Pages

Followers

Tuesday, 15 May 2012

kisah jimmy shanley dan isteri

Assalamualaikum.... hai hoi hoi lama betul aku tak update entri sejak akhir2 ni... nak kata malas, ye jugak.... nak kata tak ada mood, ye jugak... nak kata tak ada entri nak pos, padahal berlambak tersangkut kat draft.. mungkin nafsu aku nak berblogging dah kurang sikit kowt..


Sejak akhir2 ni, banyak isu2 artis yang tersiar didada2 akhbar... ~nampak benor suke baca gosip haha tapi satu kes yang aku langsung tak baca, iaitu isu fasha sandha ngan suaminya jejai. eeeyuuuuuu langsung aku tak suka & berminat nak mengikuti... lagi satu, pasangan 'schawal' scha al-yahya & awal ashari, yang ni pong aku tak berminat nak mengikuti... meluat kowt dengan drama2 ni semua... yang lain2 tu aku baca gitu2 je... ~ eh, pasal MANIA tu nanti2 lah aku ulas k...


Tapi paling aku ambil perhatian adalah kes rumahtangga Jimmy Shanley dan pasangannya Nursuhaila. Pada pendapat aku, kes seperti ini haruslah dijalankan secara tertutup. Tak perlulah ada wartawan yang datang buat ulasan semua. Sebabnya, bila kes macam ni berlaku, akan terbogel semua kisah2 rumahtangga mereka. Sehingga dalam kain, luar kain, kes anak haram lah, titamparlah, berjudi lah dan itu semua membuka aib masing2. Benda2 ni bukan saha melibatkan pasangan ini, malah kaum keluarga kedua2 belah pihak turut terkena tempias, malah anak kecil tu sendiri yang tak tahu apa2 pun terlibat sama.


Pada aku, biarlah kes2 macam ni dibuat secara tertutup. biar hanya mereka2 yang berkenaan sahaja yang tahu. Tak perlu satu Malaysia tahu pasal rumahtangga mereka. sangat mengaibkan kot... Malulah.... tak perlu orang ramai tahu siapa benar siapa salah.. cukuplah allah tahu siapa yang benar.. kan?

15 comments:

NAL said...

NAL sangat bersimpati dengan Jimmy Shanley sebab mendapat dugaan yg begitu besar. Pandangan peribadi NAL sendiri, isterinya itu bukanlah seseorang yang baik.

Anum said...

bagi pandangan Anum pun sama
biar la secara tertutup

Beckhrooy said...

Harap masalah mereka cepat selesai

KorN said...

herm... nak komen pon susah... bila baca dari pihak jimmy, rse nya mcm isterinya yg salah...
tp bila bca dr pihak isterinya, mcm jimmy yg salah... entah lahh.... tgk jer la ragam retiss ni..

Cik tikah said...

kadang2 wartawan yg lebih2 bukannya artis tuh

Hanif said...

Orang tengah marah bro...bila marah emosi menguasai nafsu maka semua luar dalam dia beritahu..hehehehe

widiea azira said...

wartawan ni kejenye aibkan org jer. .xde koje

Hafeesz Amran said...

itu lah risiko menjadi public figure, bila diorg dh ambik keputusan jdi selebriti, secara tak langsung diorang dh bersedia untuk ambik risiko dikejar wartawan...

pada sy wartawan menjalankan kerja beliau mencari berita...klu x susah periuk nasi diorg...JIMMY DAN PASANGAN ade hak merahsiakan, tapi diorang pilih untuk bagitahu wartawan...

diana said...

sedangkan jiran2 bercerai pun satu taman tau ni kan pulak artis ye dak??
hehehe

Mohd Azrul Aziim said...

betul la tu... itu belum lg paparazzi

Puan Kutu said...

yup setuju 100%.hehe..

* sy tak pakai domain dh..url baru http://puankutu.blogspot.com/2

JaNnaH said...

tau xpe.. skrg rumahtangge owg je bhan..xpham a dunia skrg..

sis92 said...

wartawan kan ada etika..mmg lah kerja..tp etika tu kena ada

shida'R said...

stuju hyz ^_^

ctk said...

bila dh jd artis, semua bende peribadi tersebar...menakotkan...