Pages

Followers

Saturday, 12 January 2013

pulanglah wahai anak

setiap ayah pastinya mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka kan? tidak terkecuali aku. aku mahukan yang terbaik buat anak aku, termasuklah dalam soal jodoh. aku tak mahu anak aku berpasangan dengan jantan sembarangan. budak yang tak ada masa depan. budak yang tak menghasilkan cucu yang comel buat aku~ eh!!! aku mahukan baka2 yang terbaik buat anak aku.

tapi kadang2 anak2 ni tak paham apa yang kita rancang untuk mereka. walaupun aku paham, dah tiba masanya untuk anak aku memasuki fasa baru iaitu alam perkahwinan, aku tidak restu anak aku dengan sembarangan jantan. tah sape2 je yang cuba memikat anak aku. hidung tak mancung pipi tersorong2 ~ puihhh!!! anak aku masih dara, aku tak mahu dia dirosakkan oleh jantan2 yang berhidung belang!!!

anak aku meronta2 untuk dilepaskan untuk menemui cinta hati dia. aku masih dengan pendirian aku untuk tidak melepaskan dia untuk mencari pasangan dia sendiri. biar aku yang carikan. pada aku, kau masih terlalu mentah untuk mencari masa depan kau sendiri nak...

tanggal 6 januari 2013, aku ambil anak aku dari keluarga angkat dia kat pandan indah, KL. hampir sebulan jugak aku tinggalkan anak aku bersama keluarga angkat dia, sebab aku agak busy untuk tengok2kan dia, nak2 lagi tengah dia menggatal nak kawih nih ~ dasar miang!!! tak sempat 1 hari aku melepaskan rindu, anak aku mengambil keputusan lari dari rumah. hancur luluh hati seorang bapa ini ~wuwuwuwuwuw T_T teganya kau meninggalkan bapamu ini semata2 ingin memenuhi hawa hafsumu itu? ~wuwuwuw nanges guling2

puas aku mencari ke sana sini.... makcik dia sanggup datang sini dari jauh semata2 ingin menolong mencari anak aku. pencarian kami menemui jalan buntu. tak jumpa dimana2. sehingga aku mengiklankan kehilangan anak aku dan tampal di sekitar kawasan perumahan. pulanglah nak... papa sanggup menerima kamu semula walaupun kamu dah mengguris hati papa. papa terima sapa2 yang telah kau pilih sebagai menantu papa. walaupun kau dah lari ke thailand ke, atau kau dah bunting ke, papa terima kau kembali... janji kau baliklah nak oi.......

sape2 jumpa nak aku bagitau lah eh..

nama dia kitty





17 comments:

CekbOlat-bOlat said...

hahahahaha kucingg . amboii kemainn sifatt naluri kebapaan anda ye . ibunya mana ? dia mrajuk sbb takde ksih syg ibu tuu

cik nur said...

hahahaha cehhh kucing rupenyer suspen ok hihih :)

Puan Kutu said...

bawak bersabo ye papa,klu kitty tu syg papa,pasti dia balik..klu tak, cubalah belajar menjadi papa yg lebih baik.muahaha..

katasifat said...

haha?????????

tak citer pun hoi!

pasni bela anak aku nak?bulan 8:)

::FAIZ:: said...

wat saspen jew

NAL said...

hahahaha.. suspen giler...

Sis ieja said...

inilah contoh bapa mithali. haha. semoga beliau dijumpai segera :)

Edy Fee said...

aku igt ape la d..punya la ayat .hehehehe
kucing upnya...kaki kucing gak ko ni yer

Akhelaken said...

alahai... anak-anak~
Takpe,da bunting tu nanti balik lah dia. hehe :)

Empayar Utama said...

Sini ada dua sapa punya?

iyan shazlind said...

dpt rasa apa yg kamu rasa...haritu kucing hilang..hmm x keruan hidup ni...kucing tu cam bestfriend kita kan...semoga kitty blk umah smula

Hanim Irsyad said...

haha. statement xley tahan. sekali tgk kucing yang tak balek-2!

Shida Radzuan said...

kucing..balikla sian tuan kamu nih heheeee :D

::ini belog saya . cinta hati saya:: said...

oh kucing rupenye , kitty balik lah . bapamu menanti , hihihi

Joe_Hans said...

Lama xdatang blog kau hyz.. hahaha... Kim salam kucing kau tu kalau jumpa! hahaha

yusuflaili(Goku) said...

salam;
aku tertipu rupanya!!.

sabry oppa said...

phenchenta kucing :)