Pages

Followers

Monday, 6 May 2013

hari mengundi ialah hari reunion

alhamdulillah..... berakhir sudah pilihan raya umum ke-13. bersyukur sebab PRU 13 kali ni sengit tapi masih terkawal dan berjalan dengan lancar. dan paling aku bersyukur sebab lepas ni aku tak nampak lagi status2 politik yang melampau kat facebook lagi... ahhhhh lega.

5 mei 2013 merupakan hari bersejarah buat aku apabila pertama kalinya aku mengundi.. hehehhe sepatutnya ini jadi kali ke 2 tapi time pertama kali tu [2008] aku berada kat Sarawak, so memang tak dapat balik Johor lah untuk mengundikan? aku keluar mengundi dalam jam 10am kot... aku pergi dengan abang aku... dia bilik no 3, aku bilik no 5... time nilah aku tengok ramai rakan2 seangkatan aku dan muka2 yang aku kenal dan tak kenal.... yelah dulu kecik macam ikan bilis, sekarang semua macam ikan paus... aku je masih macam ikan salmon~dush dush dush hahahhaa perasan!!!

kalo korang nak tahu, aku ni dulu bukan ada ramai sgt kawan. bukan sebab aku ni sombong, tapi aku lebih suka kawal pergaulan aku.. ~sebab kat sekolah aku dulu ramai je samseng2 hahaha macamlah aku baek sangat kan??? aku dulu jahat la jugak, tapi jahat2 baeklah.... boleh macam tu? time aku sampai kat sekolah [tempat mengundi] ramailah yang tegur2 aku... kebanyakan yang tegur aku tu ialah orang yang aku tak kenal dan aku tak tau siapa?? dalam hati aku siapa pulak dia ni? tapi aku layankan je lah.... hahahha ada yang aku kenal muka tapi nama aku tak ingat.... ada yang aku tak pernah kawan, tapi tau nama aku & boleh tegur aku... sampai naik segan aku... aku segan bukan apa? sebab aku segan orang yang tegur aku semua aku tak kenal... hahahahhahaha time dia tegur tu "hey hyz.. pe kabo? ko kenal aku lagi tak?" aku.... "eh kenallllllllllllllllllllll apa pulak tak kenalllllllll" ~mampos!!!!! giler keji!!! hahahaha

dulu time zaman sekolah menengah aku pernah ditegur seseorang dalam bas sambung-sambung... time tu aku naik bas sambung-sambung ni nak balik rumah la lepas sekolah... lepas tu dalam bas ada orang tegur dengan ramah sekali... borak punya borak, lepas aku turun bas aku pulak tertanya-tanya siapa yang tegur aku tadi eh??? aku rasa dalam hidup aku, banyak kadi kes orang tegur aku tapi aku tak kenal orang tu!!! seyes aku rasa segan teramat kot....yelah kau nak kena cover diri kau buat2 kenal, dan jaga hati orang yang tegur kau tu... malu kot kalau orang tegur kau, lepastu kau tanya balik orang tu'awak ni siapa? kita pernah kenal ke?"pangggggggg!!!!! sebijik!!!!!!!! malu kot kan? so, pada aku berpura2 itu lebih baik.. hahahhaha ~jangan ikut macam aku


3 comments:

iAmCekbolat said...

hahaha maka dengan itu silalah ingat ingat . pemes lettew ;D

Puan Kutu said...

sy gak rugi tak dpt mengundi.adk aiman nk keluar time pru 13 lak.klu tak boleh reunion ngan kawan2 lama..

nk bgtau kita nie sama.mmg jnis ssh nak igt rupa n nama org kot.haha..

sabry oppa said...

saye x cukup umur lagi...
hahahhaha