Pages

Followers

Tuesday, 3 April 2012

18SG : HISTERIA part 1

assalamualaikum... hai hoi hoi... dulu time skolah, korang biasa tak dengar pelajar kena histeria? selalunya pelajar perempuan yang rajin kena histeria ni kan? pelajar lelaki relaks je... hehehe. dulu sekolah aku dari aku form1-form5 tiap2 tahun mesti ada kes histeria ni. sampai waktu aku spm pun, ada budak kena histeria. tapi pengawas peperiksaan, suruh gak budak tu jawab soalan pekse. tapi kat bilik lain. meraung2 sambil jawab pekse. cane tu?


masa cuti sekolah tingkatan 5, aku join Program Khidmat Sosial Negara ( PKSN ), sekarang dia tukar Program Latihan Khidmat Negara ( PLKN ). dulu, PKSN tu tak wajib pun. aku sukarela nak join. sebab ada perkhemahan, program anak angkat, aktiviti lasak, memang besh la. tapi 2 minggu je program tu. tahun aku adalah tahun last PKSN tu wujud. so junior aku, time tu 1 batch yang memulakan PLKN.


program PKSN tu kalau tak silap aku, kat kem Tebing Tinggi, Segamat. Program ni jugak, disertai seluruh sekolah daerah Segamat ( sape yang berminat lah ). time tu ada kot dekat 200 orang. minggu pertama tu semua berjalan lancar lah. masuk minggu ke 2, kegiatan histeria mula terjadi. jerit sana, jerit sini. ada sorang budak group aku kena histeria. time ni kan, aku pelik petugas2 dan jurulatih tak ada langsung usaha untuk bantu mereka2 yang kena histeria ni. diaorang buat dek je. so, kami lah rakan2 yang jadi ustaz dan ustazah baca itu ini. hehehe


owh ye, dalam group tu kan, kami perlu memilih seorang ayah, seorang ibu dan yang lain jadi anak2 ~ sume group kena wat camtu anak2 tu kena guna gelaran dalam keluarga. aku kena pangkat alang kalo tak silap. dalam group aku, yang kena histeria ni, anak bongsu dalam keluarga olok2 ni. kami panggil dia adik je, dak pompuan. time tu kami ada aktiviti kat hutan. tengah2 dok dalam kumpulan buat aktiviti, tetibe dia menjerit menangis2. fasilitator memang tak masuk campur. so, kami anak beranak lah cuba tenangkan. dengan bantuan group2 lain yang ala2 ustaz dan ustazah. tengah dok tenangkan dia, tetiba si "adik" ni pegang tangan aku. tetiba dia cakap " alang, alang sayang adik tak?" ~motip ko tanya macam tu dalam keadaan histeria? aku tersipu2 malu oke time tu... ~ ala2 orang kena pinang di saksikan seluruh peserta program. berkali2 dia tanya aku "alang, jawab lah alang sayang adik tak?" serba salah aku nak jawab takkkkkkkkk....kang makin meraung pulak. last2 aku jawab "sayangggggggg".... terus oke histeria dia. pelik aku!


kejadian histeria ni berlaku dalam 3 hari berturut2 kot... melibatkan budak2 perempuan group lain jugak. bila seorang dah jerit, tetiba dak pompuan group lain pulak tersampuk menjerit. ada satu ketika, ada 4 orang kena histeria. aku tolong angkat budak2 pompuan ni pergi bilik khas, asingkan dengan yang lain takut menjadi2 pulak. ~berat giler budak2 kena histeria ni bila kejadian dah bertenang masing2 kepochi nak tau apa yang berlaku. antara sebab mereka kena histeria, mereka cakap mereka jumpa perempuan rambut panjang dalam bilik air ( kat kawasan tapak perkhemahan ), ada pulak yang dengar ada orang panggil nama dia. ada satu masa, ada seorang fasilitator lelaki, jerit kat dinding... dia cakap " kau jangan ganggu adik2 aku!!" ~ aku tengok tak de apa2 pun? dia cakap ada makhluk besar, tinggi sampai syiling, berbulu ...... erk!!!!!!!!! ~sambung part 2 pulak nanti... part 2 pulak, aku cerita aku pulak kena histeria.. kah3

27 comments:

cendol said...

Hah best la! Suke beno psl cite2 hantu nih!
Berpengalaman terserempak...ok x sabo nk tau hang pulak kne histeria haha

NAL said...

wah, NAL ada juga pengalaman pasal histeria ni ketika kem di sebuah pulau di Langkawi..memang teruja NAL baca entri ni..tak sabar nak tunggu sambungan daripada bro Hyz..

btw jom usha,
http://nyteamlife.blogspot.com/2012/04/angry-bird-realiti_02.html

DRceria said...

Oh, teriungat DRC handle histeria time sekolah dulu.. kawan DRC sendiri, budak laki... mata dia merah, bertentang mta dengan DRC... fuuhhh... memang cuak gile la... last2 DRC tampor je...hahahaaa..

Rapunzel Cikilolo said...

mean, ade puteri alam lain la minat ko hyz :)

KorN said...

hyz-teria
kah kah kah....

ape motip aadik nak rindu2 alang ni

ct jue said...

komepem2 la hantu adik tuh hantu perempuan...

mase kat asrama kite dulu setiap minggu ade histeria

http://ct-jue.blogspot.com/

yusuflaili(Goku) said...

salam;
Biasanya pelajar tinggal hostel selalu kena penyakit meraung ni..aku dulu tinggal hostel memang sering berlaku histeria2,hantu2 dan pelesit2 ni.

Syuhada said...

alang..sayang saya x??HAHHAHAHAHAHA

Syuhada said...

alang..sayang saya x??HAHHAHAHAHAHA

acik teyha said...

ke adik tu mmg syok kat alang kot..haha

Nizam Aziz said...

Seraammm..eeerrr. :$

Puan Kutu said...

Bodoh punya soalan org kena histeria tu.klu hantu rambut putih tu yg tnya soalan tu apa macam?syg gak?haha..

O CIKTEDDY said...

org hiseria ni kasi penampor je..keh3

miss daya said...

haha tetiba elok lak dia kan dgr hyz syg dia.. haish histeria ke gedikria :-P

Izz Faizah said...

hahaah..rsenye hantu tu tolong smpai kan hasrat hati adik kat alang takk.. XD

Cik tikah said...

la, hyz pun kena histeria gak? tu la, muka mcm girl. haha :P

hawiz said...

ko kene gak ker??ihihhii

shida'R said...

wahhh..ni masuk contest seram best nih hyz..

LaLa mhdnor said...

selalu gak dulu barlaku kat hostel time sekolah menengah

c'axoera ヅ said...

suka tapi takut pun yea gak heheh

Radin87 said...

waaa... seram plak bila dia tanya.. sayang ke tak?? ><

TiraPengemis said...

ohhh PKSN...gegurl baru taw nie...hehe

faridah nazurah said...

nasib baik seumur hidup aku ni tak pernah kena rasuk

Fabulous Me said...

tajuk dah best.. tpi pepagi time cni takot nye pasal bace skali lalu je. ni cite bener ke menan smate2..? siap ade syg2 bagai. segan nak bace dr awal smpi abis. gegegeggegegege

Ahmad Sabree said...

mase sekolah dulu selalu terjadi benda ni....

naik takut !

takut2 oppa pulak yg terkena...

oppa dah lah lemah semangat !

ape2 pun kite ken kuat n banyakkan mengamalkan ayat2 lazim al quran ...

dan banyak berdoa untuk mengelakkan kejadian yg x diingini...

hyz ! sape kat sebelah tu ???

ayoooooookkkk!!!

hahahahahahahahaha~~

CekbOlat-bOlat said...

wewwitt.. lawak kottt, lepas ckp syg terus oke.. =="

BlueiceButterfly said...

~haha..dia sja nak tau awk syg dia ke x kot..