Pages

Followers

Wednesday, 9 May 2012

Konsert MANIA : minggu 5 - Jac sepatutnya tersingkir? what the tetttt!!!

Maaf aku sebab lewat review pasal MANIA. bila hati dah tawar, memang macam ni lah jadinya. aku dah tak berapa peduli pasal MANIA ni sebenarnya... bosan dengan drama yang ada kat MANIA. dari segi undian, persembahan peserta hinggalah perjalanan program. Tapi percaya tak kalau aku cakap, Jaclyn Victor sepatutnya tersingkir pada minggu lalu( 5 Mei 2012 ), kalau ikut sistem undian? Buktinya, sebaik talian undian ditutup, kesemua bekas bintang AF berada di kedudukan teratas. Aril di tangga pertama dengan 12% diikuti Hafiz, Hazama dan Stacy dengan peratusan yang sama sebelum Ebi dan Adira meraih 11%. Shila Amzah mendapat 11% dan diikuti Jaclyn Victor meraih 10% dan Alyah di bawah sekali dengan 9%. 

babai alyah


Seperti yang diwar-warkan Aznil Haji Nawawi pada malam konsert, hanya 5 peserta sahaja yang akan ke Final, dan 2 peserta akan disingkirkan pada malam tersebut dan 2 lagi akan disingkirkan pada malam semi final ( 12 Mei 2012, sabtu ini ). Penghujung program, hanya Alyah yang tersingkir. ermmm adakah pihak penerbit selamatkan Jaclyn Victor? haruslahkannnnnnnn? sebabnya hanya Jaclyn Victor yang mampu menggerakkan program itu untuk mencapai matlamat. tapi kalau ikut undian, aku tak pasti kalau Jaclyn boleh menang.. hurmm.... 


Pada aku, hanya Jaclyn Victor layak dinobatkan sebagai Juara jika diukur kemampuan persembahan beliau dari minggu pertama hingga kini. Siapa lagi yang layak? mungkin hafiz! tapi hafiz pada aku, belum boleh tandingi Jac walaupun berbekalkan vokal yang baik. Ebi? Aril? Adira? Hazama? Sheila? Stacy? hahah belum layak untuk di angkat sebagai superstar. maaf, aku cakap bukan atas sifat kedengkian atau pilih kasih, tapi aku tengok dari mutu vokal, dan persembahan setiap minggu okeh?


Aku lebih suka tengok suasana rancangan realiti terbitan luar negara seperti The Voice, American Idol dan X Factor sebab pengundi2 kat sana lebih bijak.. Undian mereka hanya untuk mereka yang berbakat dan selayaknya. sebabnya, mereka ( pengundi ) tak mahu industri muzik mereka menghasilkan penyanyi yang tidak berkualiti. kan yang akan dengar muzik diaorang jugak kan? that y lah, mereka pilih yang betul2 layak... alangkah bagusnya kalau pengundi kat Malaysia pun macam tu.....
somel tak saye? vote lah saye....

hyz bisik pada kamo : malas nak komen persembahan minggu lepas. eh kenapa ku tak boleh masuk blog pn kutu? memang ada prob ke, atau aku je yang problem?

11 comments:

Hafeesz Amran said...

x jugak....American idol masih kekalkan si Joshua Ledet tu n buat Colton out...hahahaha

NAL said...

memang kurang menarik la mania ni, slogan je melebih-lebih..pelik juga mcm mana undian si Ebi tu tinggi2..hurmm, harap ianya tak dirancang oleh pihak dalaman..kalau nak lahirkan superstar jgn guna undian penonton better guna juri..lebih adil & berkualiti..

Adylia Qarissa said...

undi keluar EBI!! kenapa dia masih kekal dalam mania sedangkan nyanyi pon tak best!

cik kiwi's said...

peminat tegar jac rupenye ong ong ni...kikiki ~

tirahzairi said...

undilah saya jugak~~

ps: dah lama aku xmai sini...rindu plak...weksss

diana said...

sapa la yang dok undi aril dengan ebi tu ye??heran betul la..

Cik tikah said...

JAC hebatlah suara dia :)

Anonymous said...

dont wory... jac will b winner!!

c'axoera ヅ said...

xsuka sgt mania ni :D

Puan Kutu said...

ops sory ye cikgu.masih dlm mood malas,tu sbb tak smpt bw bgtau sy dh tukar url..nafsu blogging dh pudar lg teruk dr cikgu sbb rasa macam nak bersara terus je dr blog.haha..

minggu nie sy tak tgok..derang ni undi utk diri sendiri kot.haha nasib ebi tak masuk final.nyanyi ntah apa2.sepatutnya minggu 2 dh out.haha ops..jahatnya komenku..:)

ctk said...

drama drama drama :D