Pages

Followers

Thursday, 5 January 2012

tOp 5 - filem paling rugi 2011

assalamualaikum... hai hoi hoi... lama tak buat top 5 kan? oleh kerana sabtu dan ahad saya akan buat segmen review sahaja, so top 5 saya buat hari ni. tak pe kan? kang dah abes segmen review, top 5 akan dilancarkan balik pada hari sabtu. hehehe. top 5 kali ini nak maklumkan kepada kamo2 semua, filem2 yang rugi sepanjang tahun 2011. jom kita saksikan.

.: tOp 5 - filem paling rugi 2011 :.
1. haq - filem aksi yang menggandingkan barisan pelakon popular seperti zul huzaimy, ady putra, raja farah, dan nanu baharuddin ini ternyata belum mampu untuk menarik penonton ke pawagam untuk menyaksikan filem ini. filem yang menelan kos produksi sebanyak 2.50juta ini hanya mampu mengutip 0.80juta sahaja setelah ditayangkan. walaupun begitu tak bermakna filem ini tak bagus? kerana filem ini berjaya menggondol anugerah lakon layar terbaik di FFM ke 23.

2. karipap-karipap cinta - dengan kos produksi berjumlah 1.91juta, filem ini hanya mampu mengutip 0.28juta sahaja setelah ditayangkan. filem yang dibintangi oleh gambit saifullah, melia aimellia, eman manan dan rosnah sudin ini ber'genre'kan komedi cinta. siapa kata genre komedi mudah diterima masyarakat? 

3. momok jangan panggil aku - filem genre seram ini dibintangi pelakon-pelakon seperti m.jamil, ariff s.shamsuddin, cassandra patrick dan mariani ini sekadar mengaut kutipan tiket sebanyak 0.55juta sahaja. dengan kos produksi sebanyak 2.00juta, ternyata masyarakat kita dah bijak menilai sesebuah filem. kan?

4. apa tengok-tengok? - sebuah filem yang tiba-tiba sahaja muncul tanpa sebarang publisiti meluas. menelan belanja sebanyak 1.40juta untuk kos produksi dan hanya 0.19juta kutipan tiket memang merugikan penerbit. tajuk pun alahai. macam tak nak bagi penonton tengok je?  so, macam mana nak tengok? kan?

5. ratu the movie - dengan kos produksi sebanyak 1.34 juta, filem ini hanya mampu meraih kutipan tiket sebanyak 0.20juta sahaja. dibintangi gadis-gadis cantik sebagai tarikan utama, nampaknya strategi tersebut tidak membuahkan hasil. mungkin perlu strategi lain pulak kot.

top 5 atas ni adalah filem-filem yang rugi dari segi pelaburan tidak mengikut jumlah kutipan. lepas ni saya akan buat top 5 filem yang mendapat kutipan tiket paling rendah pulak oke? so, kamo2 semua sama-sama lah kita menyokong industri filem tempatan oke? ni asyik nak download je. pastu tengok kat you tube je pulak. camno tuh? tettttttttttttttt

27 comments:

PopkoRn said...

tajuk pon cam x best je nak tgk..

yusuflaili(Goku) said...

salam;
sekarang ni orang malas nak berbaris belai tiket dan berasak2 dlm panggung...

shark said...

cter haq tu cam gempak jer dlm preview..
tenyata hampeh..
pelakon tebaek dh tu..

asyraf ahmad said...

semua citer diatas tak ditonton oleh aku...hahha...ade satu je, ratu, tu pun tgk yg dah didonload..itupun tak habis, entah ape2 citer..pftt..

filem2 ni semua mangsa cetak rompak la ni, donload terutamanya..ade leaking, so habis la.

byk faktor lain la kot...hahaha

acap

UR COMMENTS HAVE BEEN REPLIED!!(>,<)CHECK THEM OUT at acapsuur.

Honey Kumicky said...

Emmm..mang x best sumer...

Ombak Rindu de best...

Ungu Violet said...

sume citer kat atas tak tengok...hihi

misz_eyza said...

fuhhh nasib baik kelima2 filem tue tak menarik minat untuk ditonton...(^_^)

khairul said...

cerita yg merepek ntah apa2

Pink Tulip said...

sumer cite yang disenaraikan saya tak tengok.tajuk citer tu pon tak mampu menarik perhatian saya.huhu

husnazahidi said...

publisiti x mluas nie..huhu..

ku-cit said...

salah tajuk ni bro...bkn tahun 2010 tapi thn 2011...

Cik tikah said...

thun 2011 kan? pernah dgr yg karipap2 cinta tu je. yg lain x dgr pun. haha

Koding said...

Adat berniaga..
Bukan spnjg masa untung..

Khairul Rahman said...

antara cerita2 diatas, haq kot yang boleh layan..lain semua hampeh~

LaLa said...

memg x pernah pon sume tajuk cite2 tuh :P

pykapikot said...

pyka tak tau pun cite kat ats tuh ade kua panggung :) hee

Puan Kutu said...

antara semua karipap cinta je sempat tgok,tu pun mmg pantas je tgok,tak komedi pun,dh tu mmg tak best,pelajar al-azhar pakai baju n tudung tak cukup..padanlah tak laku.kihkih..

lain2 filem semua tak tgok lg..

bkn tak sokong filem malaysia,klu p pawagam mmg tgok cerita melayu apa.apakan daya kadang busy n tak smpt p panggung,layan youtube pun pun ok what?hihi..

anamizu kaito said...

mmg smua aku x tgk lgsung..bkn xnk sokong,tp aku mmg dah skeptical dgn filem/drama melayu..kehkehkeh








luv,
cik ana

Pink Diary said...

bukan tak sokong filem melayu, tapi jalan ceritanya sgt rendah akal. so tunggu kat tv je la baru tgk, kalau kt wayang xnak bazir duit beli tiket

MamaEma said...

semua yg tersenarai tak tgk pun..patutlah penerbit rugii..

Nora Karim said...

penonton dah pandai pilih filem sekarang... hm..

~Nana BamBam~ said...

kesian

m!3yr4h_LolLy said...

memang rugi pun. nasib baek tak tengok kat wayang. download je la. :)

e-lyana said...

yup, rugi sebab lyana xtengok pown, huhuhuh

yg pernah tgok pown RATU THE MOVIE sebab kat astro, :D

shida'R said...

plg2 ratu the movie cam hampehhh rugi rsa sbb beli kat astri first huhuhu....

Eiqa Lyka Vandetta said...

apa tengok2 tu tk dpat smbutan sebb plakon x glamour kot ?

::ini belog saya . cinta hati saya:: said...

choki tak tengok pom . eheh :)