Pages

Followers

Sunday, 5 February 2012

karya yuna akan diterima 50 tahun akan datang - datuk ramli ms

aku tertarik dengan kenyataan ramli ms dalam akhbar harian metro yang aku baca secara online pagi tadi. berikut merupakan petikan kata2 beliau...

pengarah muzik terkenal dan turut dipertanggungjawabkan menjadi pengarah muzik AJL26, datuk ramli ms mengakui, ada peserta muda bertanding pada malam itu menghasilkan karya besar dan hebat tetapi susah untuk diterima.

"sukar diterima buat masa sekarang memandangkan muzik dihasilkan tinggi dan jauh ke depan. seperti yuna, muziknya sangan 'american' dan kerana itu karyanya cepat diterima disana. kita boleh menilai persembahannya apabila dia ketengahkan setiap bahagian dalam muzik yang membina melodi lagu dihasilkan. jarang orang berbuat demikian tetapi di amerika, itulah muzik mereka. evolusi muzik mereka sangat pantas, namun untuk orang kita terima apa yang dilakukan susah. karya dihasilkan yuna akan diterima juga satu hari, tetapi bukan sekarang. mungkin 50 tahun akan datang," katanya.

pada aku kata2 yang sangat sinis untuk industri muzik malaysia. sememangnya rakyat malaysia telah terlalu banyak dihidangkan dengan genre muzik yang sama. muncullah genrel muzik yang baru yang baik macam mana pun, yang hebat macam mana pun tetap takkan berjaya. sebabnya, rakyat kita memang sukakan muzik yang mendayu2, sedih2, jiwang2 kan? kalau macam tu lah gamaknyer suasana industri malaysia, kita takkan pergi mana pun. so, itulah yang aku rasa dari kata2 datuk ramli ms tu. kita memang susah nak terima pembaharuan dalam muzik. berada ditakuk yang lama. cuma yang celik muzik je yang boleh bezakan mana yang terbaik dengan mana yang biasa2 je.

aku rembat pic ni kat gugel

hyz bisik pada kamo : aku celik muzik

26 comments:

eszyamin said...

betol2..yuna's music is awesome..tapi tulah bg masyarakat kualiti sesetngah lagu mmg macam lagu awan nano tu..sebab aku sndiri pon anggap cmtu cuma dlm masa yg sama aku memang suka sgt lagu2 yuna..

hawiz said...

yes...style yuna..kan3

sharul izam said...

selera Malaysia bukan selera Amerika...amerika hidup macamner budaya Mlaysia macmner...so kene terima perubahan sesuatu akan mgambil masa kalau tak kene caranya...btw love yuna but sometimes her muzic make me "mengantuk"..hahah...salam Maulidur Rasul Hyz=)

Mohamad Ridhwan Ruslan said...

orang maaysia tetap meminati selera malaysia. cuma itu sahaja... mungkin saya silap, tetapi itulah pendapat saya :)

Fyzal said...

penerimaan musik ini masalah individu. lain orang lain citarasa. musik yuna ada audience nya yg tersendiri. budak2 muda tak kurang yg suka lagunya. penerimaan musik tak semestinya dinilai dengan kena menang AJL. as long as ada pendengar, it is considered to be accepted.

Razil Tahir said...

rasanya ramai yang terima yuna... tp org2 seni kat Malaysia memang suka dengan " muzik Malaysia zaman siti nurhaliza " tue...
Bukan selera Malaysia katanya...
sama macam KRU yang sejak dulu tried techno n electronic.. susah dpt tempat kat Malaysia

hyz, i need ur detail to give you ur reward... XD
inbox my fb pleeeaasseeee... XD

Puan Kutu said...

sy buta muzik.lagi2 kpop..mmg tak masuk jiwa..

baik dengar zikir..pahala dpt,mulut pun turut sama mengalun kebesaran Allah dan selawat nabi..

Salam Maulidur Rasul..:)

Cik Nurul said...

yuna mmg superb! ^^

eita said...

saya memang buta muzik...sebab tu kureng dengan yuna...

CekbOlat-bOlat said...

gua tak paham dengan lagu yuna mase die mnyanyi.. ape jenis genre lah si yuna ni bwak? jazz?pop?balada? errk.

okay gua buta muzik.. =,=" jgn buta Al-Quran

laskar pelangi said...

yuna ada style lahhhhhh:)

kreatif lg~

Cik tikah said...

50 tahun? hidu[p lagi ke tak masa tuh. kenapa tak iktiraf skrg?

sabry oppa said...

yuna best!!!!

Ungu Violet said...

sya buta huruf eh buta muzik...ngee

White Dove said...

Kadang2 layan juga lagu yuna ni cuma memang jiwa & minat seseorang tak mungkin sama. But still, yuna is trying to make a difference and I like her spirit. :)

remyhazza said...

lagu lagu yuna, masih boleh diterima... tapi mungkin ada yg kurang meminati....sebabnya kita dh membesar dgn lagu2 cam awan nano tu...

Popoi said...

syg lorh x dpt nbr ppe,, grrrr

Awie Omar said...

baru follow sini
http://awieomar.blogspot.com/2012/02/anugerah-juara-lagu-26.html

khairul said...

x minat lah yuna

::ini belog saya . cinta hati saya:: said...

Yuna yuna yuna best :-)hehe

Hanif said...

I pemianat R@B...so aku tak minat Yuna...hehehe

Rapunzel Cikilolo said...

aku suke yuna! that mean aku pun jauh ke depan la eh?

hahaha, bagi aku. muzik dan kata-kata lirik awesome. itu adalah cara hidup moden kini.

pendapat aje :)

Mama Adam said...

Saya buta muzik. Tapi awan nano saya suka. Lagi2 yuna pun saya suka. Asal sedap di telinga...

eddy syrol said...

aku suka lagu cinta sempurna je.. titik...

TiraPengemis said...

awan nano da best

Aida Omar said...

orang malaysia dengan muzik malaysia.. ada citarasa tersendiri :)