awan nano sebagai juara. tahniah m.nasir!
bintang : 8.5/10


12. beribu sesalan
penutup finalis AJL yang ditunggu2 penonton ~ aku tak termasuk populariti lagu yang bukan calang2 diterima sepanjang tahun 2011 memberi tekanan kepada 3 suara ini. secara keseluruhan, mereka buat lebih baik berbanding malam full rehearsal. tapi aku tak berkenan dengan ning yang terlalu nak berlebih2 berbanding 2 rakan beliau yang lebih harmoni.
bintang : 6.5/10


hyz bisik pada kamo : puas hati?

30 comments:

::FAIZ FARISH:: said...

tahniah pd hafiz. simple but nice

anamizu kaito said...

aah betol3! guwa sokong!! hafiz mmg patut menang arrrr!! simple habes but full of penghayatan!!! tahniah hafiz!!!




guwa takde minat memane artis pon.. tp lyn AJL sbb nak nengok cheril je..hehe







luv,
cik ana

Radin87 said...

yes, kali ni ramai setuju rasanya yang Hafiz layak juara melalui Awan Nano. Ringkas tetapi memukau. ^^

Pn. Sheila@CC said...

bravo hafiz deserve tuk menang...

Adylia Qarissa said...

tak puas hati sebab semalam ada kelas dan tak dapat tengok AJL :(

sob sob sob lap hingus

misz_eyza said...

hafiz mmg terbaik...

ehh hyz pun perasan ekk pasal ning tue hihi mmg dia agk over la smlm kan..kenapa dia kalut jer ke depan pentas masa persembahan tinggal shila dan jac ekk?

riffzam said...

awan nano layak menang kot. liriknya puitis dan kena dgn melodinya. well, ciptaan m nasir. mmg mantap lah. dgn vokal hafiz. lirik buddhi hikayat dan tak lupa kehadiran herman tino :)

man yusoef said...

aku tak puas hati FT..tempat dia patutnya Kisah Hati atau Penakut. Overall ok, except FT..HAHA

grawwrbabe. said...

xperlu havoc sgt dgn bentuk persembahan yg penting penghayatan lagu tuee...

Hafeesz Amran said...

pada saya kan pakcik...lagu beribu sesalan best tp malam tadi ade lagi yg lebih layak menang sbb persembahan diorg plain sgt and xder wat ape2 pon...KARMA???? mmg dh jangka..setiap tahun faizal xkan balik ngan tangan kosong...hentikan drama tv3...

pilihan saya
Juara : Awan Nano
Ke2 : Sedetik Lebih
Ke3 : Penakut
Vokal : Jaclyn Victor
Persembahan : Alyah

ZWAN SABRI said...

Aku tak setuju yang persembahan Faizal Tahir biasa2 jer.. Persembahan Faizal Tahir hebat sangat2.. sentiasa menampilkan kelainan.. Aku bagi 8.5 bintang kt persembahan Faizal Tahir..

Joe_Hans said...

sokong! FT xbest pon... adeyh...aku xfaham kenapa lagu 2 masuk AJL... btw, aku tetap suka ALYAH!!! mantap giler!

cik najihah said...

klu ikutkan sedetik lebih bes tapi 3 suara tu yg juri nmpak gah..
tp nk wat cane

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

aku sempat tgk 2 persembahan je..

Ms Fai said...

btul tu! hafiz mmg layak menang vokal lagiii... suke sgt dgn persembahan hafiz, sgt2 simple! just pakai tshirt dgn treksuit jer :)

diana said...

akak tak tengok pun.tengk status orang kat facebook je.
suara hafiz memang sedap..

aNereO UsitHe said...

yes hafiz menang sebab dia mampu nyanyi dengan note yang panjang...haha..betul ke tu... :)

Saddila said...

yeahh nampak je muka hafiz kat pentas, dah tahu dia akan menang :) kehkekeh

Popkorn said...

tiap2 tahun mesti ada fezal tahir...
tp ak pelik apsal die x penah mng no 1?

Judiene said...

Satu je nak cakap.
Pentas dia memang superb!

Puan Kutu said...

wah macam pro jer cikgu review.haha

sy tak suka atilia..huhu..

setuju lagu kalau berpacaran tu berterabur..tak suka dengan minah gedik pakai baju hijau tu.kihkih..

suka persembahan alya..berharap alya menang lebih drp persembahan terbaik..:)

kesian dekat narja latif,tp pencapaian yg bagus utk budak umo 16tahun..hehe

lagu awan nano mmg layak menang!

Ungu Violet said...

rezeki masing2..:)

Eiqa Lyka Vandetta said...

tulah,kesian dgn najwa latif kan ?

Hanif said...

Betul pasal Njwa tu..prop yang bukan2..biasalah budak2...heheheh

Cik tikah said...

nasib baik ada review. boleh lah bygkan sikit apa yg jadi kat ajl sebab x dpt tgok :(

هانيم إرشاد said...

hehe. awan nano mmg terbaek!
tapi lagu penakut x menang! :(

Hafiz Al-Pazin said...

Alyah mcm barbie doll, keluar plak si kent last part tu, that's y lah menang persembahan terbaik, menjerit satu stadium. ishhx3. apapun kali ini Juaranya, no doubt.

si kiut lavender said...

dari awal xsabar nantikan persembahan aizat..
terasa macam ada something special yg dia nak tunjukkan tapi persembahan biasa2 sja..agak kuciwa

btw,cograte utk hafiz utk anugerah yg x pernah terjangka bleh dpat kat dia

Belalang Hijau said...

hafiz menang pun ok, sebab antara yang belalang anggap layak menang...

namun secara personal, rasanya faizal tahir dan yuna lebih umph! :)

NAL said...

walaupun NAJWA x dpt apa2..tp NAL pasti pengalaman yg ditimba mampu memberikan sst..
*inilah cinta yg satu..cinta di muka buku..:)