Awal minggu ni, aku ada baca lah pasal luahan Anuar Zain mengenai lagu2 dari album terbarunya yang sangat2 jarang diputarkan oleh pihak stesen radio. ekceli Anuar Zain bukan lah artis pertama yang bersuara mengenai hal ini, sebelum ni ada jugak artis2 lain seperti Ramlah Ram yang bersuara mengenai hal yang sama.
Jujurnya aku agak setuju dengan kenyataan Anuar Zain bila mana pihak radio dikatakan mempunyai piawaian untuk memutarkan sesetengah lagu.. dulu katanya hanya lagu2 yang berkualiti yang akan diputarkan.. maksudnya lagu2 akan ditapis dan hanya yang lepas piawaian sahaja akan diputarkan di radio. Kadang2 aku dengar radio pun aku boleh cakap "eh lagu ape ni? cam bangang je? lagu macam ni pun boleh kuar radio?" haaaa tu adalah suara aku sebagai pendengar... banyak kot lagu2 merepek yang kuar radio. alasannya atas permintaan pendengar...
Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii melampau kot kalau lagu2 yang sama diulang2 sehari suntuk..... aku boleh kira kadang2 dalam 1 jam tu sampai 2 3 kali kot lagu yang sama diputarkan.... agak2 lah kot... bagi lah peluang lagu lain jugak untuk diputarkan.... macam mana lagu sesetengah artis nak meletup kalau kau just putarkan sekali dua, pastu terus tak putar? alasan, tak mendapat permintaan pendengar......
aku yakin, tak semua lagu kita mudah untuk terima... ada lagu yang sekali dengar kita dah suka, ada pulak lagu yang kita dengar 3 4 kali, "eh besh pulak lagu ni...." kan? so, bagi peluang sama rata lah kan? kalau kau promote lagu hits sahaja, semata2 nak kejar rating, hancurlah industri kan? dahlah aku malas nak bebel...... selera masing2.... dan masing2 nak jaga periuk masing2 kan? ramas dada tanya selera.. eh!!
31 comments:
tpi kadang2 sakit ahti bila lagu sama je radio dok putarkan. stress kot
haha . sometimes , rasa nak sepak . banyak sgt merepek gaban cakapnya :D
dah bosan dengar radio skang nie ...asyk lagu sma jer pastue byak sangat iklan nyer..huhuhu
dah bosan dengar radio skang nie ...asyk lagu sma jer pastue byak sangat iklan nyer..huhuhu
Kasihan annuar zain
lagu baru sekarang pun cepat muak. baik layan sinar. evergreen je. :)
ahahhaha...btoi layan sinar gak bestttt.....
besa la tu ....kroniii
NAL tak layan sangat radio ni..kdg2 jer dengar..
umm. ntah la. aku pun jarang dengar radio. kalau dah naik keta bapak aku kongker radio. so, aku kena dengar klasik nasional je. no matter what. ~
p/s : ong ong..kikiki~
cian abam nuar kita :P
salam;
Kalau asik lagu tu je putar berkali2...bernanah jugak telinga dengar ,silap2 abis radio kena terajang ibarat terajang....!!.
Yeye. Betul tuu (: Mana keadilan? Tsskk Tsskk =,= Memang ada setengah lagu kita kena dengar banyak kali baru boleh minat.
Ntah laa.. aku pon heran la dengan mereka2 ni... aku nyanyi x reti2 dorang nak play kan kat redio2... patut lah pon aku bhenti jadik penyanyi
aku kalau lagu sama je tiap2 hari....aku cucuk pendrive aku je la
aku setuju. lagi2 kalau tgh drive long journey, pastu buka radio. confirm ada lagu yg berulang-ulang. dahtu, ada plak lagu yg ntah apa2, bikin bengang je driving. =.='
header baru!! owsemmm ;p
ni berikutan komen anuar zain ari tu le. Radio - Start zaman 1 radio ni dah memilih takmo main lagu dangdut. skang ke mana hala tuju muzik tempatan? Tak men lah download ni. tak dapat tengok gambar/ucapan artis. album baru pun susah nak keluar. Album baru Anuar Zain pun, lagu-lagunya tak friendly la mcm lagu-lagu dalam album 1st dan 2nd beliau. Kalo lagu semua best, radio tak memilih, mesti lagu tempatan berada di tahap yang bagus.
alasn radio tu always sbb pndgr mntx.. yes rating korang berdasarkn pendgr.. so klu mcm tu seseorg tu x payah la jd penyanyi selagi x de permintaan pendgr.. haihhh..
*kdg2 tu smpi blh gila 1 hr dgr lagu yg sama terutama lg yg atie x suka.. huh !!
nyup...nek menyampah siot kot bila lagu yg sma saja duk ulang dlam masa 2 3 jam...
alih2 tukar frekuensi len..buat semak kpala ja
hyz..dah lame xdtg sini..hehe..sihat ke? betul2..mmg xadil tu..huhu..kdg2 lagu same jer kan..
igt rosyam nor je pilih kasih.hahahaha
kehidupan katanya..heee
betul tu bro.. aku dah tak dgr radio dah.. asik ulang jer.. bukak pagi. tgh hari jpg lagu tu jugak.. adoi.
Mostly blog blogger boy ialah blog info. But kalau tak keberatan, JOIN ni boleh tak? :)
http://sujuelfarahin.blogspot.com/2012/07/1st-segmen-by-elfarahin.html
tirah slalu je dgr radio time study....opkos lagu sama setiap hari....sbb carta kot...huhu
no komen sbb ibu aiman tak dengar radio.haha..
cari update bru
errr..herader hyz..mmg superb!!!
lama menyepi
gua bosan dah dgr radio. layan mp3 lagi baek.
Post a Comment