Pages

Followers

Friday, 9 March 2012

mudahnya lupakan jasa ibu bapa

seyes aku cukup tersentuh tengok makcik ni menangis.

KUALA LUMPUR: Menitis air mata seorang ibu yang lumpuh apabila menyedari dirinya ditinggal terbiar oleh anak tunggalnya di sebuah hotel bajet di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, di sini, sejak empat hari lalu.
Dia kini dijaga kakitangan hotel berkenaan yang membantunya menguruskan diri termasuk mandi dan mengganti lampin pakai buang selepas anaknya gagal dikesan.
Warga emas itu mulanya tinggal bersendirian di kampungnya di Johor, tetapi sejak sebulan lalu anaknya yang masih bujang membawanya ke ibu kota.

Faridah Maulud, 66, yang keseorangan ditemui pekerja hotel dalam keadaan meniarap di lantai ketika memeriksa bilik disewa anaknya selepas lelaki berusia 27 tahun itu gagal menjelaskan bayaran empat hari hingga menimbul tanda tanya kepada pengurusan hotel.



Ketika ditemui Harian Metro semalam, warga emas itu kelihatan lemah dan tidak bermaya serta berkali-kali memaklumkan dia ingin ke rumah kebajikan kerana tidak mahu menyusahkan staf hotel yang membantunya.



sumber : mymetro online


aku tak paham la manusia sekarang. macam binatang! padahal tu mak kau! mak yang mengandungkan kau, mak yang lahirkan kau, mak yang besarkan kau! sanggup kau buat mak kau macam tu? aku tak tahulah kalau2 anak makcik ni mati ke apa dalam masa 4 hari tinggalkan mak dia ni kan? tapi ni bukan kes pertama yang terjadi kan? banyak kes dah anak buang mak bapak, anak antar mak bapak kat rumah orang tua2. orang2 macam ni terus terang aku cakap, jenis orang yang tak bersyukur. derhaka dah tentu2 lah kan? kenapa mereka tak fikir susah payah mak bapak jaga dari kecil, tak pernah mengeluh, dah besar, dah senang, mudah2 je buat mak bapak macam tak ada nilai. seyes aku bengang giler ngan orang2 macam ni. aku ni tengah tahan marah ni. nak carut je kat blog ni. tapi aku sabar.... moga2 aku dan kalian tak tergolong dalam anak2 derhaka yang menyakiti hati mak bapak. amin... semoga kita semua dapat menjaga mak bapak kita sampai ke akhir hayat mereka.


hyz bisik pada kamo : ya allah, kau peliharalah ibu bapa ku sepertimana  mereka pelihara ku sejak kecil dengan penuh kasih sayang... semoga aku dapat tunaikan tanggungjawab aku sebagai anak sebaik mungkin. aminnn....

20 comments:

Afiq Yassin said...

nice entry..

jom terjah entry afiq yang baru
http://afiqyassin.blogspot.com/

Nur Fajar said...

hampir menangis baca berita.kenapalah anak dia sanggup buat mak dia macam ni?

Ms Fai said...

keji sungguh anak buat mak mcm tuu. kalaulah fai ni ada kuasa siper power, dh lama si anak tu kena belasah cukup2 atas perbuatan dia. huhu...

♪ cik katak ♪ said...

sedihnya.. :(

sanggup dia tinggal mak dia camtu??

khairul said...

si tanggang moden , tunggulah balasan Allah nanti

Muhammad Ariff Mohamad Nizam said...

amat terkejut dgn laporan berita utama kat Metro hari ni. pilu hati tgk gmbr nenek tu.

moga kita semua mengambil iktibar drpd kejadian ini. amin.

Popkorn said...

tak guna btul anak die 2...
jika btul la spt ni, azab la nnti anak die ni kat sane

Anum said...

jahatnya buat macam tue

yusuflaili(Goku) said...

salam;
Ya memang tak dinafikan aku ada jugak derhaka ngan mak bapak...tapi taklah seteruk ni,yang ni dah tahap gaban.

JaNnaH said...

kejam!!!! ish3

Radin87 said...

ish, tak patut betul anak dia tu buat macam tu. buang orang tua macam tu jer. isk..isk.. T_T

EmpayarUtama said...

Aku cuba bersangka baik tahun ni. Kita cuma dapat cerita pihak ketiga (akhbar) - belum cerita dari siibu dan sianak. Susah nak ulas nih. Bukan apa, takut terjadi sesuatu diluar jangka kepada sianak pada hari pertama sampai... Doakan yang terbaik buat keluarga tu ^_^

Cik tikah said...

erm.. jagalah emak ayah sementara mereka masih ada :)

miss Fyqa said...

mintak dijauhkan dari sikap & sifat yg mcm tu, hargailah ibu bapa kita :)

O CIKTEDDY said...

ya Allah..sayunya cik tngok wajah makcik tu..

miss_rainbow said...

tergamaknye dia.. ta pikir pon perasaan seorang ibu yg sakit nak melahirkan dan membesarkan dia.. haih! dunia akhir zaman..

Ungu Violet said...

yep...hargailah ibu bapa kita selagi mereka masih ada...:)

Adylia Qarissa said...

Tu lah. Dkna pon teepikir gak kan kot anak dia dapat musibah ke apa.. Positif kat orang.

shida'R said...

huhu..moga sume anak2 buke mate skit..syg la org tua kite ni slg mereka ade..huhu sedih kot....

Cik Nurul said...

haisshhh anak jenis ape la tu kan.. hurmm