Pages

Followers

Monday, 16 April 2012

KONSERT MANIA : minggu 2 - Hafiz & Jaclyn Victor penyelamat MANIA

Alahai MANIA..... itu yang boleh aku cakap ketika menyaksikan siaran langsung MANIA, 14 April 2012 jam 9.00malam.  Entah mana silapnya, persembahan artis2 yang bertanding pada malam tadi sangat mengecewakan aku. Setelah persembahan hambar minggu sebelumnya, aku mengharapkan sesuatu yang lebih untuk minggu ini. 


ebi ( Anak Kampung ) : Terpinga2 aku dengan persembahan Ebi ni. Hey!!! ko berada No 1 dalam carta undian peminat, adakah ini yang ko bagi kat penonton? kau rasa sesuai ke lagu ni untuk program besar seperti MANIA? adakah lagu ni boleh angkat kau sebagai superstar? Pliss lah, aku tak rasa ini lagu yang sesuai untuk sebuah pertandingan!!! next...........


Akim ( Inilah Cinta ) : Ni lagi aku tak faham, sebab minggu sebelumnya Aznil selaku hos program ada memberitahu bahawa peserta boleh menyanyikan apa2 jua lagu kecuali lagu sendiri. Ni ape kes????? walaupun diberi susunan muzik baru, bukan kah itu lagu asal akim? what the tetttttttt!!!!!!!!! next............


Awi Rafael ( The Show Must Go On ) : Aku kira persembahan Awi pada minggu ini lebih menarik berbanding persembahan minggu lepas ( Pokok ). Tapi maaf Awi, anda bukan pilihan penonton. next....................


Sheila Amzah ( Kau Atau Aku ) : Permulaan yang agak baik dari Sheila. Tapi lama ke lamaan aku tengok Sheila seperti hilang arah, dan semakin hilang fokus. Aku lebih suke persembahan Sheila pada ABPBH lepas dengan lagu Nirmala. Persembahan pada ABPBH lebih mantap dan menghiburkan! Setuju dengan aku? next.............


Adira ( Kembang Perawan ) : Aku suka dengan lagu kembang perawan ni. Sebuah lagu yang indah dari segi music dan lirik. Tapi kalau lah Adira dapat perbaiki kawalan vocal dan teknik nyanyian yang hebat, pasti sempurna. next..............


Kristal ( Di Ambang Wati ) : Music band Kristal aku kira hebat!!! tapi penyanyinya ( Lan ) tak dapat membawakan lagu ini dengan baik. Mungkin lagu ini terlalu besar buat Lan sehingga kadang kala suara Lan tidak jelas di dengar. next......


Alyah ( Kau ) : pada aku persembahan alyah biasa2 sahaja, dan aku tak faham dengan konsep yang ingin dipersembahkan. Aku rasa lebih menarik jika Alyah tampil dengan idea yang lebih rinkas. next.............


Estranged ( Rolling In The Deep ) : Sebagai band rock, aku mengharapkan persembahan yang strong & dinamik dari Estranged. Tapi aku tak dapat itu semua. Sepanjang persembahan, Estranged terlalu play safe dengan lalu berhantu Adele itu. next........


Aril ( Kenangan Lalu ) : Kenangan lalu merupakan lagu fav aku. Entah lah... aku tak rasa persembahan Aril itu buat aku terhibur. Persembahan biasa2 sahaja. Aku kira, Aril sebagai pelengkap program sahaja. Maaf ye.... next.............


Jaclyn Victor ( Matahariku ) : Jaclyn merupakan seorang penyanyi yang boleh menyanyikan apa jua lagu. Untuk lagu matahariku ini, jaclyn berjaya membawa lagu ini dengan baik secara teknikalnya. Masalah pada Jaclyn ni aku nampak tiada soul diberikan. Persembahan yang bagus, tapi kurang jiwa. Kalaulah di suntik jiwa yang bagus dalam lagu ni, pastinya ni sebuah persembahan terhebat dalam MANIA. next.............


Stacy ( Suralaya Dalam D Major ) : Pada aku, Stacy merupakan bintang yang serba boleh. Selesa dengan lagu rancak dan slow suatu kelebihan buat Stacy. Tapi aku punya masalah dengan Stacy bila sering meneran suara dengan kerap. Tapi aku suka dengan permulaan lagu yang di bawa Stacy...... next..........


Atilia ( All Night Long ) : Persembahan yang santai dan bersahaja. Aku rasa untuk jadi superstar, Atilia perlu memilih lagu yang benar2 menonjol kekuatan vocal dan persembahan. next ..................


Hazama ( Semalam Yang Hangat ) : Hazama Hazama Hazama. Boleh tak kau nyanyi lagu lain? Aku tengok penyanyi lain cuba dengan pelbagai genre lagu tapi tidak bagi Hazama. Masih selesa dengan lagu2 rock kapak dan hanya selesa dengan lagu2 sebegitu? Kalaulah kau tak cuba mencabar diri kau, sampai bila2 kau tak kan ke mana.... NEXT.................


Hafiz ( Bukan Cinta Biasa ) : Ini juga merupakan lagu fav aku. Sebuah lagu indah dari Afghan. Hafiz membawakannya dengan baik sekali. Hafiz antara peserta yang tidak mengecewakan. persembahannya jauh meninggalkan peserta lain. Tapi dari segi undian? hafiz bukan pilihan penonton... kesian..... biasalah bila jari menjadi juri....


Secara keseluruhan, aku masih kecewa dengan MANIA. Dengan tagline "MANIA mencetuskan evolusi superstar" tu aku tak nampak lagi bintang2 yang bakal menjadi superstar, melainkan Hafiz dan Jaclyn Victor. Tapi dari segi undian lagilah aku sedih. adakah Ebi mampu jadi superstar? sama2 lah kita tengok ye....


Hyz bisik pada kamo : dengan mentor 6 semalam pon aku kecewa!!!! hampehhh

15 comments:

Anum said...

syok

ctk said...

ct da bosn tgk program nyanyian..
sume nk jd hebat
buknkah lebih baik bajet utk program tu disumbangkan kt mana2 yg berkenaan...
negara makin miskin
adoi
membazir betul :D

da mula da ceramah...hahaha :D

apepon, semoga pemenang dipilih berdasarkan bakatnya,bukn popularitinya or rupa parasnya
bru dinamakan menghargai buknnya thu nk untung aja :)

Nur Lavender said...

ape yg ade kat ebi tu..huhuhu..xde gaya superstars lngsung..

Hafeesz Amran said...

wahhh pakcik...kalah pengkritik muzik tau...hahahahaha

tapi tolong lah Malaysia singkirkan Ebi...dari AF dulu x pernah best..kahkahkah

NAL said...

setuju dengan pengkritik tetap Hyz..actually NAL tak suka lak dengan Mania sebab sound system tak best..nyanyian artis pun jadi slow..mcm ni ke nak jadikan superstar?

Puan Kutu said...

basa semua komen cikgu dan agak bersetuju.rasanya mania ni mmg akan buat org muak klu berterusan begini.

saya dh naik menyampah dengan mania n mentor.layan pilih kasih lagi best.haha..

sis92 said...

uhuk sis tak penah tengok pun ,astro pun tadak..

Rapunzeel Cikilolo said...

same ler kite. minggu yang pilih juri je best. minggu lain biase je...

afzalsukasuki said...

aku tak pernah tgk pon menda alah ni

si kiut lavender said...

wah~!

dah boleh jadi pengkritik mania nih..

sabry oppa said...

sabry oppa tgk mania sebab ade adira jer !

sorry to say kepade penyanyi lain...

suare korg memg best tp sabry oppa fan adira..

syg adira ketat2..

muah !

sabry oppa said...

sabry oppa tgk mania sebab ade adira jer !

sorry to say kepade penyanyi lain...

suare korg memg best tp sabry oppa fan adira..

syg adira ketat2..

muah !

Edy Fee said...

tapi jujur aku ckap..ase mcm hambar...ade yg best ade yang blur

cik kiwi's said...

kah kah kah!!. kemain ngomen..bagus bagus. ko ade bakat nak ganti juri roslan aziz, adlin atau oggy ahmad daud..kui3..:P

Anonymous said...

bleh ganti juri mania cmnie..haha...