Pages

Followers

Saturday, 19 May 2012

Konsert Akhir MANIA : Ramalan Juara a.k.a Superstar

tepat jam 9malam ini, akan berlangsungnya konsert akhir MANIA di saluran Astro Ria 104, dan HD 188. Hadiah utama RM500,000 menjadi rebutan 5 peserta akhir iaitu Jaclyn Victor, Hafiz, Stacy, Aril dan Hazama. 
aku nak menanggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggg

Tagline MANIA mencetuskan evolusi superstar pada aku tak menjadi. Sejauh mana peserta mania berevolusi untuk menjadi superstar aku tak pasti. Cuma beberapa peserta yang aku nampak perkembangan & kualiti persembahan, tapi belum mencapai tahap superstar. Pada aku, gelaran superstar tu sangat besar maknanya. Bila kau dah tahap superstar, kau akan disanjung orang ramai kemana kau pergi, apa pun kau buat orang akan suke, apa pun kau nyanyi kau akan pegunkan orang ramai, dan yang paling penting karisma yang buat semua orang hormat kau. Pastinya kau bukan sahaja gah dalam negara, tapi kau boleh takhluk peminat dari negara lain, paling tidak pun negara seberang, Indonesia dan Singapura. 
ape tengok2? jeles tgk rambut aku?

Aku bagi contoh superstar yang boleh dijadikan contoh ialah Datuk Sheila Majid, Datuk Siti Nurhaliza dan Amy Search. Aura dan pengaruh mereka cukup besar. Yeah mungkin orang akan cakap, "dia orang dah senior dalam industri, boleh lahhhh". ye memang mereka orang senior, tapi aku nak peserta2 ni tengok contoh mereka ini. Macam mana cara kerja mereka, cara pembawakan diri, apa yang membuatkan mereka jadi superstar dan dikagumi, then kau tengok dalam diri kau! adakah kau cukup layak bergelar superstar? Kalau kau menang berdasarkan undian sms tu, adakah kau benar2 dah digelar superstar? ~renung2kan, dan selamat beramal... eh!!!


Pada aku, dari segi kualitinya malam ini adalah pertembungan antara Jaclyn Victor dan Hafiz sahaja. yang lain2 tu sekadar pelengkap acara sahaja. Ni aku cakap berdasarkan kualiti, bukan dari segi undian sms ok? Sebab bakat dan kemampuan 2 peserta ini jauh meninggalkan peserta lain. bukan aku cakap peserta lain tak bagus, cuma belum sampai tahap Jaclyn Victor dan Hafiz lagi. So, apa-apa pun tunggu sahajalah malam ni...


Rank aku untuk malam ini
1. Jaclyn Victor
2. Hafiz
3. Hazama
4. Stacy
5. Aril



18 comments:

NAL said...

wah, ramalan tu..Aku target antara Jac & Aril..

KorN said...

aku sokong jac shja.. yg best ebi da kluar.. tapi x dapat tgk malam ni, rumah sewa xde estro..

sis92 said...

walaupun tak penah tgok sokong jac n hafiz..

eszyamin said...

Jac..

bagilah Jac menang..kalau tak, Astro bakal dilihat sebagai memenangkan artis keluaran sendiri..lagipun memang Jac yg paling layak dapat duit sebanyak itu sebab masa Malaysian Idol dulu die xdpt apa2 pon melainkan kontrak rakaman bersama sonyBMG..

bebudak AF tu dah kaya masa dorg menang2 pertandingan AF dulu..

diana said...

cemana la aril boleh masuk final..kan??baik ambik alyah je..

rasa nya jac dan hafiz la yang paling layak..maisara tetap nak stacy..eghheeh

Super Gemuk ♥ said...

jac :D

yusuflaili(Goku) said...

salam;
Entahlah susuah nak cakap..kalau abis bagus pun Jaclyn,Hafis susah nak komen hanya peminat di malaysia je yang kenal dia..

Spudin said...

mesti SP menang mlm ni .hahaha ...tengok jela.. "3

ZWAN SABRI said...

X sabaq tunggu malam ni.. btw, I vote for Stacy.. :)

Adylia Qarissa said...

Macam x syokk je sebab undian 100% dr peminat tak dak juri tetap pon. Macam af lak kan.

Rapunzeel Cikilolo said...

tapi tak best pun, persembahan setakat nyanyi tanpa gimik pun bosan what?

shida'R said...

JAC tersalah langkah huhu kalo tak dia dapt..tp hafiz..tetap hebatt dia nih...hehee

Cik tikah said...

rezeki hafiz meluah-luah tahun ni

si kiut lavender said...

erk...tahniahla buat hafiz..ngeh2..:D

Puan Kutu said...

ramalan cikgu semua tersasar.hikhik..

dh rezeki hafiz..:)

♥Mr.Petak♥ said...

:)

Edy Fee said...

rezeki hafiz mmg murah betul

ctk said...

tahniah hafiz :)