Pages

Followers

Sunday, 21 July 2013

dapur bujang - chocolate fudge brownies

alhamdulillah hari ini genap 12hari kita berpuasa.puasa korang macam mana setakat ini? oke tak? untuk aku, alhamdulillah belum ter'kantoi' puasa lagi... heheheh

terima kasih pada kamo2 yang email dan pm alamat korang untuk aku hantar kad raya. insyaallah dalam masa terkedat aku akan post kan okeh bebeh??? 

semalam dan hari ni aku cuti (yippie) rasanya dah lama aku tak cuti sabtu ahad.semalam sehari suntuk kemas rumah dan masak untuk berbuka. hari ni, aku tak ada buat apa so menghabiskan masa dengan membuat cake.yosh. hari ni try buat chocolate fudge brownies. yummy. cepat, mudah dan lazat. sesuai untuk orang bujang yang malas macam aku. 15minit siap.....

CHOCOLATE FUDGE BROWNIES
.: bahan-bahan:.
300g butter 
100g coco powder
300g gula kastor
2 sudu kecil esen vanila
5biji telur
200g tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
semangkuk kecil chocolate chips
hirisan badam


.:cara buat:.
1.cairkan butter dalam periuk dengan api yang kecil
2. masukkan butter yang cair tadi kedalam mangkuk kemudian masukkan coco powder dan gaul rata.
3. masukkan gula, esen vanila dan telur dan gaul kesemuanya sehingga sebati ( jangan sampai berketul2)
4. masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder sedikit demi sedikit. kemudian masukkan chocolate chips.
5. tuang adunan kedalam loyang, dan taburkan hirisan badam dan chocolate chips.
6. bakar selama 40minit dengan kepanasan oven 160-170 darjah celcius.


siapppppppppppp... boleh makan ketika berbuka nanti ;) dan boleh juga buat untuk raya yang akan menjelang tiba tak lama lagi. peace yaw!!!!




4 comments:

Fezul Fadhley said...

kalau post yg ni kat umah bleh? hehex

Marou Apple Hijau said...

ok. boleh tiru resipi ni

Rapunzeel Cikilolo said...

badam tu memang nampak menyelerakan

:)

Puan Kutu said...

respek la..org bujang boleh masak kek camni.ibu aiman sibuk dengan adik afia,simpan sekejap skill membaking.hakhak