Pages

Followers

Thursday, 29 March 2012

MENTOR 6 vs MANIA

MENTOR 6
Sebuah program realiti yang menggunakan tagline 'tunjuk ajar ku sifu' telah memasuki musim yang ke 6 dan bersiaran secara langsung setiap ahad jam 9malam di tv3. Setelah melahirkan bintang seperti Pija, Fiq, Black, Mohd dan Salma, kini mentor 6 bersedia mencari juara baru! dengan bimbingan artis Otai yang berpengalaman seperti Fauziah Ahmad Daud @ Ogy, Ramlah Ram, Ella, Ferhad, Adam dan Faizal Tahir. konsep penjurian terbahagi kepada 3 bahagian : 20% juri awam, 30% undian sms dan 50% juri profesional yang dinilai oleh juri tetap, Datuk Ramli Ms dan Datuk Sharifah Aini. Juara MENTOR 6 akan membawa pulang wang tunai sebanyak rm100,000.
MANIA@Astro Ria
Merupakan sebuah program realiti tv yang menampilkan gandingan artis & selebriti terkenal Malaysia dengan ikon-ikon penerbitan muzik tersohor seperti Datuk M Nasir, Aubrey Suwito dan Ahmad Dhani yang akan berlangsung selama 10 minggu, setiap sabtu jam 9malam di astro ria 104. Mereka ( penerbit muzik ) akan memilih artis-artis yang akan bernaung dibawah mereka yang akan mereka didik untuk menjadi superstar. Nasib bintang2 seperti Alyah, Jaclyn Victor, Awi Rafael, Kristal, Estranged, Adira, Hafiz, Akim, Atilia, Hazama, Shiela Amzah, Stacy, Ebi ( calon hotseat ), Chaq ( calon hotseat ) dan lagi seorang calon hotseat yang akan diumumkan minggu hadapan, ditentukan 100% melalui undian sms dan Rm500,000 menjadi taruhan untuk juara.

Setakat ini, aku tak nampak lagi MANIA mampu membawa satu fenomena atau revolusi baru terhadap industri muzik Malaysia yang heboh dikatakan oleh pengacaranya, Aznil Hj Nawawi ~mungkin rancangan baru dan penonton belum paham konsep rancangan. Setelah 2 minggu konsert pengenalan MANIA, aku tengok sendu je program ni. penonton kat studio pun macam malas je nak tepuk dan bersorak. kehangatan tu tak ada. pada minggu ke 2, aku nampak penerbit rancangan menganbil langkah meletakkan peminat di kiri dan kanan pentas untuk nampak kemeriahan. tapi yang ado... aku sebagai penonton still bosan dengan perjalanan program ini. persembahan artis pun biasa2 je. tak ada yang menarik dan memberangsangkan. tapi tak pe, kita sama2 tunggu pada pertarungan sebenar nanti hokey! 

MENTOR 6 pula aku tengok lebih segar dan lebih kemas berbanding MANIA. Aku lebih suka Ally Iskandar mengacara berbanding Aznil Hj Nawawi. Ally lebih santai dan relaks berbanding Aznil yang nampak sangat bekerja keras untuk menghangatkan suasana. Walaupun MENTOR 6 menampilkan peserta yang tiada pengalaman, aku rasakan konsep dan persembahan mereka punya aura tersendiri. Menarik dan menghiburkan!! suasana stadium pun gamat dengan sorakan dan tepukan penonton yang sporting menyokong peserta pilihan masing2. Tapi aku agak rimas dengan Nas Ahmad selaku wartawan di belakang pentas. kadang2 soalan yang ditanya banyak yang merapu je. kan?

hyz bisik pada kamo : aku pilih MENTOR 6.

17 comments:

Adylia Qarissa said...

dkna pilih ON AIR!! hahahaa..


ada kaitan tak dengan mentor 6 vs mania??

Anum said...

saya suka mentor

NAL said...

NAL suka dua2..
Mania : Shila Amzah & Hafiz

Mentor : Faizal Tahir & protege serta Ramlah Ram & protege

On Air : Anas Farhan

Phat said...

2 2 aku layan sebab bosan dok umah sorang2 lagi pun masa dia x sama kan hehe

ZaroL said...

Tunjuk ajarku sifuuuu~ Yeahh !

Saddila said...

err err kenapa anda suka mentor ?? wkakaa

Hanif said...

Yang pasti semua nak kejar ranking..tapi aku rasa aznil mungkin akan meletupkan Mania...!!

Radin87 said...

owh, kat rumah takder Astro. Jadi takleh tgk mania. Huhu..
Tapi apa yg penting, rancangan realiti yang menampilkan muka baru lebih diminati penonton jika dibandingkan dengan artis yang sudah established. huhu..

Popkorn said...

aku tgk wanita hari ini jer... erkkk

Puan Kutu said...

mania rancangan baru,tp mmg macam tak berapa meriah pun.on air lg better.mentor dh ada tempat dihati peminat,tak boleh bezakan dua rancangan nie....:)

MaYa MustWany said...

smua mas layan.senang cer.tapi tak de la sampai fanatik sangat.just skdar tgk2.

mentor nasib baik la de faizal tahir tapi protege tisha (ferhad) bahaya gak tuh.sedap gak sora nya.

mania lak ntahla..biasa2 je lagi.myb lum start lagi.masih pilih memilih lagi.

tapi on air pun best.

tapi kalau pilih kasih..grrr..

m!3yr4h_LolLy said...

time duk kat umah dulu, boleh la jugak nak layan benda nie sume. sekarang dah takde dah. huhuhu

TiraPengemis said...

xtgk pon..huhuhu

shida'R said...

xpenah tgk MANIA lg..mentor6 ok la best juga ..protege pn yg dtapis bkn calang2 hehe..

yusuflaili(Goku) said...

salam;
Sayangnya rumah aku belum pasang Astro lagi..

Z.I Zam Ijam said...

Zam suka Mentor 6 , tapi suka MANIA sebab ada STACY je , haha . Gudluck stacy !

shark said...

shark lebih minat MANIA...
Mentor kureng sbb mostly feymes sbb mentor..bukan bakat protege pn..