Pages

Followers

Monday, 9 April 2012

KONSERT MANIA : minggu 1 - hambar

Sabtu lepas 7 April 2012, tepat jam 9malam telah berlangsung konsert pertama MANIA di Astro Ria. Dengan tagline "Mania Mencetuskan Evolusi Superstar", MANIA menampilkan nama-nama besar seperti Alyah, Jaclyn Victor, Estranged, Kristal, Hafiz, Atilia, dan Stacy untuk merebut kejuaraan yang menawarkan hadiah wang tunai RM500,000. turut bertanding, Akim, Hazama, Sheila Amzah, Awi Rafael, Adira, Chaq, Aril dan Ebi.


Pada konsert minggu 1, persembahan para peserta pada aku, biasa-biasa sahaja. tiada yang benar-benar memukau aku. Persembahan Kristal ( pawana ), Alyah ( tanpa kekasih ), Hafiz ( someone like you ), Jaclyn Victor ( terukir di bintang ), Sheila Amzah ( hatiku milikmu ), Awi Rafael ( pokok ), Adira ( Lagu untukmu ), Chaq ( lelaki seperti aku ), Aril ( terbang ), Ebi ( menyesal ), Hazama ( kejora bersatu ), Estranged ( nakal ), Atilia ( gadis semasa ), Stacy ( toxic ) dan Akim ( hey jude ) pada tahap biasa sahaja. Tiada yang istimewa yang mampu aku kata WOW. Paling aku perasan, tiada langsung aura sebuah pertandingan seperti mana Anugerah Juara Lagu. 


Bila MANIA menggunakan tagline "MANIA Mencetuskan Evolusi Superstar" aku mengharapkan sebuah konsert bertaraf 5bintang dan persembahan bertaraf antarabangsa. Sebab apa yang aku paham melalui tagline itu, program ini ingin mengubah senario muzik tanah air ke tahap yang lebih tinggi yang mampu menjadi fenomena. Tapi, aku tak dapat semua itu dari sesi pemilihan produser, hingga pada konsert pertama ini. BOSAN!!! yup, itu yang aku rasakan sepanjang program ini berlangsung, sehingga aku dapat lihat penonton di stadium pun "menguap" mengantuk. Pengacara, Aznil Hj Nawawi pada aku terlalu berkeja keras untuk menghidupkan acara. Cara pengacaraan Aznil tidak ubah seperti mengacarakan program Akademi Fantasia. Pada aku, sebuah program besar seperti ini, dan disertai artis yang lebih berpengalaman, Aznil harus lebih santai dan tidak berlebih-lebih ~ lihat cara Ally Iskandar mengacarakan MENTOR, santai tetapi profesional dan dalam masa yang sama menghiburkan.


Bahagian kritikan pula, aku dapat lihat para produser tidak bersedia untuk mengkritik para peserta, dan kritikan pula sekadar beralas ~ mungkin tidak mahu kecilkan hati prosuder lain . Kadang kala, para produser mengambil masa untuk mengkritik kerana tidak bersedia dan ini memakan masa perjalanan program. Aku rasa, mungkin pihak penerbit boleh mengambil pihak lain untuk mengkritik para peserta agar lebih adil dalam kritikan.


Dari segi undian, menjadi sedikit kontroversi apabila artis popular dan berpengalaman tidak berada di tahap sepatutnya. sehingga saat-saat akhir program berlangsung, Jaclyn Victor, Alyah dan Awi Rafael berada pada bottom 3. Bila juri menjadi juri, akhirnya Chaq abang kepada Stacy tersingkir pada akhir program. Aku mengharapkan minggu ke 2, akan ada kelainan dan bibir mungil ini berkata WOW!!!!


hyz bisik pada kamo : bosan!!!

16 comments:

Tatie Atikah said...

Huhu...mungkin sbb awal lagi kot tu yg diorg tak beriya...hihi,,, =)

Rapunzel Cikilolo said...

belum sempat tengok! perlu terkilan tak?

sabry oppa said...

actually, best jer hyz ! for me laaa~~

coz free2 dpt tgk artis feveret tiap2 minggu wat perfom !

cume x suke aznil jer !

mcm beria jer..

padahal santai2 sudah ~~

hahahahahaha~~

ADIRA tetap dalam hati OPPA...

ADIRA the best in the world !

huhu~~

Anum said...

belum berkesempatan tgk program ini :)

shida'R said...

sbnarnya x excited sgt tgk MANIA ni..tgk2 cenggitu jer hehee ^_^

si kiut lavender said...

naseb bek xtengok,,kalau x terkeluar jgak ungkapan bosan tu kang...-_-

Mohd Azrul Aziim said...
This comment has been removed by the author.
Mohd Azrul Aziim said...

obviously membosankan. Mungkin awal lagi. Tapi x mencapai level yang digembar-gemburkan. Hot seat tu untuk apa pun tak tau. Macam nak bikin gempak tapi meleset. Aznil memang best tetapi auranya dah semakin hilang. Bukan sebab dia tak bagus, dia memang bagus..cuma penonton dah dapat baca "gerak tarinya" diatas pentas.

yusuflaili(Goku) said...

salam;
Betul tu...pada peringkat permulaan semestinya banyak kelemahan,harap2 selepas ni makin mantap.

NAL said...

mungkin sebab baru minggu pertama, masing2 masih lagi kaku & tak rasakan MANIA sebagai satu pertandingan..kalau nak diikutkan penyingkiran di minggu pertama memang kurang adil..sepatutnya bg lah peluang..bila cakap pasal diaorg nak mencungkil superstar, sepatutnya penjurian adalah melalui juri bukan sms kerana peminat mengundi tidak melihat kualiti 100%..takut juga bila yang menang nanti tiada kualiti seorang superstar..

Edy Fee said...

klau hambar... ko la jadi artiusnye pulak.ehehe

Cik tikah said...

x pernah thu pun pasal benda ni. haha

JaNnaH said...

untong spe menang.. bertambah2 famous..

ary_lee said...

prosuder pon boleyh~~

Puan Kutu said...

setuju bab komen dr produser yg terlalu beralas,mungkin bimbang mengecilkan hati or klu komen anak didik sendiri takut nak kritik.takut org tak vote..sy pun mengharapkan sesuatu yg lebih best dr MANIA..:)

TiraPengemis said...

xsempat nak layan bnda alah nie...huhu...tggu ulangan je lah~~

#kebab#