Pages

Followers

Tuesday, 13 August 2013

i hear your voice

raya memang menggemokkan kita kan? raya pertama je mau naik 3kilo. mana taknya, setiap kali singgah rumah saudara mara untuk beraya, confirm tak dapat elak dari tak makan! mesti mau makan!. ye lah, dah tuan rumah dah hidang makanan kan? takkkan nak tolak pulak? kecik hati tuan rumah nanti kan? ~alasan! padahal memang pantang nampak makanan! 

raya tahun ni, tahun aku relaks-relaks. mau tak? cuti raya 12 hari JE!! segala budjet raya lebih kepada family, mak bapak & anak saudara. Aku? jangankan sehelai baju, sehelai spender pun aku tak beli. biasalah, umur dah matang ni, mana nak teruja sangat nak beraya kan? dapat sambut raya bersama family pun dah cukup. baju melayu pun sampai 2 petang raya pertama je pun aku pakai. hari-hari lain pakai apa yang ada je. ok!! tutup pasal raya kejap!

ok. sape antara korang yang layan citer korea? ehem.. ehem... pernah tengok cerita "i hear your voice?" ekceli aku bukanlah peminat kpop... drama2 korea pun aku tak tengok. dulu zaman-zaman universiti adalah jugak tengok cerita korea & jepun. tu pun tahun 2005-2008 masa kat UNIMAS dulu. seingat aku, cerita yang aku layan, "Sassy Girl", "Hana Kimi", "Hero", "Friend", dan banyak lagilah... tapi time tu aku lebih suka tengok drama & filem jepun. Ni semua gara-gara pengaruh rakan sebaya si Kudut!! kalau tak, aku tak terjebak langsung!!!! aisshhhh

Lee Jong Suk sbg Park Soo Ha & Lee Bo Young sbg Jang Hye Sung

lepas abes study, aku memang tak layan lagi citer-citer tu. jangankan drama & filem korea, jepun, drama melayu pun aku tak tengok!! ~nampak tak betapa baiknya aku? naif je kan? aisshhhh sehinggalah time puasa hari tu, time berbuka osmet aku layan cerita "i hear your voice" ni... mula-mula layan tak layan je.... lepas tu, eh best pulak cerita ni.... ekceli apa yang aku suka mengenai drama ini ialah, jalan cerita yang memang best. cerita mengenai seorang remaja lelaki yang boleh membaca fikiran orang lain, berkisarkan tentang perbicaraan dalam mahkamah, krisis antara peguam, kisah antara kasih sayang keluarga, mak dan anak, kisah pembunuhan terancang dan kesemuanya diolah menjadi drama yang mendebarkan~cewah!! tapi seriously aku suka genre drama macam ni, yang bukan berkisarkan cinta semata-mata.

Park Soo Ha berkebolehan membaca fikiran orang lain

walaupun aku minat cerita ni, tapi tak adalah aku tertunggu2 bila disiarkan tu. bila ada astro pvr kat rumah, record je-senang!! bila-bila nak tengok pun boleh. sekarang ni, aku memang ketinggalanlah... baru tengok episod 4 or 5... semuanya record punya. so, tak payah tergesa-gena nak tengok sampai habis... hehehehe

Jang Hye Sung, seorang peguam bela awam yang penuh dengan ragam.


Ok, sesiapa peminat drama korea tu, aku recommend untuk tengok cerita ini, yang disiarkan di saluran astro 393 setiap rabu & khamis jam 9malam.








5 comments:

syakirah izwanie said...

Tak minat sangat cerita korea. Tapi ada la jugak beberapa drama korea yang mmg menarik minat :-)

Syukri Mohtar said...

jalan cerita drama ni menarik.sebab tu yang tgk :)

Cik Puan Rara said...

tgh tgk ni.best lahhh~

Puan Kutu said...

tak tahu menahu.dh lama tak tgok tv.hehe

Invisible Me said...

Macam best.
Kena cari nanti.
Try tengok School 2013 *promote pulak*