Pages

Followers

Sunday, 2 June 2013

kehilangan

korang pernah dengar tak pepatah (aku tak sure ni pepatah or cakap orang tua2) "jangan ambil gambar kucing, nanti kucing tu mati!!" pernah? ekceli aku tak sure ape relatednya kucing+ambil gambar = mati!!! tak ada kaitan langsung kan? aku teringat pepatah ni time aku bertandang rumah kawan aku ( kalau korang ingat cerita kucing aku kitty dia yang tolong jaga) time tu kitty dah mati..... mak dia yang aku panggil mami cakaplah "tu lah dah berapa kali mami pesan kat nana(bukan nama sebenar) tak elok ambil gambar kucing, nanti mati!"

ekceli ni bukan kali pertama aku dengar pepatah macam tu, rasanya dari aku kecik lagi aku dah dengar pepatah ni.... pernah aku dengki ngan jiran sebelah rumah aku(sebab aku gadoh ngan dia time tu) aku tangkap gambar kucing dia senyap2 dengan harapan kucing dia mati.. erk!!! jahat nakal pulak aku kecik2 eh? tapi aku tak ingat sama ada kucing jiran aku tu mati or tak... lagi satu pepatah yang aku pernah dengar "jangan mandikan kucing nanti hujan!!" ni pun aku tak tau ape related kucing ngan hujan. pernah jugak aku try saje2 mandikan kucing, nak tengok hujan ke tak? dan secara kebetulan tak lama tu memang hujan turun...... pernah juga time panas2 dan aku teringin nak main hujan, so kucing aku jadi mangsa untuk aku mandikan..... tapi hujan tidak jugak mahu turunnnnn.... so, jangan lah percaya pepatah2 ni eh? kalau terjadi tu mungkin secara kebetulan....

berbalik pada kes pertama tadi, kedua2 kucing aku sekarang dah tido buat selama2nya... yang kitty tu mati sebab terjatuh dari tingkat 11 rumah aku. time ni aku tak de, aku kat UUM sintok. yang si snowy ni, pagi tadi mati. mati sebab 3hari tak makan & minum lepastu muntah2 kuning. aku pun tak tahu punca kenapa? dah bawa p klinik, siap kena 2 suntikan tapi tak elok jugak.... semalam aku dah rasa yang snowy memang dah tak boleh bertahan lama... so, aku redho je pemergian dia.. sebab dia mati aku memang kat rumah.. tak macam kitty, dia mati aku tak ada kat rumah... time kitty mati aku gila2 sedih kot... anak kesayangan aku mati :( hari tu yang dia lari dari rumah pun aku dah gelabah lagi pulak mati kan? si snowy mati aku boleh kawal perasaan sedih aku lagi sebab aku akan lebih sedih tengok dia sakit & lemah tahan sakit..... kedua-duanya aku suka ambil gambar diaorg. sekurang2nya bila dah tak ada masih ada kenangan kan? :)



mula merindui mereka ...............
aku harap aku dah melakukan yang terbaik sepanjang hayat diaorg.....
semoga tenang di sana ye anak-anak papa T_T













5 comments:

Pp guSi said...

sedih.mengalir kjap air mata.fhm sgt2.

.dia comel..

diana said...

sebab kucing mati la akak serik dah nak bela kucing..takut sejarah berulang kembali dan akak tak boleh kawal perasaan..mana tau tetiba meroyan pulak..kan..

LaLa mhdnor said...

pernah melalui saat2 kucing kesayangan mati, tapi tu bukan kucing aku pun, tapi aku yg bagi makan semua, sebab tu aku sayang.

Iqah_naz@busyuk said...

siannya...*air mata mengalir* sedih bace cerita ni...

vanillasnow said...

waaa teringat kat Putih mati harituh kena langgar kereta habis terkeluar mata biru die :(