so, hari ni nak mengajo buat sup bakso. aku dulu tak pandai nak makan bakso ni. sebab kena ngan meat ball yang banyak tepung memang la tak sedap. bila dah kena ngan meat ball yang betul2 ummphhhh perghhh memang nak lagi. so, antara kegemaran aku sekarang la sup bakso ni. tapi hari ni, aku nak ngajo buat sup je. meat ball tu malas la aku nak ngajo, sebab aku tahu korang pong memang malas nak buat banyak kije kan? heheheh sebab buat sup bakso ni tersangatlah senang. jom skodeng!!!
.: resepi sup baksO :.
1 labu bawang besar dihiris
4 ulas bawang putih *
1/2 inci halia *
1 sk lada sulah biji * ( * ditumbuk )
1 batang serai di ketuk
1 sb pati daging / pati ayam
sedikit serbuk lada sulah
garam
perasa ( jika mahu )
.: cara buat :.
1. tumiskan bawang besar yang dihiris sehingga layu kekuningan
2. masukkan bahan2 yang ditumbuk, tumis sehingga garing dan naik bau
3. masukkan serai
4. masukkan air secukupnya, masukkan juga pati daging / pati ayam, lada sulah, garam dan perisa
5. agak2 kuah dah panas, masukkan meat ball
6. tunggu sehingga meat ball terapung dipermukaan kuah, biarkan seketika. siapppp
selalunya bakso ni boleh makan dengan pelbagai cara. ada ngan mee kuning, mee hoon, aku kadang2 makan dengan nasik je. hehh. ni dulu kuahnya aku siap tambah sawi ngan kentang. makan dengan mee hoon yang di tabur dengan kubis yang dihiris halus. sorry aku tak boleh nak share sambalnyer. sebab aku tak pandai buat sambal. hehehhe enjoy ya...
ni antara meat ball yang terbaik kalo nak beli yang dah siap!!


14 comments:
lu buat ?
gila awesome.
x prnah try lg mkn bakso..
tringin nak buat meatball sdiri r..tp x pndai..haha..
bakso dekat indon memang terbaik.kt malaysia nie tak jmp lgyg best n tak byk kedai yg ada menu nie..
lor nak ajar buat sup mmg dh reti.igtkan nak ajar buat meatball n sos bakso.nak gak blaja cara cikgu..:)
nmapk menyelerakan!
the next masterchef malaysia will be yours... Beb, 2nd edition masuk eh... wa support lu..
setuju ngan Korn, Hyz da bleh masuk masterchef ni :D
WOW..terbaik la Hyz..mcm sedap jew..nanti jgn lupa join audition Masterchef Malaysia 2
bila la dpt mkn makanan dye nih...
sedapnya...
tau2x je sedap..haha
dah lama x makan bakso..
kali terakhir makan bakso kat Batam, Indonesia.hehe
wah mcm sedap je.jadi lapa!! :)
selalu beli je...xpenat buat pong...hik
untung sape kawen ngn hyz ^_~
dkna bukan penggemar bakso tapi tetap makan bakso ;p
bakso! sedapnya, simple recipe. thnx.:)
Post a Comment