Pages

Followers

Saturday, 3 August 2013

BAJET

pejam celik pejam celik kita dah masuk minggu terakhir ramadhan. insyaallah kita akan menyambut aidilfitri 8hb (khamis) nanti.. sehingga saat ini aku langsung belum buat apa2 persiapan lagi. shopping raya pun tak sempat2 lagi... insyaallah kalau x ada apa2 mungkin esok kuar pergi shopping kot. nak ikut? ~jom!!!

bajet raya tahun ni hanya untuk ibu, ayah dengan anak saudara. bila semakin besar ni keterujaan untuk menyambut raya bukan perkara utama. berbanding time kecik2 dulu, minggu pertama puasa pun dah sibuk tanya mak bapak bila nak beli baju raya? bila nak beli kasut raya? bila nak buat kuih raya? dan paling penting, nak tunggu duit raya... kan? aku yakin 400% semua korang pun macam tu time kecik2 kan? time tu kita langsung tak tahu atau tak amik tau langsung mak bapak kita ada duit ke tak? paling pening kepala mestilah si ayah kan? mana nak fikir bajet raya untuk anak2, bajet service kereta, bajet balik kampung, bajet belanja rumah... fuhhhhhh botak kepala woooooo........

bila dah besar ni, lebih2 lagi sape2 yang dah bergelar ibu dan ayah tu, pasti dah tau apa yang mak bapak kita rasa dulu kan? persiapan lebih kepada anak2. betul tak? diri sendiri jatuh nombor 2. Untuk yang masih single mingle macam aku ni, persiapan untuk mak bapak & anak saudara je lah.... keterujaan itu semakin jauh apabila semakin tua matang besar ni..... ~taknak ngaku dah tua!!! puihhh!!

owh ye, sebelum terlupa terima kasih kepada mereka2 yang bagi alamat tu yea. kad raya telah selamat aku post khamis lalu.. semoga selamat sampai kat korang eh!!! kad banyak dihantar ke kedah :)





3 comments:

LaLa mhdnor said...

sama la, baju raya x beli lagi. jom nak ikut shopping jugak :P

sedihnya ai x dapat kad raya :(

Empayar Utama said...

Tahun ni bajet untuk budak-budak aja. Selamat Hari Raya dari saya salah silap mintak dimaafi ya

Puan Kutu said...

setiap taun pun budget lebih pada anak dulu la kan..org ada ank.haha