Pages

Followers

Thursday, 5 April 2012

18 SG : HISTERIA part 2

sambungan dari entri lepas. klik sini untuk baca histeria part 1. time perkemahan tu, aku memang suka giler lah. sebab aku memang suka berkhemah. aktiviti lasak ni memang aku suke. time ni, kejadian histeria dah kurang sikit. sebab mereka2 yang kena histeria memang orang yang sama je. dan mereka ditempatkan kat hostel. so, kami yang lain meneruskan aktiviti berkhemah seperti biasa. 


kebetulan hari tu hujan. habis basah khemah. dalam2 khemah pun basah dan kotor. aku ni, pantang kotor2 ni. tak selesa kan? tapi, nak tak nak semua peserta kena tidur dalam khemah tu jugak, ko buatlah macam mana, yang penting tak boleh masuk hostel.  aku ni, nak tidur basah2 dan kotor ni memang tak lah...... so, aku fikirkan satu idea. aku dah dok usha2 nak tido kat pondok tempat fasilitator lepak.... akhirnya aku dapat idea. yesss!!! buat2 sakit!!!


so, lakonan mantap dimulakan. ala2 pemenang anugerah pelakon lelaki terbaik 7tahun berturut2, aku memulakan misi. ala2 rasa nak pengsan, kawan sekhemah aku dah panik. terus dia angkat aku bawak ke pondok fasilitator. yess!!! berjaya!!!. tapiiiii sesuatu yang aku tak jangka terjadi. masing2 ingat aku kena HISTERIA!!!! siOt!!! time tu semua orang gempar.. masing2 berkumpul keliling aku.... aku tak tahu nak buat ape time ni, terpaksa teruskan lakonan...


aku dibaringkan kat pondok tu. pastu semua peserta dah kecoh ingat aku kena histeria. masing2 berkumpul tengok aku. sampai ada budak perempuan, siap ajar aku baca ayat kursi.. dia bisik kan telinga aku, dia cakap "ikut ye apa yang saya bacakan ni. ikut perlahan2" aku pun anggukkan ye je... ~ lakonan mantap aku terpaksa aku teruskan. kalau tak tak pasal2 aku kantoi.. tengah2 budak perempuan tu bisikkan ayat kursi kat telinga aku, ada peserta lelaki rasa/pegang perut aku. dia laporkan kat abang fasilitator " perut dia sejuk je?" errr ni aku tak faham maksud keperluan rasa/pegang perut aku. kalau sejuk kenapa? kalau panas kenapa? tu antara soalan yang aku tertanya2.


lama jugak kot aku berkeadaan macam tu. lama2 aku buat2 aku dah oke. pastu fasilitator bagi aku minum susu ngan roti. hahaha... balik dari kem PKSN tu, kecoh satu sekolah aku kena histeria. masing2 nak tau aku nampak ape. hahahahaha...... memang aku akan gelak sorang2 kalau aku ingat2 balik peristiwa ni... hahaha...... ~pasni aku cerita kejadian histeria time kat universiti. time ni ada budak kena rasuk ngan 10 ekor jin.

26 comments:

yusuflaili(Goku) said...

salam;
Ehh..ada sambungan rupanya!!.

Izz Faizah said...

kahkahkah..
pura2 rupanya..
balik dr kem tu, kwn tau tak yg hyz mmg blakon??

Anum said...

nak tunggu smbg plak ek

Puan Kutu said...

tu dia baguih dok ada berlakon.mmg nakal sungguh!perut sejuk sbb cuak la tu..nasib rahsia tak terbongkar..:)

cendol said...

Laaa hahaha lakonan je aih la...

mama hani said...

macam-macam hal....

Radin87 said...

wah.. ini kategori pelakon terbaik ni.. handalah pulak nak berlakon kena rasuk. hehehe.. =P

~Farra Dheera~ said...

hahaha..lawaknyer!!

sis92 said...

cis siot betul wa tertipu -,-

NAL said...

terbaik lah Hyz..HAHAHA..mantapnyer lakonan..

Syuhada said...

wahahahaha..fasi x tnya ke jin mana yg rasuk???
kalo lakon jd jin mana2 masti lagi hebat...haahhaha

si kiut lavender said...

hahah..sket ja nak kantoi hyz punya lakonan tuh..:)

KorN said...

Suka pi camping, tapi kotor ke basah ke x suke.. ape lah.. standard la kalo cam tu time camping....

ezyra daniel said...

hahahahhahahahha...ape la...adoiii....

Edy Fee said...

ko pon kene ke..mcm mana la muke ko time tu...
jap aku bygkan.hikhik

is esma said...

eycehh. pun boleh. :DD

zafira othman. said...

xmau baca ! nak komen je. boleh taak?

ct jue said...

ha itu la...nak tipu sngt....kan kene belakun lagi extra !

TiraPengemis said...

mak aii....memandai je...kang jin ikut balik baru taw...xpasai2 mata merah...auchhhh

CekbOlat-bOlat said...

nakalnya abg hyz ! babap dieeeee

hawiz said...

pehh...terbaiklah..kalah rosyam nor..!!...

AzRi AtHiRaH said...

hahaha..pandai tol berlakon..boley jd artis ni^^

aiyang said...

dik, dulu masa zaman sekolah, time tu akak form 2 memang berlaku histeria kat sekolah akak...tiga hari berturut2....bukan dak perempuan je...dak lelaki yang lembut2 tu pun sama histeria.... memang teruk la waktu tu... waktu akak tolong kwn2 tu terdetik gak dlm hati....nape aku tak kena ekkk....aku nak gak tengok apa yang dorang nampak tu... waktu tu rasa frust sbb tak dpt pengalaman tengok hantu...ehehehe

ijam ismail said...

huhu..ok klkr..ape la..
bw here

Inani said...

teringat masa kat skolah dulu...ada histeria besar2 kul 1 agi sampai kul 4 pagi..heheh..haiyyaaaa..

BlueiceButterfly said...

~err..ble plak berlakon..hehe