Pages

Followers

Thursday, 26 January 2012

"dia memang kurang ajar!" - Ogy nekad saman johan?


SEJAUH mana kebenaran Fauziah Ahmad Daud mahu mengambil tindakan saman terhadap Johan Raja Lawak, ia belum ada sebarang keputusan hitam putih. Jelasnya, pengakuan Fauziah atau mesra dengan panggilan Ogy dalam sebuah akhbar arus perdana tidak lama dulu membayangkan tindakan saman itu akan diteruskan. 

“Dia memang kurang ajar. Bukan setakat bakat saya, malah arwah ibu dan bapa saya turut dipersenda sesuka hati. Namun yang paling saya terkilan, dia boleh mempersendakan Tahun Gajah, tahun kelahiran Nabi Muhammad junjungan kita. 
“Ini satu penghinaan dan saya tak boleh bertoleransi dengan orang yang biadap seperti itu,” luahan Ogy dipetik daripada akhbar berkenaan.


Ogy menambah, atas dasar profesionalisme dan menghormati pihak penganjur, dia terpaksa menunjukkan reaksi tenang sepanjang mengendalikan anugerah berkenaan meskipun menahan rasa kecewa dengan kerenah Johan yang kurang sopan.  Berbohong kalau dirinya tidak terasa apabila ada orang sesuka hati memperkotak-katikkan arwah ibu dan bapanya, mengutuk dirinya sudah tua dan sebagainya.

Dalam kenyataannya itu, turut menyentuh Johan seorang yang berbakat serta pandai berjenaka, namun tidak memandang serius akan kerjanya apabila tiba lewat semasa latihan.
Sudahlah lewat tiga jam dari waktu yang ditetapkan, berat mulut pula untuk meminta maaf. Sikap Johan yang tidak sensitif itu akhirnya membuatkan pembantu peribadinya sendiri datang meminta maaf.  Apa yang pasti, Ogy yang sudah lama bergelumang dalam bidang seni memandang serius hal ini dan ingin memberi pengajaran pada Johan. Sejauh mana teguh keputusannya itu, Harian Metro cuba menghubunginya tetapi gagal.



Sementara itu, Johan ketika diminta memberikan komen mengenai tindakan undang-undang jika Ogy masih mahu meneruskannya, hanya menunggu langkah seterusnya. “Saya enggan memberikan sebarang komen mengenai hal itu dan sekiranya Kak Ogy ingin masih meneruskan samannya, saya tidak mampu menghalang meskipun saya berharap perkara ini dapat diselesaikan secara baik di luar mahkamah.

“Sewaktu mengacarakan FFM penghujung tahun lalu, penerbit memberi kebenaran kepada kami sebagai pengacara untuk ‘adlib’ skrip agar persembahan lebih hidup tetapi saya tidak sangka gurauan saya dengan niat untuk berlawak mengguris hati Kak Ogy. “Sewaktu isu ini hangat diperkatakan, saya pernah beberapa kali memohon maaf setiap kali memberi kenyataan kepada media,” katanya.



sumber : mymetro online


hyzbisik dengan kamo : kerana mulut badan binasa. aku memang kurang berkenan ngan johan ni. kadang2 over. 



22 comments:

Adylia Qarissa said...

kadang2 orang tak boleh terima gurauan kita...ermm..maybe mood kak ogy tak berapa nak ok keitika tu :)

shaberry1437 said...

saye ade tengok video mereka berdue kat youtube... Johan memng tak patot buat mcm tu.. bahase yg digunekn banyak menjatuhkan name ogy.. senang kate johan memang kurang ajar.. kalau jadi ogy pun saye nak buat benda yang same... kalau nak melawak pun kene lah bertempat! x patot! hehehe... emo pulak!

Mama Ema said...

entahlah nak kata apa dengan mereka berdua..harapa selesaikan dengan cara baik saja

eszyamin said...

padan muka johan...pelawak sekarang mmg ramai kuang ajo, x serius..pelawak dulu2 gak trbaik.

Juliet_iRa~" said...

dah failkan ke mahkamah ke?
huuu...

Fathiah Hamim said...

fuhh panas nehhh

c'axoera ヅ said...

hahaah saman ajer leh kayoo cepat! :D

Puan Kutu said...

emm lantak kt depa..setuju kerana mulut badan binasa..tp ada baiknya selesaikan kt luar mahkamah..benda camni nk panjang2 pun tak guna..lg2 klu jadi kes mahkamah..

tp klu ogy rasa terhina mmg patut amik tindakan undang2..sy tak sokong mana2 pihak ye.haha..

Rapunzel Cikilolo said...

artis sama artis bergaduh, kite orang biase tengok dah ler...

::FAIZ FARISH:: said...

Semoga mereka berdamai cara baik tanpa perlu saman menyaman.

Cikpuan rara said...

sbb mulut badan binasa.hmm xpasal2 je.

yusuflaili(Goku) said...

salam;
sebagai peminat kita harapkan pekara ini diselesaikan dengan baik .

Cik tikah said...

x payah nak besar-besarkan. minta maaf elok2 kan cukup

Radin87 said...

hmm.. kalau ngan aznil pun masuk mahkamah, apatah lagi ngan Johan.. rasa lebih dari mahkamah ni.

Kena tunggu dan lihat jer la..
rasa elok Johan jumpa sendiri kak ogy dan minta maaf berdepan, bukan sekadar di media.. harap dapat la selesai luar mahkamah.

khairul said...

la ingat ka dh setel

shoutvoc said...

adoi la ape skit nak saman..ni la trend artis Malaysia. Cube bincang elok2 dulu.

diana said...

tapi johan kelakar...
cuma mungkin dia terlalu suka berterus terang dan tak pandai jaga hati orang lain..
saman je..untung2 kaya...dapat pi mekah..:)

Popkorn said...

jadi artis, gado sane sini... sebab 2 aku x nak jadi artis... Cheewahhhh...!!

LaLa mhdnor said...

da mcm2 skrg ni...

e4ezzati said...

saman saman saman !

eddy syrol said...

kaw dah guris hati aku tau.. erkkk

Edy Fee said...

mcm2 kes melibatkan johan ni.sih2