Pages

Followers

Monday, 20 February 2012

jangan sebar fitnah!! - Latif Ibrahim masih hidup


KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon Latiff Ibrahim kini masih dirawat di Unit Rawatan Koronari (CCU), Institut Jantung Negara (IJN), di sini, selepas diserang penyakit jantung kelmarin. 

Sehubungan itu, keluarga Latiff meminta penyebaran khabar palsu kematian penyanyi dan pelakon itu dihentikan serta-merta.

Adiknya yang juga penghibur terkenal, Datuk Khadijah Ibrahim berkata, khabar angin itu menimbulkan keadaan panik sekali gus membawa tekanan apabila ramai rakan serta sanak saudara terkejut dan menyangka mereka tidak dimaklumkan mengenai kematiannya itu.
“Saya harap tiada pihak membuat spekulasi atau menyebarkan perkara yang tidak tepat, apatah lagi membabitkan isu meninggal dunia. Abang saya memang dimasukkan ke hospital disebabkan serangan jantung, namun keadaannya masih dalam pemantauan. 

“Sebenarnya sejak semalam lagi kami menerima banyak panggilan telefon. Apa pun dalam situasi begini, lebih baik kita mendoakan semoga dia cepat sembuh,” katanya ketika dihubungi semalam. 

Latiff atau nama sebenarnya, Abdul Latiff Ibrahim, 62, pernah menjalani pembedahan pintasan jantung kira-kira 12 tahun lalu. Namun sejak kebelakangan ini kesihatannya tidak menentu apabila sejak tahun lalu sudah tiga kali dikejarkan ke hospital disebabkan serangan sama. 

Daripada keluarga terdekat, difahamkan penyanyi 80-an yang popular dengan lagu Nora itu sepatutnya menjalani pembedahan jantung sekali lagi dalam tempoh terdekat.



sumber : berita harian online


hyz bisik pada kamo : aku tak tahulah sekarang ni. macam2 khabar angin. sebelum ni, seniwani azean irdawaty dikatakan meninggal dunia, ni latiff ibrahim pulak. ingat kematian ni boleh buat main2 ke?


update : Latif Ibrahim telah menghembuskan nafas terakhir jam 6.06petang tadi di institut jantung negara IJN ( 20/02/2012 ) al-fatihah

14 comments:

zureen said...

jangan sebar fitnah.. kita doa je yang baik-baik..

Phat said...

dapat apa la sebar benda2 x betul ni..nak2 pasal hidup mati

shida'R said...

hidup rupanya huhu..fitnah nih luas..smpai hal kmtian pn bt main2 huhu..

CekbOlat-bOlat said...

haihh.. elok2 hidup ckp mati (-_-)

Popkorn said...

ragam kehidupan dunia...

misz_eyza said...

yer la hyz...smlm pun sy terbaca dalam satu blog tu bgtau latif ibrahim meninggal

syafiqakarim said...

ayah cakap.kalau org tu di fitnah
mati,makna nya dia panjang umur.entah

tp agak biadap buat fitnah mcm tu.
hisk

nora rashid said...

isk2...macam2...doakan beliau panjang umur;)

aku punyer lah! said...

khabar angin...lagi laju dari hantar sms rasanya..at least sms ade gk msg sending failed..hehe..anywan semoga beliau pnjg umur..

NAL said...

mulut ke mulut..pasti ada tokot tambah..jauhkanlah dr penyebaran FITNAH..

emy zulaiha said...

tue lah dorg nie! men2 bende yg tak patot kan :)

Radin87 said...

ish.. siapalah yang pandai2 sebar fitnah ni? tak kesian dengan mereka yang terlibat ke?

shark said...

huh..
ada lg kes cmni..
slah siapa..
org yg wat briter ni ataupn org kita yg mudah sgt percaya khabar angin?

Puan Kutu said...

lor tak tahu plak ada cerita palsu.apapun Al-Fatihah..semoga rohnya dicucuri rahmat.