Pages

Followers

Thursday, 22 March 2012

isu halal ribena

sebenarnya aku dah penat dengan isu halal haram ni. semakin menjadi2 sekarang ni. itu haram, ini haram. kita sebagai pengguna mestilah nakkan produk yang berkualiti dan terbaik kan? tapi cuba bayangkan sesebuah produk yang hari2 kita guna tetiba difatwakan haram/tidak halal oleh orang yang tak bertanggungjawab? sentap kan?

terbaru, ada rumors mengatakan produk minuman ribena HARAM!! what the tettttttttttt!!!! ekceli selama ni kalau aku pergi mekdi, aku minum ribena oke! oleh sebab aku tak puas hati, macam biasa aku pergi kat web HALAL malaysia. dan aku jumpa pertanyaan2 pengguna mengenai isu ini.
Aduan : saya adalah penggemar dan sejak dahulu lagi hingga sekarang saya minum minuman ringan jenama ribena. sebelum ini saya telah diberitahu rakan bahawa ia mengandungi sedikit arak, tetapi saya tidak endahkan kerana tiada bukti kukuh. dan baru-baru ini saya telah menerima email, dari rakan lain yang mengatakan ribena mengandungi arak ( saya tidak pastu sama ada arak atau alkohol ) jadi persoalannya, adakah jenama minuman itu selamat diminum oleh pengguna islam terutamanya kerana ramai diluar sana keliru tentang anggur dan arak dalam minuman tersebut.

Jawapan : untuk makluman tuan, minuman jenama ribena keluaran syarikat GLAXOSMITHKLINE CONSUMER HEALTHCARE SDN BHD telah pun mendapat pengiktirafan halal daripada JAKIM. sumber yang terkandung di dalam minuman tersebut bebas dari unsur alkohol dan selamat diminum oleh pengguna islam.

Aduan : Birminghan Post ( London) melaporkan ramai peniaga membuang stok ribena dan Lucozade selepas pengguna mendapati ramuan perisa air minuman itu mengandungi arak meskipun pada paras yang rendah.

Jawapan : pihak JAKIM telah pun menyiasat dan meneliti perkara tersebut dan didapati perkara tersebut tidak melibatkan produk ribena yang diperbuat di Malaysia yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM.

oke? jelas? pada aku, kita perlu hanya satu pihak menjelaskan mengenai halal dan haram. kalau kau nak dengar 2 3 orang bercakap mengenai halal dan haram, kau pun pening dan akan berasa was2. bila dan terlalu was2 sah2 akan jatuh haram untuk kau gunakan produk tersebut. sekarang kat Malaysia kita ada JAKIM yang memantau isu Halal dan Haram ni. so, kita ikut lah arahan JAKIM. bila JAKIM kata haram, jangan lah guna. kalau HALAL, gunalah tanpa was2. ingat jakim senang2 je nak keluarkan logo halal tu? dan fungsi logo tersebut pun adalah untuk membezakan antara produk halal dan haram. tapi....................... harus belek2 label terlebih dahulu. sebab banyak logo palsu.
ni ribena laici.
JAKIM punya teknologi yang dapat kenal pasti sumber2 sesuatu produk mempunyai bahan terlarang atau pun tidak. dan aku pasti, orang2 JAKIM pun islam. di mana mereka jugak seorang pengguna. pada aku, kita ikut lah apa yang kita percaya. kalau rasa was2 jangan lah guna produk tu. kalau kau yakin, kau gunalah. senang kan? pening bila semua orang nak tunjuk pandai ni. lama2 kita yang pening....

hyz bisik pada kamo : kau yakin kau guna, kau tak yakin tak yah guna. senang!

29 comments:

Anum said...

saya gunakan tanpa was2

Edy Fee said...

nak haram apenye..asenya bahan dia ok je..mcm2 la dunia ni

eddy syrol said...

rebina sedap dan membuat diri cergas..gituhhh..hehehe.. eh kalau starbuck?

hawiz said...

ntah la..aku xminum pon rebenak...hahaaa

Izz Faizah said...

ho ho ho...eh silap! tu horlicks..hahaha..ribena sgt sdapp

khairul said...

ada yg dengki kot bro

Popkorn said...

xsuka minum ribena.... x sedap... ahaha...
btw nice info...

yusuflaili(Goku) said...

salam;
Entahlah diorang ni memandai-mandai..apa untungnya mereka buat bergitu.

syErAh said...

tak minum ribena. lalalala~

yup. benda yang halal haram ni memang selalu jadi isu.

so kita yang takde kepakaran dalam bidang ni kene rujuk la kat jakim or pihak yang lebih pakar.

tanggugjawab dorang besar. silap langkah...maka.. =.='

*suke p/s yang last. hoho

Ini Syurga Cinta said...

well,zura dengar yang tak halal tue bukan kat cni tapi kat negara lain sbb ada orang buat onar(dengki la kot)
So,elok je minum..tak tahu la betul ke tak..tapi insyaAllah,dah halal okay je kan..klu was was xyang guna senang citer lolol

Iaruz said...

kat negara luar kot tak halal..yg kat malaysia masih tetap kandungannya halal..

emy zulaiha said...

nasib baek halal..emy suke ribena!

Aien Nia said...

Saya dah la peminat ribena..dari kecik minum.

Rapunzel Cikilolo said...

sedapnye rebina laici :)

c'axoera ヅ said...

my peberet ribena ni >_<

sis92 said...

fuhhh lega..
terkezut sis tau..
tp mmg konpius sekarang ni sbb banyak sgt rumors2..ish

budakijaupendek said...

nasib bek bukan peminat ribena. bhahaha.
eh melazatkan pulak ribena laici tu 0.o

-SUPERGIRL- said...

BIASE LAH ADAAB BERBISNIS . muahaha . maju sikit ad je yg nak pitnahhh

Koding said...

Aku yakin ianya HALAL...

shameel Iskandar said...

Terima kasih atas info yg amat bermanfaat ni. saya amat yakin ia halal dan amat kesal dgn penyebar dakyah palsu.

Ini semua kerja mufti jadi-jadian.

http://www.bicaradariaku.com/2012/02/pesanan-buat-mufti-jadi-jadian.html

Adylia Qarissa said...

kena berhati-hati tentang soal halal or haram makanan nie..yealah sebab akan jadi darah daging kita kan..ermm....

AzRi AtHiRaH said...

wah ribena.,sdap.,sy suke.,tp x slalu mnum.,btw kena b'hati2 gk dgn sume ni^^

Nurul Faiz Bikers said...

lega bila ribena telah disahkan halal. mintak ribena laici segelas..

Puan Kutu said...

sy jarang minum ribena.minum milo ja.hakhak..

Hanif said...

Bertanya pada pihak yang berkuasa..tindakan yang bijak !!

shida'R said...

setuju dgn hyz..xpcay xyah gune..pcaya gune..kalo sahih produk tu dlarang..jgn guna..pe sssh an ^_^

TiraPengemis said...

normal la tue....erkkk...saya xamik islamic food law...saya amik food safety and quality..kalo x, da lme keje ngn jakim...hehheee

afzalsukasuki said...

mcm sedap plak ribena laici tu

zety zety said...

Oh halal ye nápe ázhar idrus kata tak halalll :