Pages

Followers

Wednesday, 21 August 2013

Datuk Siti Nurhaliza, Faizal Tahir dan Melly Goeslaw tenaga pengajar Akademi Fantasia 10


Penyanyi popular tanah air, Datuk Siti Nurhaliza akan bergandingan dengan Faizal Tahir dan Melly Goeslaw sebagai tenaga pengajar program popular Akademi Fantasia (AF 10) 2013. Program kali ini berbeza berbanding musim terdahulu di mana tahun ini, tiada pengetua yang akan membantu dan membimbing para pelajar AF 10. sebaliknya tiga bintang utama ini akan membimbing yang dimulai oleh Faizal Tahir untuk konsert tiga minggu pertama, seterusnya Melly Goeslaw dan akhir sekali Datuk Siti Nurhaliza mengambil giliran.

Lain-lain pengajar yang akan berkhidmat kepada para pelajar adalah Shafizawati Sharif (cikgu Shafi) sebagai guru vokal, Alam Wakaka & Suhaili sebagai koreografer serta Fizz Fairuz sebagai guru persembahan.

Seramai 24 orang peserta bakal diperkenalkan dalam tayangan Konsert Prelude Top 24 pada 6 September ini sebelum Konsert Prelude Top 12 pada 7 September yang bersiaran secara langsung pada pukul 9 malam di Astro Ria.


sumber : utusan malaysia online

Bekas-bekas Juara Akademi Fantasia
1. Vince
2. Zahid
3. Mawi
4. Faizal
5. Mila
6. Stacy
7. Hafiz
8. Shahir
9. Hazama


2 comments:

Rizman Khairul said...

pergi la join, rugi ooo lau x join hehe

Empayar Utama said...

La ni dah kurang 'umphh' AF ni berbanding 3 yang pertama. Tapi layan jugalah kat tv nanti hehe