Pages

Followers

Sunday, 18 March 2012

juara mentor 6 telah ditetapkan? - Faizal Tahir bersama protoge bakal juara?

PERSAINGAN baru bermula tetapi dugaan paling besar diterima Fauziah Datuk Ahmad Daud atau Ogy sebagai seorang daripada Mentor musim enam (Mentor 6), apabila dilaporkan menerima ugutan daripada lelaki tidak dikenali. Menurut pihak pengurusan TV3, lelaki misteri terbabit menghubungi Ogy beberapa kali dan memintanya mengundurkan diri daripada meneruskan hasratnya menjadi mentor musim baru yang bersiaran setiap Ahad, jam 9 malam bermula malam ini.
Bukan itu saja, lelaki terbabit didakwa memberitahu pelakon dan penyanyi yang popular dengan lagu Bunga-Bunga Berguguran itu pihak pengurusan merancang perjalanan rancangan Mentor pada tahun ini dan juaranya sudah ditetapkan. Tambah lelaki terbabit, segala usaha bakal Ogy lakukan terhadap protegenya, Noor Nadatul adalah kerja sia-sia. Penuh yakin, pemanggil itu turut menyatakan bahawa TV3 akan memastikan Faizal Tahir bersama protegenya, Anas menjadi juara, sekali gus memenangi wang tunai RM100,000.

Sewaktu dihubungi, Ogy mengakui perkara itu berlaku dan ia sudah diketengahkan ke pengetahuan pihak pengurusan TV3. 
Jelas Ogy, dia tidak dapat mengesan lelaki yang membuat panggilan kerana pemanggil bijak menyembunyikan identiti, termasuk nombor telefon yang sepatutnya tertera di skrin tidak berlaku.
“Puas juga saya cuba mengesan orang yang membuat panggilan terbabit, tetapi gagal. Terus terang, saya terperanjat apabila menerima ugutan sedemikian. Tidak dinafikan, waktu sama saya ajukan perkara ini kepada pihak pengurusan TV3, jika mereka boleh membantu.

“Memang saya tidak gemar menerima panggilan seperti ini. Saya juga hairan bagaimana lelaki terbabit tahu nombor telefon saya. Pada saya, memang orang itu berniat jahat kerana menggunakan nama TV3 dan Faizal Tahir. Sudah tentu antara niatnya adalah untuk melaga-lagakan kami. ( baca seterusnya )


sumber : mymetro online


hyz bisik pada kamo : ada apa2 komen? aku malas nak komen. tapi yang pastinya bukan aku yang call ogy. hahaha

13 comments:

NAL said...

selalu program realiti menerima gossip sebegini..juara dirancang la..apa2 pun kalau betul, diaorg tanggung la dosanya..
FAKTA : saya tak terlibat..

Cik tikah said...

nak dpt publisiti murahan kot la tuh

Hanif said...

Gunakan Ogy..sebab karakter beliau cepat melenting...hehehhee

si kiut lavender said...

hahha...dunia hiburan memang mcam tuh

ada plakla rancang pa sgala bgai...

emy zulaiha said...

bukan emy jugee yang ugut ogy! :)

shida'R said...

hehe..nk tahu tgu smpai ke final mentor nnt ^_^

khairul said...

x berapa nk ikut sgt rancangan ni

Puan Kutu said...

alahai entah apa2..benda gini pun nak main ugut2..publisiti betul.haha..

Khairiz said...

semalam p tengok mentor, memang si anas ni berbakat kot, suara pun ok.,

faizah husna said...

cool jeh...^_^

faizah husna said...

cool jeh...^_^

yusuflaili(Goku) said...

salam;
dunia sekarang macam2 boleh jadi.

is_isaac said...

layan jelaaah..haha