Pages

Followers

Wednesday, 14 August 2013

tOp 5 : filem yang mendapat kutipan tiket terendah sepanjang 2012

Top 5? fuhhhh dah lama aku tak buat top 5 ni kan? hari ni aku berminat untuk buat top 5 sebab terbaca artikel di harian metro online yang bertajuk "Idham mahu FINAS bertindak". sape Idham? dah tentulah pengarah, pelakon Ahmad Idham. Bila sebut tentang Ahmad Idham atau Finas, dah tentu cerita top 5 ni berkisar tentang dunia perfileman kan?

Pada tahun 2011 industri perfileman kita menunjukkan peningkatan yang begitu ketara dari segi kutipan tiket, dan buat pertama kalinya dalam sejarah perfileman malaysia mendapat kutipan tiket sebanyak 12 juta (KL Gangster- arahan Syamsul Yusuf). Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Finas menerusi laman web rasminya, mencatatkan 13.13 juta penonton dengan kutipan kasar Rm126.49 juta daripada 49 filem yang ditayangkan pada tahun tersebut.

Angka itu bagaimanapun merosot secara mendadak pada tahun lalu (2012) dengan jumlah penonton (9.8juta) dan kutipan kasar (Rm97.29juta) bagi 79 filem yang ditayangkan. Lebih buruk lagi, kutipan tiket sepanjang tahun ini begitu mengecewakan. Senario ini memperlihatkan penonton kita seakan meminggirkan filem sendiri. Salah siapa? tapi aku setuju dengan kata-kata Ahmad Idham dalam artikelnya di harian metro hari ini :

"RAP: Apa yang anda harapkan daripada Finas? 

IDHAM:
 Sehingga kini, tidak ada satu jawatankuasa khusus ditubuhkan Finas bagi menentukan kapasiti skrip yang dihasilkan, sama ada layak diterbitkan sebagai filem atau drama televisyen saja. Kita sendiri dapat melihat berapa banyak filem yang bertaraf drama televisyen masuk ke pawagam dan akhirnya mengecewakan penonton. Apabila penonton sudah hilang minat dan kepercayaan, maka ia menjejaskan jumlah penonton dan kutipan sekaligus"


aku setuju 100% banyak filem kita yang ada dipasaran lebih kepada komersial semata-mata. Hanya mempertaruhkan hero kacak, heroin cantik untuk memancing penonton dengan menghidangkan skrip yang lemah. Lama kelamaan penonton yang dikatakan menyokong industri filem tempatan mula lari kepada filem asing kerana lebih berbaloi. kalau kau tanya aku, dengan rm14-16 untuk harga tiket yang sama, tetapi filem berbeza (iron man vs filem tempatan) of course aku akan pilih iron man. bukan kata tak nak sokong filem tempatan? tapi apa yang dihidangkan kepada penonton seolah2 memperbodohkan penonton dengan filem yang langsung tak ada kualiti? kadang kala drama kat tv3 lagi best dan berkualiti kot. dah dah dah aku malas nak membebel lagi, so aku senaraikan top 5 filem yang mendapat kutipan tiket terendah sepanjang tahun 2012 yang mungkin korang sendiri tak tengok hehehe : anda sendiri nilaikan....


1. Cinta Beruang : kutipan tiket 0.05juta

2. Zaiton Ceritaku : kutipan tiket 0.059juta

3. Chantek : kutipan tiket 0.10juta

4. Momok-Jangan Cari Pasal : kutipan tiket 0.13juta

5. Adik Manja Return : kutipan tiket 0.14juta






3 comments:

Nurzakiah Hanum said...

layaaaaaaaaaaaan

zulhilmi tempoyak said...

tak pernah nk tgok2 lg cerita dlm list kat ats pon.. huhuh

Anonymous said...

Semua cerita cam taik.tahap longkang...terutama cerita david teoh...Haittttuihhhh. ..