Pages

Followers

Thursday, 3 May 2012

KONSERT MANIA : minggu 3 & 4 - MANIA semakin membosankan

macam mana ngan persembahan saya? oke tak?

ekceli aku rasa macam nak stop buat ulasan pasal MANIA yang kononnya mencetuskan evolusi superstar tu? sebabnya, aku dah muak dan bosan dengan program ni yang kononnya gah, tapi hampeh!!! tapi, disebabkan ada beberapa orang yang bertanyakan pasal ulasan aku pasal mania, aku buat jugak lah ek? hati reader kena jaga beb!!!! ~ kelas tak aku?


ekceli aku pun tengok tak tengok pun MANIA sekarang. sebabnya, MANIA semakin membosankan aku. dengan persembahan artis yang biasa-biasa sahaja, dengan sound sistem bermasalah, dengan suasana program yang suram buat aku rasa "what the tetttttttt dengan MANIA ni?" masuk minggu ke 4 ( 28 april 2012 ), aku menjangkakan sesuatu yang gempak untuk MANIA, tapi yang adoooooo..... masalah sound sistem masih berlaku. hey ape ni? 


persembahan peserta ( minggu 3 & 4 ) ~ aku ulas untuk dari minggu 3 dan minggu lalu. sebab aku ingat dah malas nak ulas pasal MANIA ni... bosannnnn.....


1. Akim 
( sedetik lebih ) - Hancur!! osmet aku yang minat lagu Sedetik Lebih ni pun cakap "hey ape ko buat ni Akim!!!" hahaha... so, tak perlulah aku komen lebih2 kan? 


2. Atilia 
( Layar Impian - Minggu 3 ) - Aku suka bahagian permulaan lagu ni. sangat fresh dan boleh dipuji. Sebuah persembahan yang santai dan menghiburkan untuk aku. Vokal Atilia sedap didengar dan menyanyi mengikut acuan Atilia tersendiri. Walaupun best, persembahan ini terlalu simple dan tidak mencapai standart untuk transform menjadi superstar?


3. Adira 
( Destinasi Cinta / minggu 3 ) - permulaan di ganggu dengan sound sistem yang bermasalah, dan sepanjang persembahan suara Adira tenggelam timbul aje yang aku dengar. ada masalah sana sini sepanjang persembahan. pada aku, mungkin persembahan Akim ( dengan lagu yang sama ) pada Akedemi Fantasia 7 dulu, lebih baik kot!!


( Ku Pinangmu Dengan Bismillah / minggu 4 ) - Untuk minggu ini, aku mengharapkan peserta membawakan lagu yang mencabar vokal masing2. tapi, Adira memilih lagu yang selamat. Tak ada yang special untuk persembahan ini. Bila kau bawa lagu yang biasa2, persembahan kau akan jadi biasa2 sahaja......


4. Ebi 
( Senandung Semalam / Minggu 3 ) - aku tatau kenapa undian Ebi sentiasa teratas pada setiap minggu? mungkin rezeki dia kan? tapi boleh tak kau nyanyi elok sikit???????? Senandung Malam sebuah lagu yang baik dan hebat. Jika Ebi boleh menyanyi dengan baik dan hebat, aku tak akan persoalkan undian dia. tapi, ni buat aku nak alih siaran!!!!


( Kasih Tak Sampai / Minggu 4 ) - aku rasa, salma patut join MANIA ni, barulah ada persaingan yang hebat dalam MANIA ni. maaflah ebi, salma jauh lebih power dari kau! ah malas lah nak komen!!!!!! 


5. Estranges
( Itu Kamu - Minggu 3 ) - Aku tak rasa ini sebuah persembahan yang hebat. sebab aku rasa persembahan pada Anugerah Juara Lagu beberapa tahun lalu lebih hebat dan jauh lebih mantap. kan? Persembahan ini macam showcase biasa2 je... hurm...


( Sudah - Minggu 4 ) - Berduet dengan Velvet menerusi lagu Sudah ( Nidji ), aku rasa nyanyian Rich tenggelam. Velvet lebih menonjol dan mantap. aku dah macam rich pulak penyanyi jemputan..... Apa kata Estranges ambil Velvet sebagai penyanyi pulak ganti rich? boleh? hahaha


6. Kristal
( Yank - Minggu 3 ) - Aku tatau lah ngan Kristal ni... Pada aku, muzik yang digubah kristal dah cun dah... nampak rock lah.. tapi aku tak rasa muzik itu kena dengan vokal Lan. Nampak janggal pada aku. Tapi untuk minggu ni, persmbahan yang boleh aku terimalah berbanding sebelum ini.


( Kesal - Minggu 4 ) - Kesal ni jugak antara lagu peberet aku. kesian aku Lan nampak agak seksa untuk menyanyikan lagu ini. aku nampak Ella lebih menonjol dari segi vokal dan aksi. Aku rasa kalau ini persembahan Ella secara solo, aku lebih terhibur kot!!!


7. Alyah
( Khatimah Cinta - Minggu 3 ) - Sebuah persembahan yang baik. Aku suka nyanyian Alyah pada awal lagu, sangat baik pada aku. tapi bila pada part ad-lip ~betul ke aku eja ni? kah kah kah aku tak rasa ianya menarik... dan aku ada dengar unsur2 kisah hati kat situ... time ni vokal Alyah dah goyah sikit.... 


( Di persimpangan Dilema - Minggu 4 ) - Berduet bersama Nora, aku rasa tiada keserasian dari segi nada suara. time nyanyi part masing2, aku rasa better berbanding suara mereka bergabung. Apa2 pun, Alyah cantik malam tu. hahaha


8. Jaclyn Victor
( Grenade - Minggu 3 ) - Jaclyn antara peserta yang konsisten sepanjang pertandingan. Nampak sisi penghibur serba boleh dalam diri jaclyn, kau bagilah lagu apa pun pasti disempurnakan dengan baik. Sebuah persembahan yang jauh lebih baik dari perserta2 lain. Jauh bertiang2 kowt Jaclyn tinggalkan peserta lain? kan?


( Warisan Wanita Terakhir / Pelesit Kota - Minggu 4 ) - Jaclyn membuat kejutan dengan mendendangkan 2 lagu untuk minggu ini. dimulakan dengan santai menerusi lagu Warisan Wanita Terakhir, dan mula memecahkan kesunyian untuk lagu Pelesit Kota. memang sebuah persembahan yang mahal, sehingga aku tak nampak pun artis jemputan Maman.


9. Hafiz 
( Karma - Minggu 3 ) - Sebuah persembahan yang bertenaga. Hafiz sangat konsisten dalam pertandingan ini. Setiap kali muncul, Hafiz pasti tidak akan hampakan penonton. Seharusnya persmbahan seperti ini yang di undi penonton. bukannya persembahan yang ala2 tapi vote bukan main kau ye.... eh sape tu eh?


( Ombak Rindu - Minggu 4 ) - Aku dah malas nak fikir tentang persoalan tentang peserta tidak boleh menyanyikan lagu sendiri dalam MANIA ini ~ rujuk ulasan lepas2. Untuk persembahan minggu ini, Hafiz menunjukkan bahawa dia antara artis lelaki di Malaysia yang mempunyai vokal yang hebat, jelas dan mengagumkan. Aku lebih suka versi Hafiz dengan Maya Karin ini, lebih serasi dari kemerduan suara duet berbanding dengan Adira pada aku terlebih nyaring kowt ( maaf fan2 Adira ) ~ walaupun secara live ini, Maya nampak agak gementar 


10. Stacy
( Goyang Inul - Minggu 3 ) - Aku rasa kan, prestasi Stacy dalam MANIA ni semakin truk lah... Untuk lagu ini, sepatutnya Stacy boleh pukul habis, dan sepatutnya ini adalah persembahan yang boleh bikin dewan gamat... tapi hurmmmmm suam-suam kuku je... Stacy pun nampak penat dan tercungap2 bawa lagu ni.... Pada aku, muzik asal lebih bertenaga kowt berbanding dengan muzik dalam MANIA ni?


( Total Eclipse Of The Heart - Minggu 4 ) - Total Eclipse Of The Heart ni antara lagu peberet aku. Tapi aku kecewa dengan persembahan Stacy untuk minggu ini. Bergandingan dengan Cliff dari kumpulan projek pistol, buat Stacy tenggelam. Tiada tenaga dari Stacy untuk persembahan ini. 


11. Hazama 
( Cindai / minggu 3 ) - aku tak tahu ape motif Hazama nyanyi lagu cindai untuk minggu ke 3 ni. adakah semata2 untuk menarik perhatian pengundi? atau untuk kelainan? kalau kau kata nak kelainan, pada aku memang lain sangattttt sebab kau hancur bawak lagu Cindai ni. rosak lagu bebbbbbbbb...


( suatu masa / minggu 4 ) - Hazama masih selesa dengan irama yang menjadi makanan dia seperti lagu ini. Persembahan yang selamat, tapi di calarkan dengan Lan yang nampak tak bersedia untuk persembahan. Sebagai artis profesional, kau masih tengok lirik atas pentas? malu lah wehhhh!!!!! nampak tak ada persediaan. aku nampak sedikit kekecewaan kat muka Hazama tuh....


12. Sheila Amzah
( Merisik Khabar - Minggu 3 ) - sebuah persembahan yang biasa-biasa je pada aku. pada aku Sheila terlalu play save. aku tak dapat semangat yang sepatutnya dalam lagu ni... Merisik Khabar merupakan karya yang hebat yang mampu buat bulu roma aku meremang kalau penyanyi itu betul2 boleh bawak lagu tu pada tahap sepatutnya. tapi aku tengok nyanyian Sheila, biasa2 je....


( Hati Kama - Minggu 4 ) - Persembahan pembukaan yang sangat hancur!!! dihancurkan oleh sound sistem, ala2 sound sistem kenduri kawen lah beb!!! agak memalukan dan melampau sebab dah minggu keberapa? tapi masalah yang sana je yang aku tengok!!!!.... Persembahan ini diselamatkan sedikit oleh Noraniza Idris yang memang makanan dia dalam irama Malaysia ini. Pada aku, persembahan Sheila pada AJL lalu dengan lagu Nirmala jauh lebih baik! kan?


13. Aril 
( Kembali Senyum - Minggu 3 ) - Untuk minggu ini, aku nampak peningkatan persembahan Aril secara keseluruhan. Dengan susunan lagu yang lebih fresh, nampak menarik lah persembahan ini ~ walaupun aku rasa idea diambil dari muzik filem Full House . tapi yang aku tak berkenan tentang emosi Aril yang ditunjukkan pada awal dan akhir persembahan. pada aku, kalau kau rasa nak sedih2, baik kau jangan bawa lagu inikan? Ada yang mungkin simpati, ada jugak yang rasa nak tunjuk simpati ke? no komen lahhhhhhhhhh


( Ghazal Untuk Rabiah - Minggu 4 ) -


Peserta tersingkir minggu 3
1. Atilia
2. Akim


Peserta tersingkir minggu 4
1. Kristal
2. Estranges


Korang perasan tak komen produser2? semuanya bagua, semuanya baik kan? padahal kita yang dengar ni nak menanah telinga beb!!! agak2 lah nak puji artis naungan kau!!! aishhhhh...


Hyz bisik pada kamo : maaf lewat, sebab aku kena tengok video satu2 kat you tube, sebab aku dah tak record dah... buang masa!!!

14 comments:

aydah ahmad said...

cube diorang bawak lagu hindustan ;p haha

dah lama tak tengok follow bnde cemni .

Spudin said...

memang bosan pun ..haish ...tah pape je

yusuflaili(Goku) said...

aku tak tengok langsung program ni..entah mungkin bukan selera aku agaknya.

shida'R said...

jacklyn mmg tbaik suka tgk dia sntiasa konsisten :)

Rapunzeel Cikilolo said...

aku rase mania memang tak capai target sebab same gak mcm tgk mentor or ape-ape rncangan lain...

diana said...

akak memang bosan dengan rancangan nyanyi2 ni.sebab tu tak tengok pun tau dah bosan..heheh

NAL said...

tak mcm superstar pun..apa2 pun NAL harapkan yg terbaik buat Shila Amzah.

Anum said...

all the best semua

DRceria said...

hahahaa... tak tengok pun Hyz...agak2 macam mana??? Huhuh

is_isaac said...

tengok jugak, tp suke alyah..huhu

Puan Kutu said...

sy dh naik menyampah.tak tgok terus dh.mujur cikgu ulas gak,tahu sikit2 dr sini.haha..

komen komposer macam bangang!Sekian..haha

EmpayarUtama said...

Aku tak ikut cuma tau ada 3 komposer besar. Rasanya program ni cuma nak tonjolkan komposer tak lebih dari tu. Apa yang baru? Artis dah kenal, komposer pun dah kenal. Mungkin juga nak tarik semula populariti Aznil...

Hafeesz Amran said...

Jaclyn best...
Hafiz best...
Shila Amzah Ok....tpi ade a few lagu dia bawak terok jugak...tpi hati kama pada sy ok..
Stacy x macam dalam AF...
Hazama mmg x pernah minat dia...
Aril better dri AF dulu..setakat ni dia x pernah mengecewakan...
Adira biasa2
Alyah on Off
Akim bawak sedetik lebih mcm siot...padahal sy minat dia...

yang lain x minat- EBI, KRISTAL, ESTRANGED, ATILIA

ctk said...

ramai betoi artis AF masuk...