Pages

Followers

Tuesday, 1 May 2012

jOm masak bersama chef hyz - ayam gOreng kunyit special

assalamualaikum, hai hoi hoi... aku ni baru balik bercuti. seminggu jugak la... so, seminggu jugak lah aku tak jenguk or update blog ni... aku punya reader pun dah tanya kenapa tak update? bila nak update? pada yang request untuk aku ulas pasal MANIA tu, nanti aku buat k... hari ni nak share resepi pulak. dah lama tak share resepi kan? resepi hari ini adalah.....


.: AYAM GORENG KUNYIT SPECIAL :.

~ ayam dipotong kecil2
~ kunyit hidup
~ 2-3 batang serai
~ 10 tangkai cili kering
~ 3 ulas bawang putih dihiris
~ 1 labu bawang besar/ 3 biji bawang merah dihiris
~ garam

> cara buat <
1. tumbuk halus kunyit hidup.
2. gaulkan kunyit hidup yang telah ditumbuk bersama ayam yang dipotong kecil.
3. gaulkan juga garam pada ayam tadi
4. sediakan kuali bersama minyak yang secukupnya untuk menggoreng
5. bila minyak dah panas, koyak2 kan serai, dan masukkan dalam kuali.
6. kemudian terus masukkan ayam tadi..
7. bila ayam dah separuh masak, masukkan bawang putih dan bawang merah, dan juga masukkan bersama cili kering yang di potong menggunakan gunting...
8. tunggu ayam sedikit garing, dan siap lah..........





23 comments:

hawiz said...

giler sedap...

eddy syrol said...

mintak banyak..!!

Lea Isnawi said...

hebat! pandai masak


nak signnn

Adylia Qarissa said...

1st time dapat resepi letak cili kering yang dipotong :p

patutla lama hilang rupanya p berjimba yea ;p

KorN said...

ape beza ayam goreng kunyit vs ayam kunyt spesel?

Mohamad Ridhwan Ruslan said...

apa yag membezakan lelaki dan perempuan adalah lelaki lebih pandai memasak :)

LaLa mhdnor said...

chef, ajar buat tempe goreng yang sedap :P

Puan Besar Shag Yahaya said...

Lapar terus tgk gambo ayam nim :D

MIRA HAMDAN said...

wah pandai masak ea.... bolh la sye try resepi nie.. ^^

anamizu kaito said...

chef pon ramai lelaki..kan?kan?kan? arrhh menyelerakan! aummmmm~ hehe







luv,
cik ana

sis92 said...

hehe tiba2 teringat hot fm yg senduk fifi tu haha

EmpayarUtama said...

Baru siap basuh tapaware nak tapau sikit

shida'R said...

gilerr btol2 leh jadi chef ni hyz ^_^

Busyra Takiyudin said...

wahh berselera nak makan .. nyam2.. hehe

diana said...

suami akak cukup suka ni..boleh kata seminggu 4,5 kali buat.

Spudin said...

aiyooo..sedapnya ..HYZ pandai ke masak ? hahaha ..kalau masak, share-2 sikit kat jiran ni ..haha ..boleh buat kenduri makan-2 :D

yusuflaili(Goku) said...

salam;
kunyit oh! kunyit!..keluar liur dah ni.

si kiut lavender said...

yeah..

nampak special sgt...hik..^^

khairul said...

yummyy

NAL said...

sedap2..kegemaran NAL ni..

Puan Kutu said...

meletop ayam goreng kunyit nie.sy klu buat pun main goreng2 gitu jer pakai serbuk kunyit n garam jer.hehe..

sha my heart said...

sedap ni.. suka juga masak mcm ni.

ctk said...

wah wah wah...ayam goreng~