Batu Belah Batu Konkrit ( Bonda )
Wahai anakanda ku sayang, kemana hilang budaya
Diculik piring terbang, atau ditelan buaya
Tiada peluang tiada ruang, semua mahu cepat kaya
Pabila semua dah hilang, barulah hendak percaya
Cukuplah semua ini, hati bonda tersepit
Biarkan bonda pergi, dimakan ditelan batu belah batu konkrit
Wahai anakanda ku sayang, kenapa gadai pusaka
Sebab cinta atau wang, atau kerana kurang peka
Seperti lalang-lalang, suka belot suka leka
Ikut telunjuk bayang-bayang akhirnya diri terluka
Melihat semua ini, hati bonda menjerit
Lepaskan bonda lari, dari dihimpit putar belit masyarakat hipokrit
Wahai bonda jangan merajuk, bonda jangan makan hati
Anakanda disini memujuk, dan anakanda tak akan berhenti
Kini sedar dari mimpi, baru faham semua ini
Bonda tolong jangan pergi, maafkan anakmu
Cukuplah semua ini, hati bonda tersepit
Biarkan bonda pergi, dimakan ditelan batu belah batu konkrit.
Dari dihimpit putar belit hamba duit masyarakat hipokrit
Bonda rela, dimakan ditelan batu belah batu konkrit
Penyanyi : Monoloque ft. Azlina Aziz
Lambakan lagu2 dalam pasaran sekarang yang menjurus kepada tema cinta buat aku tertarik dengan lagu Batu Belah Batu Konkrit ( Bonda ) ini. Mencelah dari timbunan lagu-lagu cinta yang mendayu-dayu, muzik hip hop & rap yang kadang kala liriknya langsung tiada makna dan maksud yang baik untuk disampaikan kepada pendengar, Batu Belah Batu Konkrit ( Bonda ) muncul sebagai sebuah naskah yang maha hebat!!!
Disampaikan penyanyi hebat sepanjang zaman, Azlina Aziz membuatkan aku dengar lagu ini berulang2. Lagu/Lirik tentang seorang ibu yang merajuk dengan anaknya kerana lupa pada asal usul dan budaya. mungkin ramai yang tergelak dengan tajuk "konkrit" itu, tapi maksud sebenar dalam lagu ini adalah seorang ibu ini, merajuk kerana adat dan budaya dilenyapkan oleh pembangunan yang diidam2 kan oleh manusia yang tamak, sehingga bergolok bergadai pusaka peninggalan. ~ ye ye je aku ni.. haha
Aku pasti, tak ramai yang akan gemar lagu sebegini, kerana bukan "jiwa" budak2 sekarang kan? tapi pada aku, lagu ni punya sindiran sinis kepada masyarakat sekarang. selamat mendengar >.<
hyz bisik pada kamo : aku cuti sampai 29hb april 2012....
19 comments:
best ^^
Macam tak pernah dengar lak lagu nie. Maybe jarang dwngar radio kot ;-)
pelik plak tajuk lagu dya..tp lirik maksud mendalam tuu..
budak2 skang mana tahu hayati lirik macam nie.golongan remaja dewasa macam cikgu n sy je tahu menikmati lagu yg punya sindiran mengajak kita berfikir dlm lirik.kihkih..
tgk tajuk mcm nk tergelak.. bila paham betol2.. dalam beno mksdnye.. konkrit=pembangunan.. pndai depa buat lirik...
dlm makna tu
hoho serius tk pernah dgr n taw kewujudan lagu nie hehe
btw,,ahbunx!ble nak apprv adx kat fb??haha
eh2..kita cuti sama la..abes 29 gak..woww!
boleh la..tapi tak dpt masuk jiwa NAL..hehe
salam;
yelah..tak pernah dengar lagu ini,tapi bagus juga ada unsur2 nasihat walaupun liriknya agak kasar dan biasa2 je.
1st time dgq
tapi,,,maknanya mendalam...:)
Aku ingat kau tulis tadi..memang best dan mendalam ayat2 tersebut...
Ambil Kesempatan Vote Me as Blogger Of The Year
waa.. best2
lagu loghat Johor ^^
patut la semacam je...monoloq yg nynyi..
ok je..
tak pernah dengar pun..maklumla jarang dengar radio..
heheheh
akekeekekekekekek :p
eyh nk ipad2 murah?
http://ch000tz.blogspot.com/2012/04/ipad2-for-sale.html
macam-2 lagu skrg ye ? haha ..btw..not bad :D
mmg tergelak bila dia sebut 'konkrit' tu...npe xtukar bende len ye...cm pelik bunyi...hehe
tp overall best!suke rentak dia :D
Post a Comment