Pages

Followers

Monday, 4 June 2012

sebab-sebab sperma lemah ~ bahagian 1

Tahukah anda? Sperma lelaki boleh menjadi lemah dan tidak mampu berfungsi sebagai sperma yang aktif? Tak tahu? mai aku bagi tahu.... eh ni bukan entri untuk lelaki sahaja, kaum wanita harus ambil tahu untuk pengetahuan... Kang bolehlah share ngan suami, anak lelaki atau bakal suami kan?

1. Kepanasan Melampau : Testis ( buah zakar ) akan menjadi lebih baik jika ia berada dalam keadaan suhu lebih sejuk berbanding suhu bahagian lain dalam badan. Lelaki yang selalu terdedah dengan situasi kepanasan melampau berisiko tinggi untuk mempunyai sperma yang lemah... ~ risau aku, sekarang dah lah cuaca panas saje kan? ke nak aku pakai spender perisa mint? sejuk je... eh ada ke? kalo ada nak beli lah... kaum wanita tu, jangan soh suami2 anda masuk peti sejuk pulak eh? derhaka tu!!!


2. Mandi Air Panas : Bermandi manda bersama air panas juga tidak baik untuk pengaktifan testis. Jangkamasa 30 minit berada dalam jakuzi @ tab mandi air panas sudah cukup untuk menurunkan produktiviti sperma anda. Tapi bukanlah tak boleh mandi air panas langsung, tapi tidak digalakkan untuk berendam dalam tempoh yang lama..... ~tamo p mandi air panas lagi ah... saya sayang sperma saya.. eh!


3. Suhu Badan Tinggi : Ini selalunya time demam lah... Deman juga boleh mengakibatkan kesan yang tidak elok pada kesuburan. Kajian yang dilakukan pada tahun 2003 didapati, kepekatan sperma boleh menurun sehingga 35% daripada biasa akibat daripada suhu badan yang tinggi. ~ Ni untuk demam kuat je lah.. kalau demam2 manja tu tak yah risaulahhhh...


4. Komputer Riba : Kepanasan dan haba radiasi yang terhasil akibat daripada penggunaan lappy tersayang akan meningkatkan suhu skrotum sehingga mampu mencapai 35 darjah celsius. Ianya akan memudaratkan sperma anda jika anda letakkan lappy terlalu lama di atas peha yang gebu itu... haha ~gebu keh? cek peha masing2....



5. Pemilihan Spender : Seluar dalam a.k.a Spender yang terlalu ketat juga dikatakan turut memberi kesan kepada kesuburan dan kecerdasan sperma. Keadaan spender yang terlalu ketat akan mengganggu pengaliran darah di kawasan tersebut seterusnya mengganggu kesuburan lelaki. ~tp jangan pulak ko pinggang s tapi ko pakai spender saiz XL... kata tak nak ketat kan? pastu ikat rebenlah spender ko tuh...

22 comments:

Phat said...

aku x de spender langsung series x tipu

Anum said...

hahaha

KorN said...

Huh.. phat x pakai spender? hohoho

Eh yang no 5 tu aku suggestkan pakai g-string.. sebab kalo pakai tali ni senang nak ejas2.. Muehehehe

Zul De Alexis said...

perghh..pergh...guwa punya selalu duk dalam air cond..sejuk derr.. ahak2

NAL said...

alhamdulillah, selamat lah aku..
pakai boxer jer la. :)

Adylia Qarissa said...

heheheee..bagus betul info nie..apa kata tak yah pakai spender ;p

LaLa mhdnor said...

serius ke phat?

info yang bagus untuk kaum adam, haha

eddy syrol said...

pakat semua pakai speder saiz beso... selamat ler.. keh3

syahirooAhmad said...

serius, kdg2 ada perkara yg kita amik remeh... terima kasih brader kerana berkongsi...

pasni perbetulkan cara berpakaian.. :)

Drakula Comel said...

mohon tuan blog produce spender perisa mint..ahaha

aqmalazmi said...

lepas sekolah menengah aku dah tak guna spender hahhahahahhahha

♥ Nana BamBam ♥ said...

info yang berguna..cayalah :DD

SP (spudinpunya) said...

eee..takutnya weh ..eeee...risau aku sebab penggunaan lappy pun boleh jadi gitu jgk ni ..urrmmm

shida'R said...

hahaa..shida leh baca ke nih? ^_^

ZWAN SABRI said...

konklusinya lelaki2 kat Malaysia ni mmg ramai sperma yg lemah sebab cuaca kt Malaysia ni Panas bangaattttt.. HUHU

hawiz said...

hohoh....info terbaik la wahai hydz...hahhaa...ley jdi pakar la ko sat g..kih3..

Cik Yatt said...

haha nice info bro..ayt awk tak bole blah en..spender perisa mint tu tak bole blah ye..haha

diana said...

ada lelaki memang tak pakai spender..itu biasa..tapi kalau perempuan tak pakai spender masalah besar tu..hahaha

yusuflaili(Goku) said...

salam;
Ha1ha!ha!hahaha!..nasib baik aku dah khawin dan ramai anak,taklah risau sanggat memikirkannya.apa2pun info ni sangat berguna dan penting,terimakasih kerana perkongsiaan ini.

ctk said...

rmai lelaki pkai boxer je skrg...eceh...memandai je aku...hahaha

uit,si dia tgh demam lah...oh tidakkkkk...hahaha...adoi :P

Puan Kutu said...

hahaha gelak guling2..selamat menjaga sperma masing2 ye kaum lelaki!

eszyamin said...

yg no 3 tu aku rasa cm ada betolnye lah..erhmmm..cepatlah sembuh demam aku ni..taknak dah cair2 aje..