Pages

Followers

Wednesday, 6 November 2013

STATUS HALAL Starbucks, McDonald's, The Chicken Rice Shop & Secret Recipe

assalamualaikum..... elooooo mungkin ada yang sedia maklum, penyebaran status tidak halal Starbucks, McDonald's, The Chicken Rice Shop & Secret Recipe di laman-laman sosial yang berleluasa ketika ini. Kita semua sedia maklum bahawa umat islam memang sensitif mengenai isu halal & haram ni, tapi kita perlu bijak untuk menilai. Jangan 100% percaya dengan penyebaran risalah dan maklumat yang kita sendiri tak tahu betul atau tidak? Untuk mengetahuinya, perlulah buat kajian sendiri atau bertanyakan kepada mereka yang pakar iaitu JAKIM.


Berikut adalah kenyataan daripada pihak JAKIM :

PENAFIAN JAKIM BERHUBUNG ISU-ISU 
HALAL DI LAMAN 



Pengguna yang dihormati sekalian,
Adalah dimaklumkan bahawa kebelakangan ini Jakim menerima pelbagai aduan dan 
pertanyaan daripada orang ramai mengenai status halal syarikat-syarikat berkenaan:
    • McDonald’s
    • Secret Recipe
    • The Chicken Rice Shop (TCRS)
    • Starbucks
    Sukacita JAKIM menegaskan bahawa Sijil Pengesahan Halal Malaysia bagi 
    syarikat-syarikat berkenaan tidak pernah DIGANTUNG / DITARIK BALIK sehingga kini. 
    Syarikat-syarikat pemegang sijil halal sentiasa dipantau secara berkala oleh JAKIM 
    dan mendapati piawaian pensijilan halal Malaysia sentiasa dipatuhi.
    JAKIM menyeru kepada pengguna di luar agar tidak terpengaruh dengan berita-berita 
    PALSU di laman-laman sosial yang sengaja disebarkan oleh pihak-pihak yang 
    tidak bertanggungjawab.
    Sebarang maklumat atau keterangan lanjut, para pengguna boleh berhubung terus 
    dengan Pegawai Perhubungan Awam Bahagian Hab Halal Jakim 
    di talian 03-83150200 (109) dan emel di nadiazammil@islam.gov.my.


    JELAS? so, lepasni apa-apa jua maklumat yang kita dapat, jangan terima bulat-bulat. 
    Kalau boleh, rujuk kepada yang layak. takut-takut nanti kita main share-share je tanpa tahu 
    kebenarannya, dari niat untuk share benda baik jadi penyebaran fitnah pulak kan????

    1 comment:

    Nurul Faiz said...

    alhamdulillah. lega bila ianya diperakui halal.