Pages

Followers

Friday, 20 April 2012

mentaliti kelas ke 3

mentaliti kelas ke 3! itu yang aku boleh cakap pasal orang2 yang duduk kat kawasan flat aku ni. walaupun duduk flat, jangan tak caya ye kalau aku cakap kereta2 vios, mercedes, honda ekot, hyundai bersepah kat bawah tu.


aku ni kan, seorang yang cukup menjaga kebersihan. kalau sape nek kereta ngan aku, jangan sesekali kau buang sampah keluar kereta! memang nak kena! sebab aku pun, kalau makan apa2, plastik or kertas tu aku simpan sampai aku jumpa tong sampah! kadang2 aku bawak balik, buang dalam tong sampah kat rumah. tapi kan, aku rasa aku duduk kat kawasan orang yang pengotor lah kat sini. orang2 tak tahu jaga kebersihan, dan tak tahu jaga infrastruktur awam yang disediakan, dan mereka juga pentingkan diri sendiri.


kau bayangkan, kalau masuk lif tu, macam2 bau yang ada. selalu bau kencing orang! syial kan? ni mesti budak2 yang kencing. anak terasa nak kencing je, mak bapak suruh kencing dalam lif je. ni memang mak bapak terbaik!!! aku tak rasa, budak2 besar a.k.a bujang yang buat. bau kencing orang dewasa ngan budak lain sikit kan? hahahaha.... tau2 je dah bertakung kat lantai lif. bangkai!!!! 


lagi kes, hari tu aku nampak dalam lif ada sampah ngan pasu bunga yang dah pecah dalam lif. elok je kumpul penjuru lif. ni syial mana yang buat. ko ingat, ko campak sampah dalam lif, tekan butang ground floor, pastu sampah tu boleh kuar sendiri lah? bangang!!!! lagi sial yang aku jumpa, tah si tolol mana letak bungkusan sampah kat luar lif. ko ingat, ada orang nak amikkan sampah ko dan buang kat bawah? dah la bau busuk perut ikan semua ada. seyes! busuk giler. pentingkan diri kan orang2 kat sini? aku tak tahu lah... aisshhhh....


setiap bulan pulak, mesti lif kat blog aku ni akan rosak! dah lah ada 3 lif je? kadang2 tiga2 rosak. sebabnya? ada orang2 tak bertanggungjawab bawak naik motor ke tingkat atas. syial tak? osmet aku jadi saksi ada orang bawak motor naik lif. memang bangang habis!!! kau ingat motor kau tu cantik!!! takut sangat motor kena curi kan? kalau umah kau terbakar? motor2 kau hangus sial!!!  aku beberapa kali terpaksa naik turun guna tangga dari tingkat 11 oke? tingkat 11!!!!!!.... kenapa diaorang ni tak ada otak kan? pentingkan diri sendiri? ko bayangkan kalau orang tingkat 17 tu sakit ke, nak bersalin ke atau ada apa2 urgent? pastu orang2 tua nak mendaki tangga tinggi2? then lif semua rosak? ko nak buat macam mana? nak terjun? tu belum lagi papan2 kenyataan yang ditampal dipecahkan semua. bodoh!!


plis lah. kau jadi manusia tu boleh tak jadi manusia yang elok perangai? kalau kau dah buat perangai bangang, tak mustahil anak2 kau pun buat perangai bangang!!!... nanti kalau kau tegur anak kau buat benda tak elok, nanti dia orang jawab balik " eh ayah/ibu buat boleh? kenapa aku tak boleh?" nampak?????!!! kan elok setiap orang buat tanggungjawab masing2. kalau setiap orang ada rasa tanggungjawab, benda2 macam ni tak jadi lah... kau kaya macam mana pun, kalau mentaliti kau kelas ke 3, kau tetap jijik kat mata masyarakat!. kalau kau memang dah tak ada harta, pastu kau buat perangai, aku nak gelarkan kau ni apa pulak eh? fikir sendiri lah!!!!





ni semua gambar yang aku ambil... mcm sial kan masing2? bukti ni aku kumpul beberapa hari ( lain-lain hari untuk semua gambar ) tu la DBKL kalau letak cctv kan senang nak tampo sape yang buat!!!! 



hyz bisik pada kamo : kita semua ada tanggungjawab



20 comments:

Anum said...

pengotornya

Adylia Qarissa said...

kat tv3 ada siarkan berita warga asing kencing tepi tangga..hyz ada tengok tak??

kot bau hancing tu kencing orang dewasa bukan budak2 ;p

::FAIZ:: said...

susah nak ckp, mgkin lupa kot bawak keluar samph dr lif....

Pink Tulip said...

sangat kotor & jijik...

NAL said...

kotor betul tu..

jom terjah isteri untuk akhirat ^^

khairul said...

x reti bahasa puya orang !

Spudin said...

hahha..eee...busuknya kalau lif ada jugak ada org kencing ..yucks

http://spudinpunya.blogspot.com/2012/04/entri-aku-kena-cilok.html

Syuhada said...

ala.....hyz bubuh jek camera...jgn gitau orang..bukti tu hyz tayang besar2an ke depan semua yg dok citu...then + mtk denda + ceramah puas2....
nk kena betol dorg tu!!!!!!

si kiut lavender said...

hadoi..

marah teruk nampak


naseblah hidup dalam kelompok manusia macam tuh

manusia macam nih xbleh dibiaqkan..wat kesedaran sket biaq berubah\
law tak maw tenggelam flat tuh dgn sampah

KorN said...

Eiii yeyek... ape kata ko print entry ni hyz and tampal banyak2 kat flat tmpat tggl ko tu...

*flat umah aku sume terkawal.

Puan Kutu said...

sy dpt rasakan apa yg cikgu rasa sbb sy pun mengalaminya.serius tak bley take it ada manusia pengotor macam ni..

dulu waktu di Johor kawasan kuarters sy sgt bersih sbb navy sgt mementingkan kebersihan,sekitar 3bulan ada pegawai buat check up.kami akan adakan gotong royong mengikut blok..

bila pindah sini tinggal dengan army,mula2 kepala sy rasa serabut sgt.sampah buang merata2..dekat tangga ada bau macam taik.anak2 derang buang sampah sesuka hati.geram je depan rumah kita pun buang plastik jajan.hari ni sapu esok dh ada sampah..

bukan anak kecik rasanya,even yg tua pun takde kesedaran sivik sebab kotak rokok pun sy jumpa dekat tangga.memang menyesakkan dada dan pandangan sy..

apa yg penting didikan ibu bapa..klu tak reti nak didik anak pasal kebersihan,dh tentu mak bapak tu pun pengotor orgnya..

sy cukup pantang dengan org pengotor,mmg didik aiman sejak kecil suruh buang sampah dlm tong sampah,jgn buang sampah merata2.aiman klu nak buang air,tengok toilet kotor dia mmg akan tahan dan takkan guna punya toilet tu..

kan dh panjang sy komen,dh bley buat entri.sekian terima kasih.haha..

Rapunzeel Cikilolo said...

hahaha, komen akak kutu dah merangkap komen aku segala...

aku cukup anti. tau tak, buang sampah luar kereta akan buat longkang tersumbat finally and at the end, terus jadi banjir kilat.

orang Malaysia kita tak fikir panjang. sekian

LaLa mhdnor said...

ya Allah, apa punya orang, langsung x ambik peduli hal kebersihan

Edy Fee said...

bgus la..patot imej pembersih...
sgt particular pasal benda2 ni...
klau semua lelaki mcm ko...lagi cntik la dunia ni.kiki

Cik tikah said...

benci org pengotor!

diana said...

kenapa pengotor sangt..??
padahal lif tu dia jugak kan nak guna..aduhai..pengotor dan pemalas jugak..kamu kena intip ni..
lepas tu ambik gambar.
tampal besor2 kat dinding flat tu bagi semua nampak muka pengotor dan pemalas tu

Amira Anorah said...

sama.. rasa bersalah kalau buang sampah merata rata. memang lah kita sorang je buang tak effect pape, tapi cuba semua fikir macam kita, tak ke nanti berlambak sampah..eii..
tak fikir.
orang2 yang awak cakap kat atas tu pon satu, pentingkan diri sendiri je..tapi elok lagi lah dia letak sampah dari dia campak sampah dari atas. tu memang tak ada adab langsung tu.
eh, gerammnya saya...=.=

emy zulaiha said...

yerks! kotor nye lah org2 nie kan..iskh jual ikan betol dorg nie kan. iskh tang hancing nie emy geram! sbb emy mengalami nasib yg same. on da way nak g opis kene jalan laluan yang hancing! bencik lah laki2 nie..xmalu ke kencing merata?? grrr! :(

PIKA said...

agak mementingkan diri jugak la manusia2 nie .. nk tegur pon susah gak sebab bkn senang nk berbahasa dgn org yg x reti bhse .. ppe pon sabor je la ;)

ctk said...

dh mcm rumah dh lif tu, sume bende ade....ish..mmg pengotor!..